"" THE ROAD NOT TAKEN: July 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 28 July 2010

Jangan Pandang Belakang

MAAF saya titipkan kepada pelantun suara di hujung talian semalam kerana menolak daripada memberikan sebarang ulasan, pandangan dan cadangan berkaitan mesyuarat penting yang bakal dipengerusikannya.  MAAF andai alasan yang saya berikan kedengaran agak selfish.  Seikhlasnya tiada niat sebegitu di hati.  MAAF kerana mengatakan tidak!

Ya, saya sudah bertekad untuk tidak menoleh ke belakang lagi.  There's no turning back.  Saya hanya berurusan dengan apa yang ada di sini, sekarang dan akan datang.  Barang yang sudah lepas, biarkan berlalu pergi.  Tiada guna dikenang kembali.  Hidup mesti diteruskan ke hadapan bukannya mengundur ke belakang.

Tidak aneh jika saya katakan kebanyakan manusia hanya belajar menghargai seseorang apabila mereka telah kehilangannya.  Sewaktu berada di bawah bumbung yang sama, sebelah mata pun tidak mahu dipandang, jauh sekali untuk dihargai dan dihormati.  Tidak kurang juga dianggap sebagai ancaman malah ada juga yang beranggapan seperti melukut di tepi gantang.

Hijrah saya adalah untuk mencari kehidupan yang lebih baik, mencari ruang di mana hasil kerja saya dimanfaatkan, pandangan didengari dan dihormati.  Alhamdulillah, sekarang saya sudah menemuinya kembali.

Untuk si dia di hujung talian; belajarlah menghargai orang di sekeliling anda!

Monday, 26 July 2010

Nisfu Syaaban 2010

Walaupun kekadang terlalu sibuk dengan duniawi, luangkanlah masa untuk Nisfu Syaaban malam ini. Tutuplah catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. InsyaAllah...

Malam Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam)

Solat Sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari Nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Selamat Jalan Kenangan!

Thanks for calling. Kau dan aku cuba berlagak normal seolah-olah tiada sesuatu di antara kita biarpun masing-masing tahu rasa yang rumit itu wujud.  Maaf kerana tidak bisa memenuhi undangan.  Walau apapun, terima kasih kerana masih mengenangku.

Maaf kerana menolak.  Sesungguhnya it hurts to meet again!  Cukuplah bertegur sapa di kejauhan kerana itu adalah yang terbaik untuk kita.  Biarkan sahaja rasa yang rumit itu tersimpan dalam lipatan memori.  Mungkin ia lebih indah begitu...

Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia...

Friday, 23 July 2010

Status Universiti Penyelidikan

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengekalkan status Universiti Penyelidikan atau Research University (RU) untuk tempoh tiga tahun lagi bermula tahun ini. Keputusan itu berdasarkan hasil audit ke atas keempat-empat universiti tersebut dalam tempoh 2007 hingga 2009.

Keputusan mengekalkan status Universiti Penyelidikan bagi ke empat-empat universiti tersebut telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 20 Julai 2010 yang lalu. Kesemua universiti ini juga berada pada tahap Tier 5 Cemerlang mengikut SETARA ’09 yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut beliau secara keseluruhannya keempat-empat universiti penyelidikan berkenaan telah menunjukkan impak yang besar ke atas pencapaian bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan. Pencapaian universiti tersebut turut merentasi empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan.

Dalam aspek modal insan bilangan pelajar pascasiswazah di universiti terbabit menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus iaitu daripada 29,794 pada 2007 kepada 39,819 pada tahun lepas. Dalam aspek penerbitan pula, bilangan penerbitan dalam jurnal indeks sitasi turut meningkat dari 2,303 pada 2007 kepada 4,346 pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 2,043 atau 89 peratus.

Aspek IPR pula mencatatkan peningkatan sembilan peratus iaitu daripada 217 pada 2007 kepada 237 pada tahun lepas, manakala penjanaan pendapatan meningkat daripada RM436 juta kepada RM746.7 juta bagi tempoh yang sama.

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Empat buah universiti awam telah diberi status Universiti Penyelidikan ketika itu iaitu UM, USM, UKM dan UPM.

Di antara ciri-ciri Universiti Penyelidikan adalah mempunyai bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, kemasukan kompetitif, pensyarah berkualiti dan nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50.

Kementerian Pengajian Tinggi akan berusaha agar lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan. Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya enam Universiti Penyelidikan menjelang 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 telah mengumumkan pemilihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti penyelidikan kelima.

Monday, 19 July 2010

Maklumat Berkaitan PTPTN

Pada setiap tahun apabila para pelajar baru mula mendaftar pada awal Julai dan Disember ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula mendapat perhatian. Ini memang tidak dapat dielakkan kerana PTPTN adalah salah satu sumber utama pembiayaan pembelajaran ke IPTA maupun IPTS.

Pelbagai saluran telah disediakan oleh pihak PTPTN untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.
Di antara saluran yang disediakan adalah;
  1. Laman web http://www.ptptn.gov.my
  2. Call Centre 03 2092 7788
  3. Ruangan e-forun PTPTN
  4. Perkhidmatan SMS
  5. Kaunter One Stop Centre di KL Sentral
  6. Kaunter Info Centre di Sabah dan Sarawak
Memandangkan jumlah panggilan akan meningkat pada sesi kemasukan pelajar pada awal Julai dan Disember setiap tahun, pihak PTPTN telah menyediakan perkhidmatan tambahan Call Centre 03 2092 7788.  

Perkhidmatan tambahan Call Centre ini akan beroperasi mulai pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari bekerja mulai 21 Jun 2010 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Di samping itu talian tambahan khas juga akan disediakan pada dua hari sebelum tarikh tutup setiap permohonan. Tujuan talian tambahan ini adalah bagi membantu pelajar yang ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai masalah pengisian permohonan secara atas talian sahaja. Talian tambahan ini boleh dihubungi dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam hari bekerja pada dua hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan.

Nombor Telefon Talian Tambahan PTPTN

03 2098 6405 03 2098 6407
03 2098 6412
03 2098 2005
03 2098 6409
03 2098 6408
03 2098 6734
03 2098 3793 03 2098 3805
03 2098 3808
03 2098 6252
03 2098 6403
03 2098 6544
03 2098 6554
03 2098 3825 03 2098 6564
03 2098 3940
03 2098 6588
03 2098 3909
03 2098 6558
03 2098 2023
03 2098 6416 03 2098 6417
03 2098 6463
03 2098 6563
03 2098 2141
03 2098 6575
03 2098 2019

Maklumat

Sila rujuk Kenyataan Akhbar PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Low Taek Jho: Mystery solved!

I heard of Jho Low about 6 months ago and his social scenes with some famous Hollywood starlets and ostentatious display of wealth that even the rich and famous in America would shy away from.

The guy may not have the looks but he certainly has style.  The thing is everywhere he goes he claimed his close relationship with Najib and wife Rosmah.  How far this is true only the Prime Minister can answer. Jho Low may be a name dropper?

Read what the blogs have to say about him.

The Jho Low Files:  A Real Malay Whale

Throughout the summer, rumors started spreading that a mystery man had been showing up at New York's hottest nightclubs and spending ridiculous amounts of money. One story even had him rolling into Avenue during fashion week and spending $160,000 in one night. As soon as the rumors began, rival clubs owners began working the phones, hoping to either add fuel to the fire or put it out because the big spender from Asia was extremely press shy. If news of his spending got out, the unlucky club owner named in the story would lose all of this guy's business. According to one nightlife source, losing four months of this customer could cost an operator as much $2 million.Yesterday, the NY Post blew the roof off the big spender, running a full spread on Taek Jho Low, a Malaysian-born Wharton grad who has inexplicably become the biggest whale in New York City.


While no one knows much about Jho, his business or his past, they certainly know about his nightclub spending habits. In addition to his lavish night at Avenue, Lo has also had a few other wild nights on the town. According to the Post:
· At 1OAK, he sent LiLo 23 bottles of Cristal as a birthday present
· Routinely spent $50,000 to $60,000 at Pink Elephant
· Flew eight Pink Elephant waitresses to Malaysia after a wild night at Pink Elephant in Southhampton


Anyway, the Yanks can't tell the difference between a Chinese Malaysian and Malay Malaysian.They think Malay is a nationality.
Continue reading.
Anyway, the Yanks can't tell the difference between a Chinese Malaysian and Malay Malaysian.

A f
leet of black Cadillac Escalades hums outside Chelsea hot spot Avenue -- the A-list watering hole of such celebrities as Justin Timberlake and Lindsay Lohan. As the car doors open, a dozen men emerge and a bouncer whisks them over the club's

So, who is Jho Low?
It is actually no mystery.  Jho, the son of Penang businessman Datuk Larry Low – a former shareholder and director of MWE Holdings Bhd, who is also a co founder and chairman of Singapore-listed ElectroTech Investments Ltd.

CONTINUE READING

Saturday, 17 July 2010

Sepi tanpa Cinta...

As I reached the main entrance of my residence this evening, everything appeared to be deathly quiet.  Of course, there was nobody home except me.


I'd just returned from sending off my Cinta Jr to his college and realized how lonesome and desolate my life is without him and Cinta...  

Monday, 12 July 2010

OH JGN KETAWA!

Aku sudah berjanji dengan diriku untuk tidak ketawa sejak dua hari yang lalu.  Jangan ketawa tapi cukup dengan senyum meleret.  Sudahnya sampai ke hari ini pun aku tidak putus tersenyum-senyum sewaktu kerja.  Sebenarnya hatiku sudah berhari-hari tertawa berguling-guling.  Apa kes?

Bagi menghormati dia yang masih hidup dan berjawatan *tuttut* di tempat kerjaku, biarlah RAHSIA.  Bagi kawan-kawan yang tahu ceritanya, A'AA JGN KETAWA!

Moral of the story;

1.  Sentiasalah menghormati *tuttut* anda, biarpun PANDIR!

2.  Selalulah bersangka baik terhadap *tuttut*.

3.  Laluilah harimu dengan tenang, seolah-olah tiada sesuatu KEPANDIRAN telah berlaku.

4.  Akhir kata, jgn ketawakan dia!  A'AAA JGN KETAWA!

Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA 2009)

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia.

Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan.


SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah).

Senarai Tahap Universiti SETARA ‘09

Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Tier 6 : Terbilang

Tiada

Tier 5 : Cemerlang

IPTA

  • International Islamic University Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam

IPTS

  • Curtin University of Technology Sarawak Campus
  • International Medical University
  • Management and Science University
  • Monash University Sunway Campus
  • Sunway University College
  • Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  • Taylor’s University College
  • The University of Nottingham Malaysia Campus
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Universiti Multimedia
  • Universiti Teknologi Petronas

Tier 4 : Sangat Baik

IPTA

  • Universiti Darul Iman (kini Universiti Sultan Zainal Abidin)
  • Universiti Malaysia Pahang
  • Universiti Malaysia Perlis
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Terengganu
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia

IPTS

  • Aimst University
  • Asia Pacific University College of Technology and Innovation
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences
  • Help University College
  • Inti University College (kini Inti International University)
  • Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • LimKokWing University of Creative Technology
  • Nilai University College
  • UCSI University
  • Universiti Industri Selangor
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Tun Abdul Razak

Tier 3 : Baik

IPTS

  • Binary University College of Management & Entrepreneurship
  • International University College of Technology TwinTech
  • Kolej Universiti Insaniah
  • Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur

Tier 2 : Memuaskan

Tiada

Tier 1 : Lemah

Tiada

Institusi yang menyertai SETARA ‘09 tetapi tidak diberikan penarafan

Berikut merupakan U & KU yang menyertai SETARA ‘09 tetapi tidak diberikan penarafan kerana mereka:
  1. Merupakan institusi pengajian tinggi yang baru;
  2. Tiada pelajar tahun akhir dan belum menghasilkan graduan;
  3. Tidak menawarkan program Ijazah Pertama; atau
  4. Merupakan U & KU yang bukan konvensional seperti Universiti Terbuka.

IPTA

  • Universiti Malaysia Kelantan
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

IPTS

  • Al-Madinah International University
  • Berjaya University College of Hospitality
  • International Centre for Education In Islamic Finance
  • Kolej Universiti Tati
  • Malaysia University of Science and Technology
  • Masterskill University College of Health Sciences
  • Open University Malaysia
  • Segi Universiti College
  • Wawasan Open University

Jawatankuasa SETARA ‘09

SETARA ‘09 telah dilaksanakan oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh MQA, yang terdiri daripada:
  1. Muhamad Jantan Universiti Sains Malaysia (Pengerusi)
  2. Robin Pollard Monash University Sunway Campus
  3. Vincent Pang Universiti Malaysia Sabah
  4. Nabishah Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  5. Ahmad Murad Merican Universiti Teknologi PETRONAS
  6. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri Universiti Malaya
  7. Arfah Salleh Universiti Putra Malaysia.

Jawatankuasa Verifikasi SETARA ‘09

Satu Jawatankuasa Verifikasi bebas telah ditubuhkan untuk SETARA ‘09 bagi meneliti instrumen dan proses penarafan yang digunakan serta kesahihan data yang dikemukakan oleh universiti dan kolej universiti.

Maklumat

Struktur keseluruhan instrumen dan maklumat lain yang berkaitan boleh diakses di http://www.mqa.gov.my/SETARA09.

Thursday, 8 July 2010

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Pertengahan 2010

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan 2010 sudah boleh menyemak keputusan mereka mulai 8 Julai 2010.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh diperolehi dengan 3 cara;
  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Seramai 81,731 calon menduduki MUET Pertengahan Tahun ini di 872 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Akhir Tahun 2010

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian akhir tahun 2010.
Mereka yang berminat menduduki MUET Akhir Tahun 2010 dikehendaki membuat pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri atau di Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 22 Julai ini.
Sumber : BERNAMA

Tuesday, 6 July 2010

GEDEBUNG langit suda mau runtuh wakaka!

Days turned into weeks.  Weeks turned into months.  Months turned into years.  At last, the sky is falling hohohoho!

Sonoknyow as I've been dreaming and wishing for this historical moment to arrive.  Hmm, lepas ni bekuca lamb-bear molep rasownyow...

Well, samow2 la kita dengar gegak gempitanyow pah ni.  Kawe nok tungguw tepok tangey jah!  LARIYYY...

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2010

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2010 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang ditawarkan oleh JPA ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang.

Bilangan Biasiswa

Bilangan biasiswa yang disediakan setiap tahun adalah dua belas biasiswa iaitu;
  • Enam biasiswa untuk peringkat Sarjana
  • Enam biasiswa untuk peringkat Kedoktoran

Kriteria Pemilihan

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan;
  1. Kecemerlangan akademik yang dimiliki
  2. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  3. Prestasi semasa temuduga

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapatkan tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang.

Tempoh Perkhidmatan

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima tahun.
Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda.
Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa sebulan bagi program ini adalah berbeza mengikut negara dan contoh kadar biasiswa adalah seperti berikut:
  • Amerika Syarikat – USD 1,923.00
  • United Kingdom – £ 1,639.50
  • Australia – AUD 2,070.00
  • New Zealand – NZD 2,174.00
  • Malaysia – RM1,760.00 (Sarjana) dan RM 2,500 (Kedoktoran)

Panduan Permohonan

  1. Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2010 hendaklah dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti berikut: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA. (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
  2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Julai 2010 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Julai 2010.
  3. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
  4. Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
  5. Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  6. Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 oleh Ketua Jabatan.
  7. Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.
  8. Pemohon belum memulakan pengajian semasa iklan ini dikeluarkan.
  9. Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendekkan.

Temuduga

Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga melalui laman web JPA pada 17 Ogos  2010.
Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2010 ini ialah pada 30 Julai 2010.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03-8885 3436 / 3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau faks 03-8889 2172 atau e-mail di alamat esila@jpa.gov.my.

Monday, 5 July 2010

Pls... I just want to move on with my life

I ended the call nicely but deep inside I just wanted the caller to know that I have had enough and I'm moving on with my life.  To be there again is a BIG NO!

Sorry, I didn't mean to hurt the caller (she was just doing her job) but for some personal reasons, I prefer not to accept the invitation...

Saturday, 3 July 2010

Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda (kecuali UPSI) untuk sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2010; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semestar November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/2011 dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru Semester November / Disember Sesi 2009 / 2010 atau Semester Jun / Julai / Ogos Sesi 2010 / 2011;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) – Gred A- dalam 7 matapelajaran (Gred B dalam Bahasa Malaysia), atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2009) – Prinsipal B+ dalam 4 matapelajaran, atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2008) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran, atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan, atau
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau  Asasi IPTA – CGPA 3.40, atau
  • Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
  • Bidang Kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Kritikal
    - Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar
  • Keutamaan
    - Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi
  • Profesional
    - Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
  • Lain-lain
    - Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari. Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma
  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun
Peringkat Ijazah
  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2010 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini dijangka akan diumumkan 30 hari selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

Friday, 2 July 2010

Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Peringkat Ijazah Pertama Sesi 2 / 2010

Kemudahan pinjaman yuran pengajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Pinjaman ini adalah untuk membiayai yuran pengajian sahaja. Perbelanjaan sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan keperluan yang lain perlu disediakan oleh pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu
  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
  1. Bidang Krital
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)
Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 2/2010.
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  • Tempoh memproses permohonan ialah selama 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA adalah 30 Julai 2010.