"" THE ROAD NOT TAKEN: Ajihs Nasi Lemak 80 sen

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, 8 December 2012

Ajihs Nasi Lemak 80 sen

Setelah berbulan semenjak Piya, pemain bolasepak Kelantan secara kontroversi mempromosikan Ajihs Nasi Lemak 80 sen di tengah padang sewaktu Kelantan menentang pihak lawan, baru semalam terserempak dengan lokasinya di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Eh tu dia the famous Ajihs Nasi Lemak!

 

Apa lagi, terus kami singgah dan pekena nasi lemak. Fuh! Memang sedap dimakan panas-panas. Nasinya tidak terlalu berlemak, tapi tetap ada rasa santan. Saya order lauk puyuh dan paru-paru goreng. Sambal bilis, kacang, mentimun dan sehiris telur rebus dihidangkan dengan dua tompok nasi lemak.

Nasi Lemak Puyuh Goreng + Paru-paru Goreng
Nasi Lemak Puyuh Goreng + Sambal Sotong
Nasi Lemak Telur Mata Kerbau + Sambal Kerang

 

Tengah asyik menjamu selera tu, terpandanglah satu sudut yang kelihatan agak ekslusif. Ingatkan Piya ada buat sudut autograf, tapi rupa-rupanya sudut barangan souvenir Restoran Ajihs Nasi Lemak untuk peminat-peminat. Nah, hambik kau!

Bergantungan t-shirt. Kreatif betullah! Kelihatan singlet 'kontroversi' dipamerkan dlm frame.
Pilih-pilih bang, murah je. Sehelai RM20.

 

Verdict : Recommended untuk yang menggemari nasi lemak. Puyuh goreng tu memang sedap, harga pun berpatutan dan untuk yang suka bertenet tak kira masa, ada WiFi!



No comments: