"" THE ROAD NOT TAKEN: December 2012

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 13 December 2012

Jambatan Sultan Yahya Petra, Satu Persoalan?

Jambatan Sultan Yahya Petra dibina pd tahun 1963, siap 2 tahun kemudian dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, menelan belanja RM6.7 juta. Dibina oleh Kien Huat Private Limited, syarikat kepunyaan Tan Sri Lim Goh Tong.

 

Saya tidak dapat tidak merasa curiga tentang apakah ada penemuan yang mungkin ditemui oleh kontraktor yang disebut di atas sewaktu pembinaan jambatan. Ada pihak mengatakan ada satu penemuan guri dll yang membawa kepada ancaman penculikan terhadap ahli keluarga beliau. Sekitar tempoh yg sama, beliau membeli dan memajukan tanah-tanah di Gunung Ulu Kali yang sekarang kita kenali sebagai Genting Highlands. Apakah ada artifak berharga yang ditemui beliau dulu? Banyak persoalan yg timbul ekoran penemuan artifak berharga dalam terowong Palekbang yang terletak berhampiran Sungai Kelantan dan jambatan di atas.

 

Persoalan ini berpunca dari kesukaran kontraktor menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2. Rungutan dan aduan kontraktor Jambatan Sultan Yahya Petra 2 ini mempunyai hubungkait dengan penemuan terowong Palekbang.

 

Wednesday, 12 December 2012

Nasi Kerabu Golok

Sudah bertahun melintas depan Restoran Nasi Kerabu Golok, nak singgah, nak singgah tapi selalu sahaja tak tersinggah. Malam ni tanya Cinta Jr, kalau dinner nasi kerabu okay tak? Macam biasa Cinta Jr okay je, tak pernah menolak pelawaan. Tak macam Cinta, banyak sangat alasan kalau diajak keluar. Tak sedap lah, itulah, inilah. Naik boring jugalah ajak dia keluar. Hehe hari ini dia tak ada... jomlah!

 

Okaylah dah sampai pun di restorannya. Pelanggan semakin ramai membanjiri.

 

Menu ada macam-macam tapi paling special, Nasi Kerabu Golok. Apalagi kami order makanan dan eh sekejap je makanan dah sampai.

 

Nasi Kerabu Daging Bakar
 

Ini yang Cinta Jr order, biasalah tak mau letak sambal.



Nasi Kerabu Ayam Bakar
 

Yang ni saya punya! Fuh sedap sangat sampaikan order tambahan ayam dan daging bakar.

 

Lokasi : Restoran Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Pasir Hor)

 

Verdict : Rasa ayam dan daging bakarnya sedikit manis sesuailah di makan dengan nasi kerabu. Saya suka kerisik kelapanya, rasa light dan tak bersampah. Harga pun berpatutan. Recommended, tak rugi mencuba. Cinta Jr cakap, lain kali kita datang lagi!

 

Tuesday, 11 December 2012

Char Kway Teow Udang

Pusing-pusing di Taman Bendahara tadi terpandang satu gerai. Baru teringat dah lama nak try Char Kway Teow Udangnya yang dikatakan sedap tu. Selalunya sibuk dan tak ada masa nak menunggu tapi petang ni, oh I got plenty of time to kill.

 

Untuk mendapatkan meja pun kena tunggu lebih daripada 15 minit. Menurut pekerja Cosway berhampiran, sebelum gerai dibuka lagi dah berderet pelanggan menunggu. What!

 

 

Gerainya mula dibuka jam 5 petang. Dah dapat tempat duduk, kena tunggu makanan sampai tapi tak lah lama sangat. Akhirnya, jeng jeng jeng yang ditunggu dah sampai!

 

Lokasi : Berhadapan Cosway, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah juga terletak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bandar.

Verdict : Char Kway Teownya memang sedap, tak ada rasa hanyir telur. Recommended and of course I will come here again!

 

Sunday, 9 December 2012

Beijing Aku Datang

Akhirnya, impian nak ke Beijing bersama Cinta dan Cinta Jr hampir menjadi kenyataan. Petang tadi singgah di Al Quds Travel Kota Bharu untuk ambil itinerary perjalanan, luggage tags, passport dan visa.

The trip itinerary & our luggage tags

 

Sebelum balik, pergi tukar duit sikit untuk bekal perjalanan ke Beijing. Pegang je matawang China Yuan Renminbi, terasa macam duit cap pokok pisang zaman penjajahan Jepun dulu. Selalunya tukar di Azam Money Changer tapi asyik tutup je, depa pi bercuti kot. Terpaksalah buat penukaran mata wang di Maybank Forex Booth sebelah Pantai Timur Kota Bharu Supermarket.

China Yuan Renminbi, errr Cinta tak payah risau, saya TAK akan berbelanja sakan!

On the way home, singgah di airport buat self check-in for Air Asia domestic flights KBR-KUL, KUL-KBR. Untuk international flight, MAS syaratkan check-in hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sehingga 90 minit sebelum departure time. Leceh...

 

Anyway, we printed our boarding passes with ease.... Hoyeah, Beijing Aku Datang!

 

Saturday, 8 December 2012

Ajihs Nasi Lemak 80 sen

Setelah berbulan semenjak Piya, pemain bolasepak Kelantan secara kontroversi mempromosikan Ajihs Nasi Lemak 80 sen di tengah padang sewaktu Kelantan menentang pihak lawan, baru semalam terserempak dengan lokasinya di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Eh tu dia the famous Ajihs Nasi Lemak!

 

Apa lagi, terus kami singgah dan pekena nasi lemak. Fuh! Memang sedap dimakan panas-panas. Nasinya tidak terlalu berlemak, tapi tetap ada rasa santan. Saya order lauk puyuh dan paru-paru goreng. Sambal bilis, kacang, mentimun dan sehiris telur rebus dihidangkan dengan dua tompok nasi lemak.

Nasi Lemak Puyuh Goreng + Paru-paru Goreng
Nasi Lemak Puyuh Goreng + Sambal Sotong
Nasi Lemak Telur Mata Kerbau + Sambal Kerang

 

Tengah asyik menjamu selera tu, terpandanglah satu sudut yang kelihatan agak ekslusif. Ingatkan Piya ada buat sudut autograf, tapi rupa-rupanya sudut barangan souvenir Restoran Ajihs Nasi Lemak untuk peminat-peminat. Nah, hambik kau!

Bergantungan t-shirt. Kreatif betullah! Kelihatan singlet 'kontroversi' dipamerkan dlm frame.
Pilih-pilih bang, murah je. Sehelai RM20.

 

Verdict : Recommended untuk yang menggemari nasi lemak. Puyuh goreng tu memang sedap, harga pun berpatutan dan untuk yang suka bertenet tak kira masa, ada WiFi!



Friday, 7 December 2012

Ozarah Cafe

Selalunya menginjak November dan Disember, negeri-negeri Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh. Tapi tahun ini, cuaca jauh berbeza, matahari bersinar panas terik, langit membiru tanpa awan, buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan manggis galak berbuah. Apakah bumi sudah nyanyuk?

 

Dek kerana panas dahaga, saya singgah di Ozarah Cafe. Dengar-dengar ABCnya best dan lain daripada yang lain. Betul ke?

Banana Soft Treat

 

Nampak sedap, makan lagi lah sedap! Aisnya halus macam aiskrim. Rasanya sedang elok je, tidak terlalu manis seperti kebanyakan dessert di Kelantan. Di dalamnya ada potongan pisang segar, serbuk kacang, susu, black pearl dan entah apa lagi (dah lupa sebab terlampau syok menikmatinya).

 

Dah minum, nak makanlah pulak. Jadi terorderlah spaghetti...

Tom Yam Spaghetti

 

Dalam banyak-banyak spaghetti yang diorder, Tom Yam Spaghetti yang paling sedap. Recommended!!!

Ham & Sausage Spaghetti
Ozarah Curry Spaghetti

 

Curry Spaghetti ni rasanya biasa-biasa saja atau dengan kata lain lagi sedap spaghetti yang saya masak sendiri huhu!

 

Hiasan dalamannya ringkas, putih bersih dan cantik. Ramai yang ke sini untuk lepak-lepak, berwifi dan borak-borak dengan kawan-kawan.

 

Lokasi : Lot 471, Tingkat Bawah, Seksyen 9, Jln Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-743 2243.

 

Verdict : Banana Soft Treat tu teramatlah best! Esok-esok saya datang lagi!