"" THE ROAD NOT TAKEN: PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SEMENANJUNG MALAYSIA

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 11 November 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SEMENANJUNG MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM KotaPutra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidika MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridg IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM (AGAMA) ULUL ALBAB
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.

5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemu duga.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK PROGRAM CAMBRIDGE IGCSE MRSM
1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

3. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.

5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

6. Surat panggilan temu duga akan dihantar kepada pemohon.

7. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi.

2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2010.

2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.

D. NOTA PENTING
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.

5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

No comments: