"" THE ROAD NOT TAKEN: Ozarah Cafe

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 7 December 2012

Ozarah Cafe

Selalunya menginjak November dan Disember, negeri-negeri Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh. Tapi tahun ini, cuaca jauh berbeza, matahari bersinar panas terik, langit membiru tanpa awan, buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan manggis galak berbuah. Apakah bumi sudah nyanyuk?

 

Dek kerana panas dahaga, saya singgah di Ozarah Cafe. Dengar-dengar ABCnya best dan lain daripada yang lain. Betul ke?

Banana Soft Treat

 

Nampak sedap, makan lagi lah sedap! Aisnya halus macam aiskrim. Rasanya sedang elok je, tidak terlalu manis seperti kebanyakan dessert di Kelantan. Di dalamnya ada potongan pisang segar, serbuk kacang, susu, black pearl dan entah apa lagi (dah lupa sebab terlampau syok menikmatinya).

 

Dah minum, nak makanlah pulak. Jadi terorderlah spaghetti...

Tom Yam Spaghetti

 

Dalam banyak-banyak spaghetti yang diorder, Tom Yam Spaghetti yang paling sedap. Recommended!!!

Ham & Sausage Spaghetti
Ozarah Curry Spaghetti

 

Curry Spaghetti ni rasanya biasa-biasa saja atau dengan kata lain lagi sedap spaghetti yang saya masak sendiri huhu!

 

Hiasan dalamannya ringkas, putih bersih dan cantik. Ramai yang ke sini untuk lepak-lepak, berwifi dan borak-borak dengan kawan-kawan.

 

Lokasi : Lot 471, Tingkat Bawah, Seksyen 9, Jln Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-743 2243.

 

Verdict : Banana Soft Treat tu teramatlah best! Esok-esok saya datang lagi!

No comments: