"" THE ROAD NOT TAKEN: Doakan saya...

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 11 January 2011

Doakan saya...

Sedar tak sedar dah agak lama saya tak menulis. Semalam ada yg menitipkan rindu dan ingin melihat blog ini diupdate. Hmm bukan sengaja menyepi, cuma kebelakangan sibuk dgn pelbagai agenda hidup yang banyak mematangkan saya. Ranjau dugaan, rintangan, komplikasi kesihatan, dan suka duka kehidupan tapi saya tetap bersyukur atas segala nikmat yang diberikanNya.

Biarpun tidak begitu sihat, komitmen saya terhadap agama, kerjaya & famili tetap tak berkurang. Kepada teman-teman rapat, terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Doakan agar saya terus gagah menghadapi segala kemungkinan... Doakan agar saya bisa terus senyum sebagaimana saya yang selalu kelihatan ceria di mata anda. InsyaAllah, semuanya akan berakhir dengan tenang dan mudah. Semoga dipermudahkan untuk saya... kerana hakikat rasa hanya saya yang merasainya.

No comments: