"" THE ROAD NOT TAKEN: My mom, my pet!

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 11 September 2013

My mom, my pet!

Hari ini genap sebulan emak tinggal bersama saya. Kekadang menitik air mata bila melihat emak yang semakin hari semakin kurus dan lemah kerana sakit, berwajah lesu tapi cuba untuk senyum ceria setiap kali menyambut saya pulang dari kerja. Kalau dulu sewaktu kecil emak jaga saya, sekarang saya jaga emak.

 

 

Memang agak penat pada mulanya tapi syukurlah Tuhan beri saya kekuatan dan kesabaran untuk melayan setiap karenah beliau. Tidak mudah untuk menjaga seorang ibu tua yang mengidap kanser tahap empat sendirian. Nasib baiklah, seorang jururawat sudi berkhidmat menguruskan emak sewaktu saya di tempat kerja. Alhamdulillah!

 

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya dapat luangkan banyak masa bersama emak. Sebelum ini kami jarang bersua. Saya sibuk dengan kerja dan kami tinggal berjauhan. Dulu, rumah hanyalah tempat saya pulang untuk tidur dan berehat. Sekarang segala-galanya berubah, saya hentikan semua kerja lapangan. Habis kerja terus balik jenguk mak. Selalunya dulu dinner sendirian tapi sekarang ada mak yang jadi teman saya makan-makan. Walaupun sebenarnya emak sudah tak berselera untuk makan. Dulu terasa sunyi bila weekdays, apabila Cinta kembali ke tempat kerjanya hundreds of kilometers away dan Cinta Jr berada di kolej. Sekarang ada mak sepanjang masa menemani saya!

 

Saya sebenarnya bukannya terlalu sihat untuk jaga emak tapi saya perlu kuat dan sihat untuk dia. Setiap pagi, kejutkan dia dari lena, beri dia ubat sebelum breakfast. Pastikan dia mandi, tukar lampin, bersarapan dan makan ubat lagi. Selepas semuanya selesai dan the hired nurse sampai barulah boleh memandu ke tempat kerja. Dulu, sayalah antara yang terawal sampai tapi sekarang sudah hampir-hampir menjadi yang terakhir sampai di pejabat. Tak apalah semuanya kerana mak. Mak dah banyak berkorban untuk saya sehingga saya berjaya dalam hidup.

 

Kata doktor, mak cuma ada enam bulan sahaja... Oh Tuhan, berilah saya kesihatan dan kelapangan untuk terus jaga mak sehingga ke akhir hayatnya. Terima kasih kepada Cinta dan Cinta Jr yang sangat memahami dan banyak berkorban.

 

No comments: