"" THE ROAD NOT TAKEN: November 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 25 November 2010

New SAGA 2011 - The latest facelift


Di Saat Aku Mencintaimu...

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Wednesday, 24 November 2010

Rahsia disukai ramai

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

1.  Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

2.  Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

3.  Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

4.  Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

Tuesday, 23 November 2010

The classic fairy tale of Rapunzel but with a twist hehehe!

Rapunzel 2.0

November 23, 2010
NOV 23 — Once upon a giraffe, there lived a man and his wife who wished for a child, but after many years of trying, their efforts came to nought. They were obviously disappointed, but there was very little that they could do, given the fact that fertility treatments were not covered by ING, their medical insurance company.[1]

From the window of their house – which was bought a long time ago using company subsidised interest rates – they could see a beautiful garden full of roses and plants and various vegetables. The garden was surrounded by a high wall and equipped with surveillance cameras, and no one dared to enter there, for it belonged to a Witch whom everyone feared.

One day, the woman was looking out of her window and saw a bed of beautiful radishes, which she longed to eat.[2] The longing was so great that as the days passed, she became sick for wanting them.

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2010

Bilangan Calon SPM 2010

Peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010 ini. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

Petugas Dan Pemeriksa SPM 2010

Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan dan 22,183 orang pemeriksa skrip jawapan calon telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

 

Jadual SPM 2010

Semua calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.
 

Monday, 22 November 2010

Ada resah di hati harapan...

November ini menjengah membawa harapan sejuta indah tapi resah tiada putus bertamu.  Terlalu banyak komplikasi memaksa untuk tidak terlalu memikirkannya dan tidak sangat-sangat berharap.  Pasrah dan nestapa itulah gambaran perasaan di setiap siang dan malam.

Siang menanti malam, malam mengejar siang, saya bersyukur jika impian ini tetap berterusan. Serasa umpama telur di hujung tanduk.  Oh Tuhan, berikanlah kami kekuatan untuk menempuhinya.  Semoga segala-galanya selamat dan baik-baik sahaja.  Kita hanya berusaha, Tuhan yang tentukan segalanya!

Dan untuk Cinta, tetaplah bersama biar ke mana pun arah angin harapan berlari...

Sunday, 21 November 2010

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011



Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010.

Sila klik di sini untuk membuat permohonan.

Saturday, 20 November 2010

Mahu mati dengan bergaya...huhuhu!

Hujung minggu yang sibuk, ke sana ke mari dengan persiapan kematian seorang jutawan yang ingin mati dengan bergaya.

Jangan ketawa karena itulah hakikat yang saya rasakan sewaktu berlari ke sana ke mari cuba memenuhi segala tuntutan persiapan hari kematian beliau.  Susah jugak ya kalau terlampau banyak duit!

Apapun saya kagum dengan sikap beliau yang mahu menyiapkan semua itu lebih awal supaya perjalanan beliau ke alam kuburan pada hari tersebut lancar dan sempurna.  Penat tak terkira.  Walau apapun, saya cuba bersikap positif cuba memenuhi cerewet yang tak bertepi seboleh yang mungkin.  Beliau seorang perfectionist!

Mungkin hanya itu yang termampu saya lakukan di hari-hari terakhir beliau.  Saya tanpa banyak persoalan dan telagah cuba akur pada setiap kata dan permintaan beliau kerana pada hari beliau meninggal dunia, sayalah orang yang bakal paling berduka menangisi pemergian beliau!

I'll miss you dearly, Mom...

Terima kasih Cinta karena sabar mengekori saya sepanjang hujung minggu ini biarpun terpaksa...

Friday, 19 November 2010

Soal Hati: CINTA

menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatkan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuamu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu belayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

cinta biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya Untuk Pelajar Persendirian Universiti di Mesir

1.         PENDAHULUAN

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya buat pertama kalinya akan menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran TERHAD kepada pelajar-pelajar persendirian yang sedang  mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Mesir.

Oleh kerana peruntukkan terhad maka bilangan pinjaman yang disediakan adalah TERHAD.  Pihak pengurusan tidak memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang diterima dan didapati memenuhi syarat/kriteria akan menerima tawaran kemudahan pinjaman ini.  



2.        KONSEP PINJAMAN :  KOMITMEN & TANGGUNGJAWAB KOS SECARA BERSAMA.

Kemudahan pinjaman pelajaran yang ditawarkan adalah berkonsepkan Komitmen & Tanggungjawab KOS Secara Bersama  dengan ibubapa pelajar.  Tawaran kemudahan pinjaman ini bukan melibatkan PINJAMAN 100% . 

Pinjaman ini hanya melibatkan pembiayaan yuran pengajian tertakluk kepada jumlah maksimum berdasarkan fi universiti berkaitan.

Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar/ibubapa  sendiri.


3.        JENIS PINJAMAN

3.1       Pinjaman Khas Perubatan

·                    Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian  (Tamat Tahun 1 keatas)  bidang perubatan di Mesir di Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan (JPA)  sahaja.

·                    Bidang Perubatan : Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Verterinar.

·                    Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki dan perlu lulus setiap tahun, tidak boleh gagal mana-mana subjek dan menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun (Tempoh Pengajian) seperti yang ditetapkan.  Pelajar perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Monday, 15 November 2010

A life misunderstood...


Lately, there are rumours flying.  Unappointed spokesperson are everywhere.  Gossips are floating as if they know me better than I know myself.

Well, it's alright.  I don't and  I won't keep any hard feelings...  Everyone can make their own assumptions on the matters.

But as for now I guess only time will tell...

Pengambilan Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa Tahun 2011 GIATMARA

Permohonan dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus seperti yang diiklankan.

KELAYAKAN PELATIH
• 3M (Membaca, Menulis & Minat)
• Umur 15 tahun ke atas
• Sihat tubuh badan
• Tamat Tingkatan 5 (Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology)

Sunday, 14 November 2010

Hati Yang Sedih...

Sederas hujan yang mencurah di luar sana, selebat itu jugalah sedih menghujani hati.  Zahirnya, senyum merekah di bibir tapi hakikat di hati hanya aku yang tahu dan mengerti.

"Hasbunallahu waniqmal wakil"
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadaNya) segala urusan kami". (Surah Al-Imran: 173)

Puas diusir tapi sedih tetap bertamu.  Di saat mata hampir terpejam setiap malam, sedih mengulit, mengusut jiwa, meresah nurani.  Tatkala terperangkap di jalanan yang sesak sewaktu pulang dari kerja, sedih menyelinap lantas tanpa sedar berlinang airmata.  Sewaktu bersendiri menjamah makan malam yang semakin sejuk, sedih membuak mencekik selera.  Ya Rahman, Ya Rahim, hanya padamu aku berserah.

Tiada upaya untukku membuang pilu yang beronak di hati.  Cuba bergembira, cuba tersenyum, cuba bersenda gurau tapi semuanya hambar.  Dan untuk ke sekian harinya, hati ini terus hiba...

Thursday, 11 November 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SEMENANJUNG MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2011 di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM KotaPutra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidika MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridg IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang program Cambridge IGCSE, sila layari laman web MARA.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
(i) Bumiputera tahun enam.
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA TINGKATAN SATU TAHUN 2011 SABAH DAN SARAWAK

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2011 di Sabah dan Sarawak.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
1. Warganegara Malaysia.

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:

(i) Bumiputera tahun enam.

(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

B. CARA MEMOHON SECARA ONLINE

Tuesday, 9 November 2010

Adorable, isn't he?






Monday, 8 November 2010

Muahs!!!

So in love...



Papa tolonglah
Mama tolonglah
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia

Si jantung hatiku
Yang ku puja ku cinta selalu

Saturday, 6 November 2010

My PONY! *sob sob sob~

"Naz, Pony kesayangan awak accident!  Sorry, I tak nampak tadi...",  jantungku bagaikan kaca dihempas ke batu.  Terkejut, sakit hati, marah, geram, kesal SEMUA ADA!  Tapi dek kerana CINTA dan sayang, kau kumaafkan.  

Sakitnya mata bila terpandang My Pony.  Sampai hati you buat camtu!   What?  Tak sengaja? Emm ya la tuuu, I tau you  KOYA tahap gaban all the time...  Luckily upon further inspections, it's not that serious huh tapi terbanglah RM300.  Takper you kan generous!

Dearest Cinta, I truly hope it won't happen again!!!  Pleaseeee

...cian Pony!   : (

Wednesday, 3 November 2010

Thank you for loving me!


Dearest Cinta,
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I
THANK YOU FOR LOVING ME!

~and thanks too for the beautiful GIFT!

Tuesday, 2 November 2010

Kalau BERPACARAN!

Berpacaran dengan gadis Kota Bharu?  Hah?  Apa?  Oh tidak!  

Itulah, masa pertama kali ke Kelantan dulu naik bas SKMK.  So Sampai Kelantan Mesti Kahwin daaa...

Untuk yang sedang berpacaran, jangan tunggu lama-lama.  Kalau terlambat kasih mu disambar buaya~

Dr Phil's Test

Dr. Phil conducted this test on Oprah, she got a 38. Some folks pay a lot of money to find this stuff out. Read on, this is very interesting!  Don't be overly sensitive! The following is pretty accurate. And it only takes 2 minutes. Take this test for yourself.  Don't peek but begin the test as you scroll down and answer.  Answers are for who you're now......! Not who you were in the past.

Have a pen or pencil and paper ready. This is a real test given by the Human Relations Dept. at many of the major corporations today. It helps them get better insight concerning their employees and prospective employees.
 
It's only 10 simple questions, so...... grab a pencil and paper, keeping track of your letter answers.

Monday, 1 November 2010

Soal Hati: Terlalu Cinta!

Masihkah ada cinta? Dalam hati saya?

Ada, tak ada, ish ada, TAK, dah tak ada.  Bohonglah, kalau saya katakan cinta itu sudah tiada.

Hilang? Tidak, tapi yang pasti saya cuba buat-buat tak nampak, cuba untuk tidak memikirkannya...  Hmm, cuba melemparkannya jauh-jauh...

Tapi semakin dicuba semakin nestapa rasanya.  Sulitnya sandiwara hati saya ketika ini!