"" THE ROAD NOT TAKEN: ALLAH itu Maha Berkuasa

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 29 May 2012

ALLAH itu Maha Berkuasa


Last Thursday, my notebook was stolen and surprisingly today at 11 a.m., I received a call informing me that the notebook was found.  Alhamdulillah!

Panggilan itu tiba setelah saya redha dgn apa yg berlaku. Seusai segala ikhtiar setakat yg termampu dan sebagaimana pesanan  Cinta Jr yg saya harus sabar kerana katanya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Walau sakit, walau marah cubalah untuk bersabar. Maka terciptalah satu rekod terpanjang saya pernah bersabar tanpa marah-marah biarpun sedikit kecewa. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa; 6 hari lamanya saya boleh bersabar hehehe satu catatan rekod peribadi yg boleh dibanggakan bagi seorang yg pemarah & kurang penyabar seperti saya!

Pencurinya juga telah ditangkap dan mengaku bersalah.  Ajaibnya, saya tidak mampu memarahinya maupun memukulnya sampai mati. Aneh! Kerana kalau ikutkan geram memang saya sangat berazam utk memukul pencuri tersebut  andai ketemu.  Sebaliknya saya jadi pemaaf yg setulus ikhlas memaafkan si pencuri itu. Sangat aneh sampaikan saya turut menumpahkan rasa simpati dengan nasib dan latarbelakang si pencuri.

Sesungguhnya, Allah itu ada dan Maha Berkuasa. Dengan kudratNya, segala-galanya mampu terjadi.  Everything happens for a reason.  Ya, saya banyak belajar bersabar dan bersyukur. Mungkin kerana dibesarkan dlm suasana serba cukup maka saya membesar dewasa kurang bersyukur, kurang sabar dan adakalanya kurang sensitif dengan mereka yg kurang bernasib baik.

Alhamdulillah terima kasih kerana mengingatkan saya!

Posted via Ipad

No comments: