"" THE ROAD NOT TAKEN: Semakan Kemasukan Ambilan Kedua Tingkatan 4 MRSM 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 8 March 2010

Semakan Kemasukan Ambilan Kedua Tingkatan 4 MRSM 2010

Para pelajar PMR 2009 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.

Mulai 8 Mac 2010 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2010 sudah boleh disemak melalui laman web Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4.  Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

Tahniah kepada para pelajar yang terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.

No comments: