"" THE ROAD NOT TAKEN: Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 21 January 2011

Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / 2011

KUALA LUMPUR: Sejumlah 41,117 pelajar yang memohon memasuki tingkatan satu dan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh menyemak kedudukan permohonan mereka mulai hari ini melalui laman web: 



Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim Ahmad berkata pelajar boleh membuat semakan itu dengan menggunakan nombor surat beranak atau kad pengenalan.

“Mara menawarkan 3,500 tempat bagi pelajar tingkatan empat, dan 6,500 tempat untuk pelajar tingkatan satu bagi sesi tahun ini, iaitu dari segi keseluruhan pertambahan 3.3 peratus atau 330 jumlah tempat jika dibanding tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, sehingga tarikh tutup permohonan 30 November tahun lalu, 25,244 permohonan diterima dari pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di MRSM.

Beliau berkata, bagi tingkatan empat, 15,873 permohonan diterima sehingga tarikh tutup 8 Januari, dan menurutnya jumlah permohonan keseluruhan mencatat peningkatan 3,907 permohonan atau 7.5 peratus berbanding tahun lalu.

Ibrahim berkata, pelajar tingkatan satu dan empat akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar, 7 Mac nanti.

No comments: