"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Masuk Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) & Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 / 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 4 October 2010

Permohonan Masuk Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) & Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 / 2011

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Aliran

Sekolah Menengah Teknik

  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran

Sekolah Menengah Vokasional

  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran 
Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
Kemudahan Asrama:
  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Anda juga boleh muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMT/V 2011 di sini:
1) Borang Kemasukan dan
2) Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/V 2011
3) Kursus-kursus yang ditawarkan di SMT/V 2011
4) Panduan Kemasukan
5) Senarai Sekolah

    No comments: