"" THE ROAD NOT TAKEN: September 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 22 September 2010

LOL STORY: Saya SUKA Awak!

Saya suka tengok awak senyum. Saya tambah-tambah suka kalau awak tertawa. Hari yang gelap gulita jadi terang benderang kalau awak senyum ceria.  

Senyumlah, awak nampak muda menawan kalau senyum!  

Senyumlah, esok saya tunggu awak depan pintu pejabat awak.  

Moga-moga esok tak ada puting beliung (owh minta dijauhkan!).

Tadi waktu saya nak balik, awak senyum. Saya tau awak sukakan saya (oh perasannya saya)!  Bila awak senyum, semua orang senang hati.  Semua urusan berjalan lancar. 

Senyumlah bila saya jumpa awak esok, okay!

Monday, 20 September 2010

Permohonan Masuk Ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Semenanjung Malaysia Tahun 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.

MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.



Datuk Sosilawati Murder: Lawyer's 9 Pedigree Dogs...


(New Straits Times) - BANTING: Nine pedigree dogs, belonging to the lawyer brothers from here, were put to sleep by Kuala Langat District Council officers yesterday.

Six Rottweilers, two Dalmations and a bulldog were put down by lethal tranquilisers at the poultry farm in Sungai Gadung, believed to the scene of a quadruple murder.

The officers were seen entering the farm at 8.15am and left about two hours later with the carcasses in a pick-up lorry.

The New Proton Waja ( Replacement ) Spyshots

Credit to Fastmotoring

It has been sometime that everyone in the internet is talking about the upcoming Proton Waja Replacement model. Today, Fastmotoring uploaded the spy shot of the front fa├žade of the new Waja.

Sunday, 19 September 2010

Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri-Negeri

Percubaan SPM Negeri Sembilan 2010

Add Maths Paper 1, Marking Scheme

Add Maths Paper 2, Marking Scheme
Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2,  


Percubaan SPM Negeri Perak 2010

Add Maths Paper 1, Marking Scheme
Add Maths Paper 2, Marking Scheme
Mathematics Paper 1, Marking Scheme
Mathematics Paper 2, Marking Scheme


Percubaan SPM Negeri Terengganu 2010

Bahasa Inggeris Paper 1
Bahasa Inggeris Paper 2
Bahasa Melayu Kertas 1
Bahasa Melayu Kertas 2
Pendidikan Islam Kertas 1
Pendidikan Islam Kertas 2
Sejarah Kertas 1, Sejarah Kertas 2,


Percubaan SPM Negeri Perlis 2010

BAHASA ARAB TINGGI [ K1 ] [ K2 ] SKEMA [ K1 ] [ K2 ]
BAHASA INGGERIS [ K1 ] [ K2 ] [SKEMA] [ K 1 ] [ K2 ]
BAHASA MELAYU [ K1] [ K2 ] [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ]
BIOLOGI [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
FIZIK [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA ]
KIMIA [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA ] [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ]
MATEMATIK MODEN [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
MATEMATIK TAMBAHAN [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [K1 ] [ K2 ]
PENDIDIKAN ISLAM [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ]
SEJARAH [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA ] [ K1 ]
BAHASA INGGERIS 1119 [ K1 ] [ K2 ] SKEMA [ K1 ] [ K2 ]
ICT [ SKEMA ]
PENDIDIKAN MORAL [ SKEMA ]


Percubaan SPM Negeri Johor 2010

Bahasa Melayu + Skema
Bahasa Inggeris + Skema
Pendidikan Islam + skema
Sejarah + Skema
Matematik + skema
Matematik Tambahan + skema
Fizik + skema
Kimia + skema
Biologi + skema
Pendidikan Moral
Prinsip Akaun


Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh 2010

Bahasa Melayu + Skema
Bahasa Inggeris + Skema
Pendidikan Islam + Skema
Sejarah + Skema
Additional Mathematics P1+P2+ Marking Scheme
Mathematics P1+ P2 + Marking Scheme
Physics
Chemistry
Biology
Pengajian AlQuaraan dan Sunnah
EST
Pendidikan Syariah Islamiah
Lukisan Kejuruteraan
Teknology Kejuruteraan

Friday, 17 September 2010

The 29th Kelantan Sultan will be known as Sultan Muhammad The Fifth

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari ini, Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Monday, 13 September 2010

DYMM Tengku Muhammad Faris Petra, Sultan Kelantan ke 29

PENGISYTIHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 - 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 - 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.


Friday, 10 September 2010

SALAM AIDILFITRI


Kepada semua pengunjung blog, sahabat, rakan bloggers dan blog followers;   

Seperti sebuah perjalanan hidup, semua yang telah terjadi tidak mungkin terpadam.  Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas... Hanya pinta saya, semoga setiap kekhilafan yang dilakukan diampuni.

Selamat Menyambut Lebaran. Maaf zahir dan batin di atas lisan yg tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan….
 

May this holy occasion of sharing and togetherness fill your heart and home with joy and happiness...

Wednesday, 8 September 2010

Permohonan Masuk ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL dan KPTM Sesi Januari 2011

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2011. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

KOLEJ PROFESIONAL MARA

Program Intensif Persediaan (PIP)
Program Diploma
  • Business Studies
  • Accountancy
  • English Communication
  • Business Computer Networking
  • Entrepreneurship
  • Agro – Business
  • International Business
  • Integrated Logistic Management
  • Islamic Banking & Finance
Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
  • F & HND in Computing (Software Development)
  • F & HND in Business Computing
  • F & HND in Business (Marketing)

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Bidang-bidang Pengkhususan Pengajian Peringkat Diploma dan Ijazah
  • Electrical Electronics & Telecommunication Technology
  • Robotics, Automation & Mechatronics Technology
  • Machine Building Metal Fabrication & Working Technology
  • Automotive, Aircraft, Ship & Industrial Maintenance Technology
  • Product Design, Mould & Die & Precision Manufacturing Technology
  • Engineering Business & Management & E-Commerce
  • Computer Networking, Software Engineering, Multimedia & Animation
  • Medical & Allied Health Sciences
  • Quality Engineering & Industrial Logistics
  • Medical Science technology
  • Foundation Studies

KOLEJ POLY-TECH MARA

Bidang Pengajian Peringkat Diploma, Ijazah dan Profesional
  • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Profesional (CAT/ACCA/ICSA)
  • Sains dan Sains Kesihatan
  • Perniagaan dan Perakaunan
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Kejuruteraan

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

Bidang Pengajian Diploma Kejuruteraan, Teknologi dan HND
  • Elektronik
  • Elektrik
  • Automotif
  • Awam
  • Seni & Reka bentuk
  • Mekanikal Servis
  • Mekanikal Pembuatan

GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE

Bidang Pengajian Diploma
Technologi Pembuatan
  • Tool & Die Technology
  • Mould Technology
  • Product Design & Manufacturing
  • CNC Precision Technology
Elektronik Perindustrian
  • Mechatronics
  • Process Instrumentation & Control
  • Electronics & Information Technology
  • Network Security

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon.

Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2011 bagi KPM, KKTM dan GMI ditutup pada 4 Oktober 2010.
Bagi UniKL, IKM dan KPTM akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat

  • Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan KPM untuk maklumat tambahan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahagian Pendidikan Tinggi MARA Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2691 5111 samb. 1732, 1736 Faks: 03-2691 4457
      e-mel :  upim@mara.gov.my
      Laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline/
    • Universiti Kuala Lumpur Bahagian Hal Ehwal Akademik 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2175 4424 Faks: 03-2175 4446
      e-mel: enquiries@unikl.edu.my
      Laman web : http://www.unikl.edu.my/
    • Kolej Poly-Tech MARA Bahagian Komunikasi & Pemasaran Korporat Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9281 9700 / 9285 6033 Faks: 03-9281 5764
      e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : http://www.kptm.edu.my/
    • Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA Tingkat 20 & 21, Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2691 5111 samb. 3469, 3480, 3778 Faks: 03-2691 4510/1310
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/
    • German-Malaysian Institute Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor Talian Umum: 03-8921 9000 Faks: 03-8921 9001 e-mel: enquiry@gmi.edu.my Laman web : http://www.gmi.edu.my/

Monday, 6 September 2010

Iklan Aidilfitri TV3 2010 : Kebenaran di sebalik penipuan atau kebetulan...

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120). 
 
Ihsan Kalamul Haqq 

Sunday, 5 September 2010

Proton P390A based on Mitsubishi Lancer previewed on TV3

Courtesy of PAUL TAN


Proton decided to give Media Prima’s TV3 a scoop on the new Proton Waja replacement “P390A” model based on the current generation Mitsubishi Lancer. A TV3 program earlier this week had shots of a covered Proton-badged Lancer with a red paintjob.
The cover was lifted up a little momentarily at different sections of the car to give us a glimpse of the styling changes that Proton has done – the entire front end looks different and I must say quite similiar to the rendering that Theophilus did (shown in line). TV3 also reveals that a manual transmission will be available.
Watch the video above, or look after the jump for screenshots from the video.


27
3451


Friday, 3 September 2010

Soalan Percubaan PMR 2010 Negeri-Negeri

* Dear visitors, kindly report any broken links.  TQ

Percubaan PMR Negeri Kelantan 2010

Mathematics Paper 1
Mathematics Paper 2
Science Paper 1 & 2
Geografi, Skema Jawapan



Percubaan PMR Negeri Terengganu 2010

Bahasa Melayu Kertas 1Bahasa Melayu Kertas 2
Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2
Geografi
Sejarah
Science Paper 1 & 2
Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2
Pendidikan Agama Islam


Percubaan PMR Negeri Perlis 2010

Science Paper 1Science Paper 2, Marking Scheme Paper 1 & 2  
Mathematics Paper 1Mathematics Paper 2, Marking Scheme Paper 1 & 2   
Bahasa Melayu Kertas 1Bahasa Melayu Kertas 2, Skema Jawapan Kertas 1 & 2  
Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2, Marking Scheme Paper 1 & 2  
KHB 76/1, Skema Jawapan
KHB 77/1, Skema Jawapan
KHB 78/1, Skema Jawapan 
KHB 79/1, Skema Jawapan
Sejarah, Skema Jawapan
Geografi, Skema Jawapan 
Bahasa Arab


Percubaan PMR Negeri Sabah 2010

Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2, Marking Scheme Paper 2
Science Paper 1 & 2






Percubaan PMR Negeri Sarawak 2010



Geografi   



Percubaan PMR Negeri Perak 2010

Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2, Marking Scheme Paper 1 & 2
Science Paper 1 & 2
Bahasa Arab


Percubaan PMR Negeri Kedah 2010

Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2, Marking Scheme Paper 1Marking Scheme Paper 2
Science Paper 1 & 2
Geografi, Skema Jawapan


Percubaan PMR Negeri Johor 2010

Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2
Science Paper 1 & Paper 2
KHB 78/1


Percubaan PMR Negeri Melaka 2010

Mathematics Paper 1, Mathematics Paper 2, Marking Scheme Paper 1 & 2
Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2
Bahasa Melayu Kertas 1, Bahasa Melayu Kertas 2, Skema Jawapan 
Geografi
KHB ERT
KHB KT
Pendidikan Agama Islam
Science Paper 1, Science Paper 2
Sejarah


Percubaan PMR SBP 2010

Mathematics Paper 1 & 2 , Marking Scheme
Science Paper 1 & 2, Marking Scheme


Percubaan PMR Pulau Pinang 2010

Bahasa Arab & Skema Jawapan


Percubaan PMR Pahang 2010

Bahasa Inggeris Paper 1, Bahasa Inggeris Paper 2

Thursday, 2 September 2010

Modul Gerak Gempur SPM 2010

Modul Gerak Gempur (GG) SPM 2010 JPN Perak

11. Fizik SPM

12. Kimia SPM

13. Biologi SPM

14. Sejarah SPM (Perhatian : Akan dimuat naik setelah mendapat softcopy bahan Gerak Gempur daripada pegawai meja mata pelajaran berkenaan)

15.Geografi SPM
 
16. Perdagangan SPM (Perhatian : Akan dimuat naik setelah mendapat softcopy bahan Gerak Gempur daripada pegawai meja mata pelajaran berkenaan)

17. Ekonomi Asas SPM (Perhatian : Akan dimuat naik setelah mendapat softcopy bahan Gerak Gempur daripada pegawai meja mata pelajaran berkenaan)

18. Prinsip Perakaunan SPM (Perhatian : Akan dimuat naik setelah mendapat softcopy bahan Gerak Gempur daripada pegawai meja mata pelajaran berkenaan)

Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011

Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan  aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan

Permohonan SBP Tingkatan 4 2011

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2011.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2011

Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2011

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :
  1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?
    Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.
  2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?
    Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.
  3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?
    Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.
  4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?
    Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.
  5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?
    Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP  dan 80% murid  akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

    Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.