"" THE ROAD NOT TAKEN: Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010 / 2011 STTP

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 22 March 2010

Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010 / 2011 STTP

Calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia bekas pelatih KKTM/IKM adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di luar negara di bawah Skim Tindikin Tenaga Pengajar (STTP).

Peringkat Pengajian

  • Tawaran pinjaman STTP adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Pertama.
  • Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2010 hingga bulan Februari 2011.

Bidang Pengajian

  • Hanya terbuka untuk bidang pengajian kejuruteraan sahaja.

Syarat Akademik

  • Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya
  • Pencapaian CGPA 3.50 ke atas.

Syarat Umum

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Bekas pelatih KKTM/IKM.
  • Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pengajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur termasuk MARA.
  • Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej/Institusi/universiti.
  • Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

Syarat Tawaran

  • Wajib menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian IELTS atau 550/65 bagi ujian TOEFL.
  • Perlu mendapat cuti belajar tanpa gaji/pengesahan perletakan jawatan dari majikan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat. Calon-calon di dalam perkhidmatan tetap pendidikan/perguruan atau mempunyai ikatan perkhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
  • Mendapat kelulusan penangguhan kontrak perkhidmatan/penangguhan bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
  • Wajib hadir dan lulus kursus orientasi/kursus kenegaraan anjuran MARA-BTN.
  • Pemohon mestilah telah manamatkan semester akhir pengajian pada tarikh permohonan dibuat.

Permohonan

  • Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan/membawa sijil kelulusan akademik /transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan ke alamat berikut:-
    • Pengarah
      Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
      Tingkat 20, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur.
      (U/P : Unit Pengantarabangsaan)
  • Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan menyertakan salinan sah sijil kelulusan akademik/transkrip akhir yang berkaitan serta sampul surat berukuran 25sm x 37sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem bernilai RM1.00.
  • Hanya calon-calon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan pinjaman MARA STTP ini perlu sampai di alamat di atas sebelum atau pada 31 Mac 2010.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat rayuan tidak akan dilayan.

Maklumat

1 comment:

=*NuRo0L* = said...

u mohon ke STTP ni?sory for asking..1st time sampai blog ni..