"" THE ROAD NOT TAKEN: Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya Untuk Pelajar Persendirian Universiti di Mesir

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 19 November 2010

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya Untuk Pelajar Persendirian Universiti di Mesir

1.         PENDAHULUAN

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya buat pertama kalinya akan menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran TERHAD kepada pelajar-pelajar persendirian yang sedang  mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Mesir.

Oleh kerana peruntukkan terhad maka bilangan pinjaman yang disediakan adalah TERHAD.  Pihak pengurusan tidak memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang diterima dan didapati memenuhi syarat/kriteria akan menerima tawaran kemudahan pinjaman ini.  



2.        KONSEP PINJAMAN :  KOMITMEN & TANGGUNGJAWAB KOS SECARA BERSAMA.

Kemudahan pinjaman pelajaran yang ditawarkan adalah berkonsepkan Komitmen & Tanggungjawab KOS Secara Bersama  dengan ibubapa pelajar.  Tawaran kemudahan pinjaman ini bukan melibatkan PINJAMAN 100% . 

Pinjaman ini hanya melibatkan pembiayaan yuran pengajian tertakluk kepada jumlah maksimum berdasarkan fi universiti berkaitan.

Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar/ibubapa  sendiri.


3.        JENIS PINJAMAN

3.1       Pinjaman Khas Perubatan

·                    Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian  (Tamat Tahun 1 keatas)  bidang perubatan di Mesir di Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan (JPA)  sahaja.

·                    Bidang Perubatan : Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Verterinar.

·                    Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki dan perlu lulus setiap tahun, tidak boleh gagal mana-mana subjek dan menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun (Tempoh Pengajian) seperti yang ditetapkan.  Pelajar perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.


4.        SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN

4. 1          SYARAT UMUM

·                    Wargenegara Malaysia;
·                    Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat;
·                    Pelajar Bumiputera yang berkelayakan dan belum mempunyai Ijazah Pertama;
·                    Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun kedua (2), ketiga (3) atau keempat (4) pengajian di universiti-unversiti yang diiktiraf di Mesir;


4. 2          SYARAT KHUSUS (SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK)
           
·                    Telah  diterima masuk untuk tahun kedua, ketiga atau keempat pengajian;
·                    Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama, kedua, ketiga atau keempat;
·                    Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM dan JPA ;
·                    Pelajar yang menuntut di Mesir dan mesti mendapat sekurang-kurangnya keputusan jayyid ketika tahun 1 pengajian atau tahun-tahun sebelumnya;
·                    Mendapat sekurang-kurangnya 6A Sijil Pelajaran Malaysia dan subjek-subjek SPM yang mendapat gred A mestilah berkaitan dengan subjek yang berkaitan bidang perubatan;
·                    Mengemukakan keputusan peperiksaan berkenaan semasa permohonan diserahkan ke AmanahRaya;


BORANG PERMOHONAN
Menggunakan Borang yang dimuat turun di Laman Sesawang AmanahRaya  

·                    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh; Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Wakil Rakyat.  Sekiranya pelajar masih berada di Mesir pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Jabatan Penuntut Malaysia;

·                    Salinan Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :

o        Tiga (3) salinan Kad Pengenalan (Pelajar, Ibubapa/Penjaga & Tanggungan  & Penjamin)

o        Tiga (3) salinan Surat Beranak (Pelajar);

o        Tiga (3) salinan Pasport (Pelajar);

o        Tiga (3) salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi (Unconditional Offer);

o        Tiga (3) salinan keputusan peperiksaan pengajian (dokumen asal) bagi tahun-tahun sebelumnya untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara;

o        Tiga (3) salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain;

o        Tiga (3) keping gambar : Pelajar/Ibu Bapa/Penjaga/Penjamin

o        Tiga (3) salinan slip gaji terbaru : Ibubapa / Penjaga & Anak (yang sudah bekerja ) & Penjamin;

o        Tiga (3) salinan kad pencen Ibubapa/Penjaga &Penjamin; dan

o        Tiga (3) salinan borang J (Cukai Pendapatan) Ibubapa / Penjaga & Penjamin untuk tahun semasa dan 2 tahun sebelumnya.

Kesemua salinan dokumen di atas hendaklah dalam Saiz A4 dan disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai seperti yang dinyatakan di perenggan 5.

5. 1          Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan yang ditetapkan dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak akan  diproses/dipertimbangkan.

5. 2          Dokumen yang diperlukan hendaklah lengkap dan memenuhi syarat.

5. 3          SILA PASTIKAN BAHAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN HENDAKLAH LENGKAP, MEMENUHI SYARAT & SEMUA MAKLUMAT DITULIS DENGAN HURUF BESAR DAPAT DIBACA DAN DILIHAT.

5. 4          TARIKH PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN: 
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta  dokumen-dokumen yang telah ditetapkan dan disahkan terlebih dahulu hendaklah di bawa dan diserahkan ketika SESI TAKLIMAT  pada 27 November 201O.  Tempat & Alamat akan diumumkan di dalam akhbar dan Laman Sesawang AmanahRaya dalam jangaka masa terdekat.


6.                 CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

6. 1          Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.

6. 2          Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.

6. 3          Kursus/kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.

6. 4          Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation atau yang sedang di Tahun 1 Peringkat Ijazah.

6. 5          Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.

6. 6          Pelajar yang pernah mendapat/atau dilucutkan  kemudahan biasiswa atau pinjaman.


7.                 HAK YAYASAN AMANAHRAYA

7.1          Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada pada waktu kemudahan pinjaman ditawarkan, serta perubahan dasar dan hala tuju syarikat dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya yang mana kemudahan pinjaman ini disalurkan dan dilaksanakan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

7.2          AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan pinjaman yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu; dan

7.3          AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya  berhak menarik balik kemudahan tawaran pinjaman sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.


8.                 MAKLUMAT PENTING  :  PENASIHAT RUNDING CARA PINJAMAN

AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya tidak melantik wakil; orang perseorangan/individu atau syarikat atau ejen yang mewakili AmanahRaya ataupun Yayasan AmanahRaya untuk urusan pinjaman atau berkaitan atau pun sebaliknya. 

·            Sekiranya terdapat wakil yang mendakwa sebagai wakil atau ejen pinjaman hendaklah memaklumkan kepada;

Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan
Tingkat 14, Wisma AmanahRaya
No 2. Jalan Ampang
50508 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2055 7388
Fax: 03 - 2072 1434

Atau menghubungi ;

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman, sila hubungi pegawai berikut :

Puan Norsyillawaty Juhasu

(     03-2055 7373       Faks : 03-2072 143     
* norsyillawaty@arb.com.my   

Puan Zafrina Saini
(     03-2055 7408

No comments: