"" THE ROAD NOT TAKEN: Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 9 March 2010

Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013

Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

Sistem Pengajian

Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin.
  2. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
  3. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
    • Bahasa Melayu
    • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
    • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
    • Lulus Bahasa Inggeris
    Atau
    • Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM
  4. Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

Yuran Pengajian Dan Elaun

  • Yuran pengajian tidak dikenakan.
  • Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

Cara Memohon

  1. Maklumat lanjut dan borang permohonan online boleh diperolehi melalui laman web:
  2. Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
  3. Borang Permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dibawa bersama semasa temuduga.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran ini adalah 21 Mac 2010.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 6063 5333 / 5350 atau faks 03 6064 5497 atau email pengambilan@darulquran.gov.my

No comments: