"" THE ROAD NOT TAKEN: June 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 29 June 2010

Selagi ku ada kamu...

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu...

Dearest Cinta,

Happy Belated Anniversary - regret that as both of us are busy, we couldn't find appropriate time to have a proper celebration.  Anyway, after spending 16 years through good and bad times together, all I can say is I am truly blessed to have you in my life.  Believe me when I say;

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Though we are hundreds of kilometres apart, you're always in my heart!

Monday, 28 June 2010

Yeay to Monday!

Monday is the best day of all plus my Cinta will be around for three days.  At least I have someone to 'quarrel' with! 

Oh bahagianya... lalalala

Tuesday, 22 June 2010

Truth hurts!

Setelah berhari pulang lewat dari tempat kerja, tak sangka hari ini pun lewat juga.  Dapat panggilan daripada Mem Besar, suruh amend markah-markah!  Kununnya, nak tolong mereka yang berpotensi.  Kenapa perlu tolong?  Kalau layak, layaklah.  Kalau dah markah memang sekadar cukup makan, perlulah gandakan usaha lagi.

Salah ke?  Kalau putih katakan putih, kalau hitam katakan hitam.  Kalau A katakan A, kalau B, C atau D sekali pun, katakanlah yang sebenarnya.  Tak perlulah berbohong untuk jaga image.  Tak perlulah nak menipu untuk menaikkan prestasi.

As for me, they deserved the marks.  It's true that truth hurts but still, you have to tell the truth, face the truth and ACCEPT the truth.

Alas!  Today I was forced to go against my principles of life  and  I really hate myself doing so for I see in the end, it is between me and God. It never was between Me and Them anyway...  Uh so UNETHICAL!

Friday, 18 June 2010

Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan STPM Dan Setaraf

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 18 Jun 2010 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan Permohonan Ke USM

  • Semakan keputusan ini tidak melibatkan calon yang telah mengesahkan menerima tawaran USM yang diumumkan pada 29 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
  • Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 24 Jun 2010.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.
  • Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya. Walaupun begitu tidak semua IPTA akan berbuat demikian.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang berkenaan mulai 19 Jun 2010. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Permohonan Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah 28 Jun 2010.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu ketiga bulan Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Wednesday, 16 June 2010

Semakan Keputusan Kemasukan Pengajian Diploma Pendidikan Julai 2010

Para calon yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ada membuat permohonan bagi mengikuti program pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010 boleh membuat semakan mulai 17 Jun 2010.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke program pengajian Diploma Pendidikan ini boleh dibuat melalui laman web UPU berikut :

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Monday, 14 June 2010

Semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI (KPLI SR) Ambilan Jun 2010

Para lepasan Ijazah yang telah memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai hari ini. Program secara sepenuh masa ini mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai maktab perguruan.

Semakan Keputusan Permohonan KPLI 2010

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

Maklumat

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLI 2010 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

Para lepasan SPM 2009 yang ada memohon Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan dan telah melalui temuduga dan Ujian Insak yang ditetapkan sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka hari ini.

Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2010

Semakan keputusan permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat dengan dua cara.

Semakan Melalui Internet

Semakan sudah boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

Semakan Melalui SMS

Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti berikut :
  • MOE[jarak]KPLSPM[jarak]NOKP dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.
Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan sila taip :
  • MOE[jarak]KURKPLSPM[jarak]KODKURSUS dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Permohonan Rayuan

Difahamkan tiada permohanan rayuan akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia,  Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar). Terima kasih Fara dengan maklumat ini.

Maklumat

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2010 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Sunday, 13 June 2010

Semakan Keputusan Rayuan PILN, Tawaran Research Universities Dan PIDN 2010

Biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2009 telah mendapat perhatian ramai dengan jumlah permohonan yang tinggi. Mereka yang gagal mendapat biasiswa ini pada 21 Mei 2010 yang lalu telah diberi peluang untuk membuat rayuan.

Keputusan rayuan PILN 2010 ini sepatutnya telah diumumkan lebih awal iaitu pada 4 Jun yang lalu tetapi berikutan banyaknya rayuan yang diterima, pihak JPA telah menangguhkannya bagi meneliti setiap rayuan tersebut.

Semakan Keputusan Rayuan PILN 2010

Bagi mereka yang telah memohon biasiswa PILN tetapi tidak berjaya semasa keputusan tawaran pada 21 Mei 2010.

Keputusan Tawaran Universiti Penyelidikan (Research Universities) 2010

Bagi mereka yang memohon untuk mengikuti program pengajian di Universiti-universiti Penyelidikan (Research Universities).

Keputusan Tawaran Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010

Bagi mereka yang telah memohon PILN dan tidak mendapat tawaran ke luar negara. Mereka ini akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal.

Semakan Keputusan Rayuan dan Tawaran

Keputusan rayuan permohonan PILN 2010 telah pun boleh disemak mulai 11 Jun 2010 yang lalu bersama-sama dengan keputusan permohonan biasiswa bagi mengikuti kursus-kursus di Universiti-universiti Penyelidikan (Research Universities) dan tawaran biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010.
Semakan untuk ketiga-tiga keputusan di atas boleh dibuat di laman web eSILA JPA di Semakan Keputusan Rayuan PILN, Tawaran RU dan Tawaran PIDN 2010

Maklumat

Sila hubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia atau telefon 03 8885 3049 atau email : esila@jpa.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

Thursday, 10 June 2010

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010


Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pendidikan YTN dalam bentuk Biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi kemasukan sesi Jun/Julai 2010.

Bidang Kursus Pengajian

Ijazah Sarjana Muda dalam
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan

Syarat Akademik

  • Lulus STPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya empat mata pelajaran gred B+  ATAU
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.33

Syarat Tambahan

  1. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2010.
  2. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  4. Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
  5. Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2010 yang telah mendapat tempat di IPTA .

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web : http://yayasan.tnb.com.my/sam
  2. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
  3. Pastikan anda menyemak Manual Pengisian Borang Secara Online dan Senarai Semak Biasiswa IPTA.
  4. Sila hantar semua dokumen sokongan ( sijil-sijil atau apa sahaja bukti yang diisi semasa online) dan di hantar setelah disahkan dan perlu mengikut aturan seperti yang terdapat di Bahagian A – Senarai Semak.
  5. Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010 ini akan ditutup pada hari Isnin, 12.00 tengah malam, 05 Julai 2010.
  2. Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa ini sila hubungi:-

    • Umum : En. Ahmad Zehne 03-8924 7528, En. Ahmad Iqbal 03-8924 7537, En. Mohd Hakimi 03-8924 7524 atau En. Mohd Nasir Ali 03-8924 7519
    • Teknikal : En Mohd Jafri 03-8924 7523, En Nazlan 03-8924 7543 atau En Mohd Amrizal 03-8924 7549
    • Atau melalui e-mel infoytn@tnb.com.my

Wednesday, 9 June 2010

Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara 2010

Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang. Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Kejuruteraan.

Permohonan PILN 2010

Permohonan telah dibuka melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 11 Mac 2010 dan ditutup 7 hari selepas itu. Pada tahun ini pihak JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan bagi PILN dari pelajar lepasan SPM 2009. Sebahagian besar daripada permohonan ini iaitu 10,956 memenuhi syarat minima PILN dan layak untuk ditemuduga.

Keputusan PILN 2010

Pada 21 Mei 2010 yang lalu mereka yang ada membuat permohonan telah boleh menyemak samada berjaya atau tidak mendapat penajaan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara atau lebih dikenali sebagai PILN ini. Sementara itu mereka yang gagal boleh membuat permohonan rayuan.

Kategori Penajaan PILN 2010

Penajaan PILN akan ditawarkan mengikut 4 kategori seperti berikut:

Kategori 1

Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 85% akademik, 10% ko-kurikulum dan 5% temu duga.

Kategori 2

Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 75% akademik, 10% ko-kurikulum, 10% sosioekonomi dan 5% temuduga.

Kategori 3

Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.

Kategori 4

Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.

Jumlah Penajaan PILN 2010

1500 Luar Negara

Bagi tahun 2010 telah disediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.
Pelajar-pelajar yang berjaya menerima biasiswa PILN ini akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan di dalam negara untuk satu tempoh tertentu bergantung kepada program yang akan diikuti sebelum pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Para pelajar dikehendaki sentiasa mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara.

2000 Dalam Negara

Memandangkan terdapat ramai yang layak dan persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN.
Mereka yang ini akan mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal.
Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

Universiti Penyelidikan

Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti-universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan permohonan dijangka akan dikeluarkan pada 11 Jun 2010 pukul 3.00 petang.

Keputusan Rayuan PILN 2010

Keputusan rayuan permohonan PILN 2010 juga dijangka akan diumumkan pada 11 Jun 2010 mulai pukul 3.00 petang.
Keputusan rayuan PILN ini sepatutnya telah diumumkan lebih awal tetapi berikutan banyaknya rayuan yang diterima, pihak JPA memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap rayuan tersebut.

Maklumat

Sila hubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia atau telefon 03 8885 3049 atau email : esila@jpa.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
Sila layari juga laman web eSILA untuk mendapat maklumat terkini.

Friday, 4 June 2010

Keputusan Permohonan E-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2010 / 2011

Keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2010/ 2011 boleh disemak melalui laman web UPU mulai hari ini 4 Jun 2010 pukul 12.00 tengahari. Ini merupakan fasa 1 keputusan rayuan.

Semakan Keputusan e-Rayuan

Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat terus ke laman web universiti yang berkenaan seperti berikut;

Peringatan

Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua universiti yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.

Fasa 2 Keputusan e-Rayuan

Fasa 2 keputusan rayuan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM atau setaraf dengannya akan diumumkan serentak dengan keputusan rayuan bagi lepasan STPM atau setaraf dengannya nanti. Keputusan tersebut dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Julai 2010.

Maklumat

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8883 5858 atau Helpline 03 8883 5848 atau talian am 03 8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke universiti yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Thursday, 3 June 2010

Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2010 / 2011

Keputusan penempatan calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) untuk memasuki Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 sudah boleh disemak mulai 3 Jun 2010.

Semakan Matrikulasi PDT

Semakan penempatan Matrikulasi PDT boleh dibuat dengan dua cara.

Semakan Melalui Internet

Semakan Melalui SMS

Keputusan penempatan calon Matrikulasi PDT ini boleh juga disemak melalui sms seperti berikut;
  • Taipkan MOEMATNO KP dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAT 760704085973

Pendaftaran

Mereka yang berjaya dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing pada 14 Jun 2010 ini.
Sila pastikan segala keperluan yang dinyatakan dalam dokumen surat tawaran telah disediakan ketika datang mendaftar.

Jika masih belum menerima surat tawaran, perkara yang perlu dibawa bersama semasa mendaftar adalah:
  1. Wang tunai RM 290.00.
  2. 4 keping gambar berukuran passport.
  3. 2 keping setem hasil RM 10.00 (Berjumlah RM 20.00).
  4. Salinan Mykad pelajar,  ibu dan bapa.
  5. Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa yang telah disahkan (jika belum disahkan sila bawa dokumen asal bersama supaya dapat disahkan oleh pegawai kolej).
  6. Salinan buku akaun BSN pada halaman yang tertera no akaun.

Maklumat

  • Sila rujuk Panduan Pendaftaran Program Dua Tahun (PDT) (ini yang dikeluarkan untuk sesi 2009, gunakan sebagai panduan sahaja).
  • Sila hubungi terus Kolej Matrukulasi yang ditawarkan atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Wednesday, 2 June 2010

When the holidays are not yours to decide...

I've been doing a lot of thinking on this particular topic lately and realized that most of my holidays belonged to other people.  They were the one who decided how I would spend my holidays.  Like it or not that was the fact that I had to endure huh!

And for this coming holiday, history will repeat itself;

1.  Big Boss's Cataract Multifocal Surgery
2.  Numerous Wedding Ceremonies huh
3.  Compulsory Duties @ work during the holidays... a BIG HUH!
4.  Paper works, yup countless paper works!!!
5.  R & D... huh
6.  Reports & KPI... another huh
7.  My spouse's sex life ahaks
8.  and the list goes on.... 
9.  and on... 
10.and on...

At the end of the day, there are no holidays for me but at least no. 7 sounds INTERESTING!

Tuesday, 1 June 2010

Mungkin itu yang terbaik...

Lewat pesanan ringkas yang sering berbalas
aku tahu
CINTA itu masih ada
kau juga tahu
CINTA itu masih di situ

Tidak pernah hilang
pegun mencangkung
rindu
menanti sapaan

CINTA kekal berbara
tanpa ungkapan
malu
berselindung tebal adat

Namun kerna sepotong ayat
yang ku titipkan untuk menegur khilafmu
kau memberontak lari
lenyap dari dunia tanpa sempadan

Mungkin itu yang terbaik
untuk memaksa CINTA pergi...

Sesungguhnya
tiada kemungkinan aku menyintaimu seperti dulu
bertemu sekian lama terpisah
CINTA mu cuma nostalgia
yang indah dikenang
peneman kopi di larut hari

Ikhlasnya
bukan ingin kuhidupkan semula
kisah silam kasih  antara kau dan aku

Cukuplah
sekadar menjadi teman tapi
mesra berkongsi suka rasa kehidupan
karena kau dan aku pernah satu

Tuhan tolong buang rasa CINTA ku
karena pada akhirnya
aku takkan berhujung dengannya
sudah sewajarnya CINTA dilepas pergi

Rajuk tapi rindu
biarlah ia begitu
andai itu yang terbaik buat kita.

NAZ
Damai Abadi Residence
Jun 2010