"" THE ROAD NOT TAKEN: May 2012

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 30 May 2012

Sweet cravings



Yesterday on my way back from mom's house, all of a sudden I had this sweet craving rush. Without any hesitation, I steered my route all the way to Tutti Frutti!

Nak cepat punya pasal, take away je lah. But the temptation was unstoppable. Jgn tiru aksi stunt saya. Makan Tutti Frutti sambil memandu haih! Mmmm yummy!

Posted via Ipad

Tuesday, 29 May 2012

ALLAH itu Maha Berkuasa


Last Thursday, my notebook was stolen and surprisingly today at 11 a.m., I received a call informing me that the notebook was found.  Alhamdulillah!

Panggilan itu tiba setelah saya redha dgn apa yg berlaku. Seusai segala ikhtiar setakat yg termampu dan sebagaimana pesanan  Cinta Jr yg saya harus sabar kerana katanya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Walau sakit, walau marah cubalah untuk bersabar. Maka terciptalah satu rekod terpanjang saya pernah bersabar tanpa marah-marah biarpun sedikit kecewa. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa; 6 hari lamanya saya boleh bersabar hehehe satu catatan rekod peribadi yg boleh dibanggakan bagi seorang yg pemarah & kurang penyabar seperti saya!

Pencurinya juga telah ditangkap dan mengaku bersalah.  Ajaibnya, saya tidak mampu memarahinya maupun memukulnya sampai mati. Aneh! Kerana kalau ikutkan geram memang saya sangat berazam utk memukul pencuri tersebut  andai ketemu.  Sebaliknya saya jadi pemaaf yg setulus ikhlas memaafkan si pencuri itu. Sangat aneh sampaikan saya turut menumpahkan rasa simpati dengan nasib dan latarbelakang si pencuri.

Sesungguhnya, Allah itu ada dan Maha Berkuasa. Dengan kudratNya, segala-galanya mampu terjadi.  Everything happens for a reason.  Ya, saya banyak belajar bersabar dan bersyukur. Mungkin kerana dibesarkan dlm suasana serba cukup maka saya membesar dewasa kurang bersyukur, kurang sabar dan adakalanya kurang sensitif dengan mereka yg kurang bernasib baik.

Alhamdulillah terima kasih kerana mengingatkan saya!

Posted via Ipad

Sunday, 27 May 2012

Tak, Miss Camry saya laaagi best!








Siang tadi termakbul sudah hasrat nak test drive Peugeot 408 Turbo. Lepas borak-borak dengan sales advisor, En Afiq pelawa saya pandu uji 408 Turbo.

Selepas photostat IC & lesen memandu, 408 pun mengaum di jalanan tapi sayang trafik agak sesak so tak boleh nak tekan minyak sepuasnya.

Pros & cons :

1)  Engine memang responsif, sesuai untuk yg berjiwa muda dan kaki pecut.  Walaupun 1.6 cc tapi berkuasa turbo, sesuai bagi yg suka mencilok di jalanan. Lebih berkuasa berbanding Civic & Altis.

2)  OTR PRICE RM125,888.00 tp tak ada GPS navigation system. Comes with 6 airbags  with ABS, EBD, ASR, & ESP. Pricey!

3) Ada cruise control, auto lamp, leather seats etc tp interior styling sgt simple & tidak semewah berbanding camry. Biasalah C section. Interior Civic lebih menawan drpd 408.

4) Dari segi ride & handling, oh laaagi best Camry hehehe.

Verdict:

Lebih bagus berbanding Civic @ Altis! Tapi masalahnya resale value tak ada. Nak pakai sampai reput bolehlah der!

#paling seronok sebab dpt complimentary Peugeot umbrella!!!

Posted via Ipad

Buang tebiat



Pepagi as early as 6, bukak fridge ternampak durian. Leftover yg makan semalam. Apalagi aum je lah. Hmm breakfast durian lalala.

Pagi ni Cinta dah pi office beratus km so tinggallah diriku sorang2. Cinta Jr masih di Putrajaya attending perhimpunan belia 1Malaysia. Langsung x ada khabar berita!

Skrip masih bertimbun tapi dalam hati plan nak pi test drive Peugeot 408 waktu lunch karang hehe bukan nk beli pun tp saja nk test drive sebab ada somebody cakap 408 turbo lagi best dari my Camry! Ces

Posted via Ipad

Friday, 25 May 2012

Sakit hati tapi harus sabar & redha




Saaaaaakitnya hati bila notebook ku dicuri. Urgh geram. Kalau ikutkan hati mau sahaja ku pukul pencuri itu sampai mati tapi hati kembali sejuk bila teringat kata-kata Cinta  & Cinta Jr, "mesti sabar & redha biarpun hati sakit".

Sedihnya bila teringatkan notebook kesayangan hadiah pemberian Cinta. Sewaktu dikhabarkan tentang musibah yang menimpa, Cinta sebagaimana biasa menempelak, "sabar je lah sayang!"  Ouch!  Memang Cinta yg ku kenal adalah sangat penyabar orangnya. But not me hu hu hu.

Tidak mungkin ku halalkan apa yg dilakukan oleh pencuri itu.

#mood yg sgt terganggu.

Posted via Ipad