"" THE ROAD NOT TAKEN: Mahu mati dengan bergaya...huhuhu!

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, 20 November 2010

Mahu mati dengan bergaya...huhuhu!

Hujung minggu yang sibuk, ke sana ke mari dengan persiapan kematian seorang jutawan yang ingin mati dengan bergaya.

Jangan ketawa karena itulah hakikat yang saya rasakan sewaktu berlari ke sana ke mari cuba memenuhi segala tuntutan persiapan hari kematian beliau.  Susah jugak ya kalau terlampau banyak duit!

Apapun saya kagum dengan sikap beliau yang mahu menyiapkan semua itu lebih awal supaya perjalanan beliau ke alam kuburan pada hari tersebut lancar dan sempurna.  Penat tak terkira.  Walau apapun, saya cuba bersikap positif cuba memenuhi cerewet yang tak bertepi seboleh yang mungkin.  Beliau seorang perfectionist!

Mungkin hanya itu yang termampu saya lakukan di hari-hari terakhir beliau.  Saya tanpa banyak persoalan dan telagah cuba akur pada setiap kata dan permintaan beliau kerana pada hari beliau meninggal dunia, sayalah orang yang bakal paling berduka menangisi pemergian beliau!

I'll miss you dearly, Mom...

Terima kasih Cinta karena sabar mengekori saya sepanjang hujung minggu ini biarpun terpaksa...

No comments: