"" THE ROAD NOT TAKEN: Rahsia disukai ramai

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 24 November 2010

Rahsia disukai ramai

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

1.  Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

2.  Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

3.  Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

4.  Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.



5.  Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

6.  Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

7.  Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.

8.  Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

9.  Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
10. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

11. Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

12. Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

13. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

14. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

15, Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

16. Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

17. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

18. Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang

No comments: