"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR dan KPLI J-QAF Ambilan Januari 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 15 October 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR dan KPLI J-QAF Ambilan Januari 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.

Para lepasan Ijazah yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian  untuk mengikuti KPLI SR atau KPLI j-QAF.



Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( KPLI SR) merupakan program secara sepenuh masa yang mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) pula merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  5. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  7. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Makluman: Anda dinasihatkan agar membaca iklan dan memahami syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR). Untuk membuat permohonan, sila klik pada 'Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF'





















No comments: