"" THE ROAD NOT TAKEN: Jangan Pandang Belakang

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 28 July 2010

Jangan Pandang Belakang

MAAF saya titipkan kepada pelantun suara di hujung talian semalam kerana menolak daripada memberikan sebarang ulasan, pandangan dan cadangan berkaitan mesyuarat penting yang bakal dipengerusikannya.  MAAF andai alasan yang saya berikan kedengaran agak selfish.  Seikhlasnya tiada niat sebegitu di hati.  MAAF kerana mengatakan tidak!

Ya, saya sudah bertekad untuk tidak menoleh ke belakang lagi.  There's no turning back.  Saya hanya berurusan dengan apa yang ada di sini, sekarang dan akan datang.  Barang yang sudah lepas, biarkan berlalu pergi.  Tiada guna dikenang kembali.  Hidup mesti diteruskan ke hadapan bukannya mengundur ke belakang.

Tidak aneh jika saya katakan kebanyakan manusia hanya belajar menghargai seseorang apabila mereka telah kehilangannya.  Sewaktu berada di bawah bumbung yang sama, sebelah mata pun tidak mahu dipandang, jauh sekali untuk dihargai dan dihormati.  Tidak kurang juga dianggap sebagai ancaman malah ada juga yang beranggapan seperti melukut di tepi gantang.

Hijrah saya adalah untuk mencari kehidupan yang lebih baik, mencari ruang di mana hasil kerja saya dimanfaatkan, pandangan didengari dan dihormati.  Alhamdulillah, sekarang saya sudah menemuinya kembali.

Untuk si dia di hujung talian; belajarlah menghargai orang di sekeliling anda!

No comments: