"" THE ROAD NOT TAKEN: 2012

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 13 December 2012

Jambatan Sultan Yahya Petra, Satu Persoalan?

Jambatan Sultan Yahya Petra dibina pd tahun 1963, siap 2 tahun kemudian dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, menelan belanja RM6.7 juta. Dibina oleh Kien Huat Private Limited, syarikat kepunyaan Tan Sri Lim Goh Tong.

 

Saya tidak dapat tidak merasa curiga tentang apakah ada penemuan yang mungkin ditemui oleh kontraktor yang disebut di atas sewaktu pembinaan jambatan. Ada pihak mengatakan ada satu penemuan guri dll yang membawa kepada ancaman penculikan terhadap ahli keluarga beliau. Sekitar tempoh yg sama, beliau membeli dan memajukan tanah-tanah di Gunung Ulu Kali yang sekarang kita kenali sebagai Genting Highlands. Apakah ada artifak berharga yang ditemui beliau dulu? Banyak persoalan yg timbul ekoran penemuan artifak berharga dalam terowong Palekbang yang terletak berhampiran Sungai Kelantan dan jambatan di atas.

 

Persoalan ini berpunca dari kesukaran kontraktor menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2. Rungutan dan aduan kontraktor Jambatan Sultan Yahya Petra 2 ini mempunyai hubungkait dengan penemuan terowong Palekbang.

 

Wednesday, 12 December 2012

Nasi Kerabu Golok

Sudah bertahun melintas depan Restoran Nasi Kerabu Golok, nak singgah, nak singgah tapi selalu sahaja tak tersinggah. Malam ni tanya Cinta Jr, kalau dinner nasi kerabu okay tak? Macam biasa Cinta Jr okay je, tak pernah menolak pelawaan. Tak macam Cinta, banyak sangat alasan kalau diajak keluar. Tak sedap lah, itulah, inilah. Naik boring jugalah ajak dia keluar. Hehe hari ini dia tak ada... jomlah!

 

Okaylah dah sampai pun di restorannya. Pelanggan semakin ramai membanjiri.

 

Menu ada macam-macam tapi paling special, Nasi Kerabu Golok. Apalagi kami order makanan dan eh sekejap je makanan dah sampai.

 

Nasi Kerabu Daging Bakar
 

Ini yang Cinta Jr order, biasalah tak mau letak sambal.



Nasi Kerabu Ayam Bakar
 

Yang ni saya punya! Fuh sedap sangat sampaikan order tambahan ayam dan daging bakar.

 

Lokasi : Restoran Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Pasir Hor)

 

Verdict : Rasa ayam dan daging bakarnya sedikit manis sesuailah di makan dengan nasi kerabu. Saya suka kerisik kelapanya, rasa light dan tak bersampah. Harga pun berpatutan. Recommended, tak rugi mencuba. Cinta Jr cakap, lain kali kita datang lagi!

 

Tuesday, 11 December 2012

Char Kway Teow Udang

Pusing-pusing di Taman Bendahara tadi terpandang satu gerai. Baru teringat dah lama nak try Char Kway Teow Udangnya yang dikatakan sedap tu. Selalunya sibuk dan tak ada masa nak menunggu tapi petang ni, oh I got plenty of time to kill.

 

Untuk mendapatkan meja pun kena tunggu lebih daripada 15 minit. Menurut pekerja Cosway berhampiran, sebelum gerai dibuka lagi dah berderet pelanggan menunggu. What!

 

 

Gerainya mula dibuka jam 5 petang. Dah dapat tempat duduk, kena tunggu makanan sampai tapi tak lah lama sangat. Akhirnya, jeng jeng jeng yang ditunggu dah sampai!

 

Lokasi : Berhadapan Cosway, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Di sinilah juga terletak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bandar.

Verdict : Char Kway Teownya memang sedap, tak ada rasa hanyir telur. Recommended and of course I will come here again!

 

Sunday, 9 December 2012

Beijing Aku Datang

Akhirnya, impian nak ke Beijing bersama Cinta dan Cinta Jr hampir menjadi kenyataan. Petang tadi singgah di Al Quds Travel Kota Bharu untuk ambil itinerary perjalanan, luggage tags, passport dan visa.

The trip itinerary & our luggage tags

 

Sebelum balik, pergi tukar duit sikit untuk bekal perjalanan ke Beijing. Pegang je matawang China Yuan Renminbi, terasa macam duit cap pokok pisang zaman penjajahan Jepun dulu. Selalunya tukar di Azam Money Changer tapi asyik tutup je, depa pi bercuti kot. Terpaksalah buat penukaran mata wang di Maybank Forex Booth sebelah Pantai Timur Kota Bharu Supermarket.

China Yuan Renminbi, errr Cinta tak payah risau, saya TAK akan berbelanja sakan!

On the way home, singgah di airport buat self check-in for Air Asia domestic flights KBR-KUL, KUL-KBR. Untuk international flight, MAS syaratkan check-in hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sehingga 90 minit sebelum departure time. Leceh...

 

Anyway, we printed our boarding passes with ease.... Hoyeah, Beijing Aku Datang!

 

Saturday, 8 December 2012

Ajihs Nasi Lemak 80 sen

Setelah berbulan semenjak Piya, pemain bolasepak Kelantan secara kontroversi mempromosikan Ajihs Nasi Lemak 80 sen di tengah padang sewaktu Kelantan menentang pihak lawan, baru semalam terserempak dengan lokasinya di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Eh tu dia the famous Ajihs Nasi Lemak!

 

Apa lagi, terus kami singgah dan pekena nasi lemak. Fuh! Memang sedap dimakan panas-panas. Nasinya tidak terlalu berlemak, tapi tetap ada rasa santan. Saya order lauk puyuh dan paru-paru goreng. Sambal bilis, kacang, mentimun dan sehiris telur rebus dihidangkan dengan dua tompok nasi lemak.

Nasi Lemak Puyuh Goreng + Paru-paru Goreng
Nasi Lemak Puyuh Goreng + Sambal Sotong
Nasi Lemak Telur Mata Kerbau + Sambal Kerang

 

Tengah asyik menjamu selera tu, terpandanglah satu sudut yang kelihatan agak ekslusif. Ingatkan Piya ada buat sudut autograf, tapi rupa-rupanya sudut barangan souvenir Restoran Ajihs Nasi Lemak untuk peminat-peminat. Nah, hambik kau!

Bergantungan t-shirt. Kreatif betullah! Kelihatan singlet 'kontroversi' dipamerkan dlm frame.
Pilih-pilih bang, murah je. Sehelai RM20.

 

Verdict : Recommended untuk yang menggemari nasi lemak. Puyuh goreng tu memang sedap, harga pun berpatutan dan untuk yang suka bertenet tak kira masa, ada WiFi!



Friday, 7 December 2012

Ozarah Cafe

Selalunya menginjak November dan Disember, negeri-negeri Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh. Tapi tahun ini, cuaca jauh berbeza, matahari bersinar panas terik, langit membiru tanpa awan, buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan manggis galak berbuah. Apakah bumi sudah nyanyuk?

 

Dek kerana panas dahaga, saya singgah di Ozarah Cafe. Dengar-dengar ABCnya best dan lain daripada yang lain. Betul ke?

Banana Soft Treat

 

Nampak sedap, makan lagi lah sedap! Aisnya halus macam aiskrim. Rasanya sedang elok je, tidak terlalu manis seperti kebanyakan dessert di Kelantan. Di dalamnya ada potongan pisang segar, serbuk kacang, susu, black pearl dan entah apa lagi (dah lupa sebab terlampau syok menikmatinya).

 

Dah minum, nak makanlah pulak. Jadi terorderlah spaghetti...

Tom Yam Spaghetti

 

Dalam banyak-banyak spaghetti yang diorder, Tom Yam Spaghetti yang paling sedap. Recommended!!!

Ham & Sausage Spaghetti
Ozarah Curry Spaghetti

 

Curry Spaghetti ni rasanya biasa-biasa saja atau dengan kata lain lagi sedap spaghetti yang saya masak sendiri huhu!

 

Hiasan dalamannya ringkas, putih bersih dan cantik. Ramai yang ke sini untuk lepak-lepak, berwifi dan borak-borak dengan kawan-kawan.

 

Lokasi : Lot 471, Tingkat Bawah, Seksyen 9, Jln Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-743 2243.

 

Verdict : Banana Soft Treat tu teramatlah best! Esok-esok saya datang lagi!

Friday, 3 August 2012

One hell of bad mistake!



Yeah it was a BIG BAD mistake to befriend a bunch of people who are not trustworthy enough  to be trusted with the valuable definition of friendships.  I truly hate that ONE BITCH who created a fictitious story line of my life and gave everyone a very bad and false impression of my real character and characterization.  I vow to be more careful when mingling with these people 'coz you never know what will happen next!

Yesterday was a great lesson! PERIOD!!!

Posted via Ipad

Monday, 9 July 2012

Passion's gone...



Something's wrong with me and I don't know what

Passion's gone; all that's left are empty papers,

While back then I had the dreams I used to write,

Right now only dusts left on the tables.

Used to wake up excited about the day,

And went to sleep smiling better

Now I wake up full of dismay

And wished that I could sleep forever

Looking at kids having fun carefreely

Running and laughing and playing

How jealous am I to dislike such liberty?

Damn, I hate that feeling.

More sorrow growing with no fine reason,

It's painful. It's dangerous. It's bad.

Wish it's so easy to tell another person,

"Hey. I'm sad."

Posted via Ipad

Monday, 2 July 2012

Happy 18th Anniversary!



Cepatnya masa berlalu, rupa-rupanya dah 18 tahun 1 bulan Cinta dan saya mendirikan rumahtangga. Banyak kenangan pahit manis sepanjang 18 tahun bersama.

Saya banyak belajar menjadi seorang yang lebih tenang, tertib berbicara bila bersama Cinta, biarpun sebenarnya saya seorang yang suka ketawa terbahak-bahak, banyak mulut dan lantang tegas  bersuara.  18 tahun bersama membentuk saya menjadi penyabar, bertolak ansur dan yang paling penting menjadi pemaaf! Biarpun terkadang sedikit introvert seperti Cinta yang mula-mula saya kenal dahulu.

Terima kasih kepada Cinta yg banyak mengalah dan bertoleransi demi kebahagiaan rumah tangga. Berkat kesabaran dan persefahaman, kita berjaya mengharungi 18 tahun dugaan. Alhamdulillah, syukur.

Posted via Ipad

Wednesday, 27 June 2012

Is it madness or plain ridiculous?



Am I ready for a new baby?

Posted via Ipad

Tuesday, 26 June 2012

It's PURPLE!



Raya tahun ni temanya purple! Semalam lepas kerja, terus pi Nini Collection. Terima kasihlah sebab masih ambik tempahan.  Katanya tak lain tak bukan sebab saya regular customer. Tempahan sebenarnya dah lama tutup.

Itu lah asyik menunggu kata putus dari Cinta, sampai ke sudah tunggu dan tunggu. Kata orang; MAKNGAAA!

Best kan sebut perkataan tu? MAKNGAAAAAAA ~

Posted via Ipad

Monday, 25 June 2012

Cold Cold Heart



Sorry for saying no!  You can say I'm selfish and cold-hearted. Yup, I helped you once but please; it doesn't mean every time you're in trouble, I'll be there to help you.  No, I'm not your life saviour!

Don't drag me into your problematic life. So back off!

Posted via Ipad

Friday, 22 June 2012

Weekend tanpa Cinta


Best jugak sesekali Cinta tak balik hehe kalau tak, penat melayan ceramah Cinta.

Pagi-pagi lagi keluar rumah cari my all time favorite breakfast; Nasi Berlauk Serati Kerutup + Daging Goreng. Sorrylah tak ada gambar sebab dah habis makan, baru teringat nak memblog.

Mmm tak tahulah pulak nak buat apa lepas makan. Sunyi jugak Cinta tak ada. Selalunya hujung minggu pot pet pot pet all the way.

Jom lipat kain yang bertimbun! HUh

Posted via Ipad

Tuesday, 19 June 2012

Baru je kawin, dah berantakan haih



Terkezut lah jugak mendengar luahan isi hati che kiah. Tu la aritu siapa suruh kawen?  Oops jgn marah babe! 

Berumahtangga ni kena banyak bersabar. Jangan nak nampak salah orang je, awak tu pun bukannya perfect sangat, che kiah.

Tapi kan semenjak awak kawen, saya nampak kerjabuat awak semuanya kalut, kesian awak!  Awak nampak sweet bila kalut hehehe (atau dgn kata lain saya seronok tgk awak kalut). Ish saya bergurau je!

Sabar jelah! Semoga rumah tangga che kiah kekal bahagia. Kalau marah atau bengang dgn pak andeh awak tu, cuba ingat balik masa mula2 mengorat dulu. Mesti bahagia kan?

Kepada 'andalusia' di luar sana yg bakal ketemu jodoh, pikirlah masak2 sebelum buat keputusan untuk kawen.  Kalau tidak, jadilah macam kes che kiah.

Anyway che kiah, cubalah sesuaikan diri & banyakkan bersabar. Best of luck!

Posted via Ipad

Tuesday, 12 June 2012

Nampak cool tapi...



... saya stress! Boleh senyum, boleh ketawa terbahak-bahak tapi saya sebenarnya STRESS sangat-sangat. Can't sleep but can EAT so permisi dulu saya mau pergi makan! (lagi.)

Okay fast forward, this week is MINGGU STRESS SEDUNIA!  Maunya kalau tuhan makbulkan doa saya supaya minggu ini bisa di pause sebentar, so that I can close my eyes and disappear! Sehabis sahaja stress itu pergi, mohon tuhan kembalikan semula hidup saya seperti biasa!

# nota yg kelima itu sgt menepati saya!

Posted via Ipad

Sunday, 10 June 2012

Just smile!



You don't have to say anything! Today I just want to stare at the picture above and SMILE! Oh how I wish...  Ces koya lagi!  Sudahlah Naz!  Mati hidup balik pun, kau hanya mampu memandang.

#gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata.  Urgh!!!

Posted via Ipad

Friday, 1 June 2012

Gone so soon




There were days when I had no strength to go on.  I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”.  But I got through all the pain when I truly accepted that to God we all belong, and to Him we’ll return.

Insya Allah semuanya berakhir dengan baik dan mudah...

Posted via Ipad

Wednesday, 30 May 2012

Sweet cravings



Yesterday on my way back from mom's house, all of a sudden I had this sweet craving rush. Without any hesitation, I steered my route all the way to Tutti Frutti!

Nak cepat punya pasal, take away je lah. But the temptation was unstoppable. Jgn tiru aksi stunt saya. Makan Tutti Frutti sambil memandu haih! Mmmm yummy!

Posted via Ipad

Tuesday, 29 May 2012

ALLAH itu Maha Berkuasa


Last Thursday, my notebook was stolen and surprisingly today at 11 a.m., I received a call informing me that the notebook was found.  Alhamdulillah!

Panggilan itu tiba setelah saya redha dgn apa yg berlaku. Seusai segala ikhtiar setakat yg termampu dan sebagaimana pesanan  Cinta Jr yg saya harus sabar kerana katanya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Walau sakit, walau marah cubalah untuk bersabar. Maka terciptalah satu rekod terpanjang saya pernah bersabar tanpa marah-marah biarpun sedikit kecewa. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa; 6 hari lamanya saya boleh bersabar hehehe satu catatan rekod peribadi yg boleh dibanggakan bagi seorang yg pemarah & kurang penyabar seperti saya!

Pencurinya juga telah ditangkap dan mengaku bersalah.  Ajaibnya, saya tidak mampu memarahinya maupun memukulnya sampai mati. Aneh! Kerana kalau ikutkan geram memang saya sangat berazam utk memukul pencuri tersebut  andai ketemu.  Sebaliknya saya jadi pemaaf yg setulus ikhlas memaafkan si pencuri itu. Sangat aneh sampaikan saya turut menumpahkan rasa simpati dengan nasib dan latarbelakang si pencuri.

Sesungguhnya, Allah itu ada dan Maha Berkuasa. Dengan kudratNya, segala-galanya mampu terjadi.  Everything happens for a reason.  Ya, saya banyak belajar bersabar dan bersyukur. Mungkin kerana dibesarkan dlm suasana serba cukup maka saya membesar dewasa kurang bersyukur, kurang sabar dan adakalanya kurang sensitif dengan mereka yg kurang bernasib baik.

Alhamdulillah terima kasih kerana mengingatkan saya!

Posted via Ipad

Sunday, 27 May 2012

Tak, Miss Camry saya laaagi best!








Siang tadi termakbul sudah hasrat nak test drive Peugeot 408 Turbo. Lepas borak-borak dengan sales advisor, En Afiq pelawa saya pandu uji 408 Turbo.

Selepas photostat IC & lesen memandu, 408 pun mengaum di jalanan tapi sayang trafik agak sesak so tak boleh nak tekan minyak sepuasnya.

Pros & cons :

1)  Engine memang responsif, sesuai untuk yg berjiwa muda dan kaki pecut.  Walaupun 1.6 cc tapi berkuasa turbo, sesuai bagi yg suka mencilok di jalanan. Lebih berkuasa berbanding Civic & Altis.

2)  OTR PRICE RM125,888.00 tp tak ada GPS navigation system. Comes with 6 airbags  with ABS, EBD, ASR, & ESP. Pricey!

3) Ada cruise control, auto lamp, leather seats etc tp interior styling sgt simple & tidak semewah berbanding camry. Biasalah C section. Interior Civic lebih menawan drpd 408.

4) Dari segi ride & handling, oh laaagi best Camry hehehe.

Verdict:

Lebih bagus berbanding Civic @ Altis! Tapi masalahnya resale value tak ada. Nak pakai sampai reput bolehlah der!

#paling seronok sebab dpt complimentary Peugeot umbrella!!!

Posted via Ipad

Buang tebiat



Pepagi as early as 6, bukak fridge ternampak durian. Leftover yg makan semalam. Apalagi aum je lah. Hmm breakfast durian lalala.

Pagi ni Cinta dah pi office beratus km so tinggallah diriku sorang2. Cinta Jr masih di Putrajaya attending perhimpunan belia 1Malaysia. Langsung x ada khabar berita!

Skrip masih bertimbun tapi dalam hati plan nak pi test drive Peugeot 408 waktu lunch karang hehe bukan nk beli pun tp saja nk test drive sebab ada somebody cakap 408 turbo lagi best dari my Camry! Ces

Posted via Ipad

Friday, 25 May 2012

Sakit hati tapi harus sabar & redha




Saaaaaakitnya hati bila notebook ku dicuri. Urgh geram. Kalau ikutkan hati mau sahaja ku pukul pencuri itu sampai mati tapi hati kembali sejuk bila teringat kata-kata Cinta  & Cinta Jr, "mesti sabar & redha biarpun hati sakit".

Sedihnya bila teringatkan notebook kesayangan hadiah pemberian Cinta. Sewaktu dikhabarkan tentang musibah yang menimpa, Cinta sebagaimana biasa menempelak, "sabar je lah sayang!"  Ouch!  Memang Cinta yg ku kenal adalah sangat penyabar orangnya. But not me hu hu hu.

Tidak mungkin ku halalkan apa yg dilakukan oleh pencuri itu.

#mood yg sgt terganggu.

Posted via Ipad