"" THE ROAD NOT TAKEN: Char Kway Teow Udang

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 11 December 2012

Char Kway Teow Udang

Pusing-pusing di Taman Bendahara tadi terpandang satu gerai. Baru teringat dah lama nak try Char Kway Teow Udangnya yang dikatakan sedap tu. Selalunya sibuk dan tak ada masa nak menunggu tapi petang ni, oh I got plenty of time to kill.

 

Untuk mendapatkan meja pun kena tunggu lebih daripada 15 minit. Menurut pekerja Cosway berhampiran, sebelum gerai dibuka lagi dah berderet pelanggan menunggu. What!

 

 

Gerainya mula dibuka jam 5 petang. Dah dapat tempat duduk, kena tunggu makanan sampai tapi tak lah lama sangat. Akhirnya, jeng jeng jeng yang ditunggu dah sampai!

 

Lokasi : Berhadapan Cosway, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah juga terletak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bandar.

Verdict : Char Kway Teownya memang sedap, tak ada rasa hanyir telur. Recommended and of course I will come here again!

 

No comments: