"" THE ROAD NOT TAKEN: Makluman Penting Kepada Keluarga Pelajar tajaan MARA di Mesir

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 1 February 2011

Makluman Penting Kepada Keluarga Pelajar tajaan MARA di Mesir


Majlis Amanah Rakyat (MARA) menasihatkan anggota keluarga dan waris kepada pelajar tajaan MARA di Mesir agar bertenang terhadap keselamatan anak mereka di Mesir berikutan pergolakan dan perintah berkurung yang diisytiharkan di beberapa buah bandar utama di Mesir.

Keselamatan pelajar adalah terkawal dan sedang dipantau oleh Jabatan Penuntut Malaysia (MSD), Kedutaan Malaysia di Mesir, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat MARA di Mesir. Pihak Ibu Pejabat MARA juga sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri dan Majlis Keselamatan Negara serta mendapat arahan dan nasihat dari semasa ke semasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Pelajar diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelak daripada berada di tempat rusuhan serta berisiko tinggi.

Anggota keluarga dan waris diminta agar dapat bersama-sama mendoakan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Mesir.

Untuk makluman lanjut, kami boleh dihubungi melalui :

Talian/HOTLINE MARA                              : 03-2693 6666
(8.00 pagi sehingga 11.00 malam)                 : 03-2694 3366
                                                                      : 03-2694 6622
Talian MUDAH ALIH/
Handphone (24 jam)                                      : Dr. Syed Anwar Aly (019 2646253)
                                                                      : Pn. Rohayah Mohd Zain (019 3883121)
                                                                      : En. Kamis Mahawi (017 3219756)
                                                                      : Pn. Wan Mariam Wan Yaacob (019 2578207)

No comments: