"" THE ROAD NOT TAKEN: 2013

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 17 October 2013

GST dan Kesannya Kepada Rakyat

SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.


Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.


Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?


WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and services tax (GST).

Wednesday, 11 September 2013

My mom, my pet!

Hari ini genap sebulan emak tinggal bersama saya. Kekadang menitik air mata bila melihat emak yang semakin hari semakin kurus dan lemah kerana sakit, berwajah lesu tapi cuba untuk senyum ceria setiap kali menyambut saya pulang dari kerja. Kalau dulu sewaktu kecil emak jaga saya, sekarang saya jaga emak.

 

 

Memang agak penat pada mulanya tapi syukurlah Tuhan beri saya kekuatan dan kesabaran untuk melayan setiap karenah beliau. Tidak mudah untuk menjaga seorang ibu tua yang mengidap kanser tahap empat sendirian. Nasib baiklah, seorang jururawat sudi berkhidmat menguruskan emak sewaktu saya di tempat kerja. Alhamdulillah!

 

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya dapat luangkan banyak masa bersama emak. Sebelum ini kami jarang bersua. Saya sibuk dengan kerja dan kami tinggal berjauhan. Dulu, rumah hanyalah tempat saya pulang untuk tidur dan berehat. Sekarang segala-galanya berubah, saya hentikan semua kerja lapangan. Habis kerja terus balik jenguk mak. Selalunya dulu dinner sendirian tapi sekarang ada mak yang jadi teman saya makan-makan. Walaupun sebenarnya emak sudah tak berselera untuk makan. Dulu terasa sunyi bila weekdays, apabila Cinta kembali ke tempat kerjanya hundreds of kilometers away dan Cinta Jr berada di kolej. Sekarang ada mak sepanjang masa menemani saya!

 

Saya sebenarnya bukannya terlalu sihat untuk jaga emak tapi saya perlu kuat dan sihat untuk dia. Setiap pagi, kejutkan dia dari lena, beri dia ubat sebelum breakfast. Pastikan dia mandi, tukar lampin, bersarapan dan makan ubat lagi. Selepas semuanya selesai dan the hired nurse sampai barulah boleh memandu ke tempat kerja. Dulu, sayalah antara yang terawal sampai tapi sekarang sudah hampir-hampir menjadi yang terakhir sampai di pejabat. Tak apalah semuanya kerana mak. Mak dah banyak berkorban untuk saya sehingga saya berjaya dalam hidup.

 

Kata doktor, mak cuma ada enam bulan sahaja... Oh Tuhan, berilah saya kesihatan dan kelapangan untuk terus jaga mak sehingga ke akhir hayatnya. Terima kasih kepada Cinta dan Cinta Jr yang sangat memahami dan banyak berkorban.

 

Friday, 24 May 2013

An Open Letter To The Home Minister

MAY 24 — Dear Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

I write to you as someone who has followed your political ascension from Umno Youth chief to your current position as minister of home affairs.

As a young university student, I watched with pride when you took on the then Umno president and Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad on the issue of cronyism and nepotism at the 1998 Umno General Assembly. At the time it was unthinkable for someone so low in the ladder in politics to take on the all-powerful Dr Mahathir.

Over the years I have noticed that you have mellowed in speaking out on issues that someone like me (young urban middle class) would hold dear and value. Young individuals like me yearn for a level playing field as we lack the connections and cables that the connected and family members of politicians and businessmen have access to.

Sunday, 19 May 2013

It's not a big deal

Rasa sangat menyampah tapi nak jugak cakap, "Saya bekerja BUKAN kerana tuala, BUKAN kerana pen dan BUKAN kerana sijil. FULL STOP.

 

STOP making excuses. STOP giving UNNECESSARY explanations!

 

#Tlg jgn 'berbolok'! Saya tidak kisah dengan nilai hadiah tapi saya lebih kisahkan nilai moral dan sikap.

 

Friday, 17 May 2013

Hitam Putih

Bila sesekali pakai hitam putih, rasa cantik jugak. Err Cinta, apa kata kalau tema raya tahun ni hitam putih? Baju raya merah yang dah tempah tu simpan raya lain kali lah ekkk.

 

Kenapa sebelum ni tak ada pun baju hitam putih macam gambar sebelah? Agaknya mungkin saya tidak sukakan warna hitam. Ya lah, dahlah cuaca panas pakai pulak baju hitam. Fuh! Panas tak terkata babe!

 

Warna Hitam bagi saya seakan melambangkan kedukaan, misteri dan mengundang negative connotation. Oh tidak! Saya bukan begitu orangnya. Ada jugak sedih tapi bukanlah 24 jam sedih huhu.

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

GURU dianugerahkan nur di wajahnya,

kelembutan di hatinya

Ketegasan pada didikannya

Perawat kepada yang terluka

Penghibur kepada segala kepedihan

Penderma kasih sayang yang tak bertepi

Pendengar yang setia

Perindu yang tiada kesudahannya

Pemberi yang tak pernah minta balasan

dan pendoa yang tak pernah putus harapan...

Begitulah hebatnya insan bergelar "GURU"..... Terima kasih cikgu.

 

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru. 'GURU MALAYSIA 1ASPIRASI 1AGENDA'!

 

Thursday, 25 April 2013

Diam itu lebih baik

Di sini, diam itu lebih baik daripada berkata-kata. Dengan berdiam diri, kehidupan menjadi mudah dan tidak complicated. Ada kalanya berpura-pura tidak tahu juga adalah lebih baik daripada mengatakan tahu dan pandai.

 

Maka bermula sekarang, saya hanya ingin berdiam diri dan mengatakan tidak tahu dan tidak pandai. Cukuplah dengan apa yang dialami sebelum ini. Bila terlampau baik maka dengan senangnya ada manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan saya yang suka menolong. Walaupun bunyinya agak selfish tapi saya rasa saya perlu mengatakan tidak kepada sesetengah manusia dalam sesetengah situasi.

 

Teringat sebahagian kata-kata Imam As-Asyafie, "Bersikap diam dalam menghadapi orang jahil ataupun orang gila adalah kebajikan kepada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi penghormatan. Harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilemparkan batu."

 

#Don't boss me around. Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja. Buat kerja biar sepadan gaji.

 

Tuesday, 23 April 2013

Berhentilah Bertanya Soalan yang Sama

"Ya akhi, ya ukhti, berhentilah bertanya soalan yang sama." Kerana ana sendiri pun tidak punya jawapan untuk soalan tersebut. Ana bersyukur sekiranya esok masih ada untuk meneruskan kehidupan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu hidup positifnya perlu diteruskan. Andai hayat dipanggil Penciptanya, ana redha. Redha tidak bermaksud berputus asa...

 

"Ya ikhwan, ya akhwat, ana tidak kecewa dengan apa yang ditakdirkan." Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...

 

"Ya akhwah fillah, berhentilah menambah kesedihan ana dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar itu." Berilah ketenangan untuk meneruskan baki yang masih tersisa...

 

#bhentilahbtanyasoalanygsama

 

 

Sunday, 21 April 2013

Tidak Terluah Tidak Terucap...

Entah kenapa semuanya tidak terluah

Terlalu banyak yang berlegar di minda, terpaku di naluri

Tetap membisu di lisan

Terkunci di bibir... yang keluar hanyalah keluhan dan air mata.

Membengkak mata meratap, berjurai air mata

Tiada kata mampu ku ungkapkan.

 

Bermula dengan ultrasound, CT scan, biopsi dan entah apa lagi...

Semuanya begitu pantas dan aku mohon maaf

Memarahimu bertalu-talu tanpa sengaja

Ampun ku pinta

 

It hurts. It really hurts

 

Oh Tuhan, berilah aku waktu

Untuk terus bersamamu