"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 2 September 2010

Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011

Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan  aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan

Permohonan SBP Tingkatan 4 2011

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2011.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

No comments: