"" THE ROAD NOT TAKEN: PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SABAH DAN SARAWAK

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 11 November 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SABAH DAN SARAWAK

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2011 di Sabah dan Sarawak.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:

(i) Bumiputera tahun enam.

(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE

1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi.

2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat seperti yang di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2010.

2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.

D. NOTA PENTING
1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :

(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.

(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.

5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

No comments: