"" THE ROAD NOT TAKEN: Beijing Aku Datang

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, 9 December 2012

Beijing Aku Datang

Akhirnya, impian nak ke Beijing bersama Cinta dan Cinta Jr hampir menjadi kenyataan. Petang tadi singgah di Al Quds Travel Kota Bharu untuk ambil itinerary perjalanan, luggage tags, passport dan visa.

The trip itinerary & our luggage tags

 

Sebelum balik, pergi tukar duit sikit untuk bekal perjalanan ke Beijing. Pegang je matawang China Yuan Renminbi, terasa macam duit cap pokok pisang zaman penjajahan Jepun dulu. Selalunya tukar di Azam Money Changer tapi asyik tutup je, depa pi bercuti kot. Terpaksalah buat penukaran mata wang di Maybank Forex Booth sebelah Pantai Timur Kota Bharu Supermarket.

China Yuan Renminbi, errr Cinta tak payah risau, saya TAK akan berbelanja sakan!

On the way home, singgah di airport buat self check-in for Air Asia domestic flights KBR-KUL, KUL-KBR. Untuk international flight, MAS syaratkan check-in hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sehingga 90 minit sebelum departure time. Leceh...

 

Anyway, we printed our boarding passes with ease.... Hoyeah, Beijing Aku Datang!

 

No comments: