"" THE ROAD NOT TAKEN: April 2013

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 25 April 2013

Diam itu lebih baik

Di sini, diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Dengan berdiam diri, kehidupan menjadi mudah dan tidak complicated. Ada kalanya berpura-pura tidak tahu juga adalah lebih baik daripada mengatakan tahu dan pandai.

 

Maka bermula sekarang, saya hanya ingin berdiam diri dan mengatakan tidak tahu dan tidak pandai. Cukuplah dengan apa yang dialami sebelum ini. Bila terlampau baik maka dengan senangnya ada manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan saya yang suka menolong. Walaupun bunyinya agak selfish tapi saya rasa saya perlu mengatakan tidak kepada sesetengah manusia dalam sesetengah situasi.

 

Teringat sebahagian kata-kata Imam As-Asyafie, "Bersikap diam dalam menghadapi orang jahil ataupun orang gila adalah kebajikan kepada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi penghormatan. Harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilemparkan batu."

 

#Don't boss me around. Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja. Buat kerja biar sepadan gaji.

 

Tuesday, 23 April 2013

Berhentilah Bertanya Soalan yang Sama

"Ya akhi, ya ukhti, berhentilah bertanya soalan yang sama." Kerana ana sendiri pun tidak punya jawapan untuk soalan tersebut. Ana bersyukur sekiranya esok masih ada untuk meneruskan kehidupan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu hidup positifnya perlu diteruskan. Andai hayat dipanggil Penciptanya, ana redha. Redha tidak bermaksud berputus asa...

 

"Ya ikhwan, ya akhwat, ana tidak kecewa dengan apa yang ditakdirkan." Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...

 

"Ya akhwah fillah, berhentilah menambah kesedihan ana dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar itu." Berilah ketenangan untuk meneruskan baki yang masih tersisa...

 

#bhentilahbtanyasoalanygsama

 

 

Sunday, 21 April 2013

Tidak Terluah Tidak Terucap...

Entah kenapa semuanya tidak terluah

Terlalu banyak yang berlegar di minda, terpaku di naluri

Tetap membisu di lisan

Terkunci di bibir... yang keluar hanyalah keluhan dan air mata.

Membengkak mata meratap, berjurai air mata

Tiada kata mampu ku ungkapkan.

 

Bermula dengan ultrasound, CT scan, biopsi dan entah apa lagi...

Semuanya begitu pantas dan aku mohon maaf

Memarahimu bertalu-talu tanpa sengaja

Ampun ku pinta

 

It hurts. It really hurts

 

Oh Tuhan, berilah aku waktu

Untuk terus bersamamu