"" THE ROAD NOT TAKEN: La Tahzan. Innallaha ma'ana...

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 15 April 2011

La Tahzan. Innallaha ma'ana...


Jangan bersedih

Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada seseorang,
ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,
jika Allah mahu menghalang kebahagiaan kepada
seseorang,
ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita,
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita ( walaupun sekelip mata ),
dunia boleh berbuat apa sahaja
tetapi mereka tidak dapat mencabar kebesaran Allah
Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



kadang-kadang bila kita kehilangan sesuatu benda dalam dunia
seolah-olah kita hilang segala-galanya
tetapi usia masih lagi berjalan
kita masih lagi hidup dan makan
dan menikmati kurniaan hidup ini

kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup
yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Sesiapa yang tidak melaluinya
tidak akan memahami
besarnya nikmat sihat

Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
akan mengetahui akan keajaiban bertawakkal

Ya Rabb 
Aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah...

Ya Allah
Apa sahaja yang aku alami
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada hamba-hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan

bagi Engkaulah pujian
bagi Engkaulah kesyukuran

Subhanallah!

"Jangan bersedih.  Sesungguhnya Allah bersama kita!" ~ At Tawbah, 9:40

No comments: