"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 10 March 2010

Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2010.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:
    - Bahasa Melayu;
    - Sejarah; dan
    - Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Program Pengajian


Program Pengajian Penaja Negara
1. Perubatan JPA United Kingdom, India, Ireland, New
Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College) serta Jordan & Mesir


MARA Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland
2. Pergigian JPA Australia,India, Ireland, New Zealand & UK


JPA/MARA Jordan & Mesir


MARA India
3. Farmasi JPA Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University)
4. Optometri MARA New Zealand & United Kingdom
5. Sains Perubatan Veterinar JPA Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom
6. Sains Pertanian JPA Amerika Syarikat & Australia
7. Bioteknologi JPA Amerika Syarikat, Kanada, Australia & United Kingdom


MARA Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
8. Kejuruteraan JPA/MARA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom serta Jerman & Perancis
9. Sains Aktuari MARA Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
10. Perakaunan JPA Australia, New Zealand & United Kingdom


MARA Australia & New Zealand
11. Ukur Bahan JPA Australia
12. Sains Komputer / Teknologi
Maklumat / ICT
JPA/MARA Amerika Syarikat
13. Sains (Cth : Fizik, Kimia, Biologi, Astronomi, Geologi) JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
14. Senibina JPA Australia, New Zealand & United Kingdom
15. Perancangan Bandar dan
Wilayah
JPA Australia
16. Ekonomi JPA Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
17. Pelancongan JPA Amerika Syarikat & Kanada
18. Sains Sosial (Contoh : Hubungan Antarabangsa / Sains Politik / Komunikasi/ Kemanusiaan / Bahasa) JPA Amerika Syarikat, Australia, Kanada & United Kingdom
19. Ekonomi Islam / Perbankan
Islam / Kewangan Islam
JPA/MARA Jordan & Mesir
20. Undang-Undang JPA Australia & United Kingdom
21. Sastera Ikhtisas (Contoh : Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kuantitatif, Sains Perpustakaan & Sains Maklumat) JPA Amerika Syarikat, Kanada & Australia
22. Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) MARA Amerika Syarikat
23. Pentadbiran Perniagaan JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
24. Pergigian / Farmasi / Kejuruteraan JPA Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja)
25. Sastera Ikhtisas dan Sains
Sosial ( Ekonomi / Hubungan
Antarabangsa / Sains Politik /
Komunikasi / Pentadbiran
Perniagaan )
JPA Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja)
26. Diploma Kejuruteraan Jepun(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) JPA Jepun – Program Teknikal Jepun/Korea
27. Diploma Kejuruteraan Korea(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) JPA Republik Korea – Program Teknikal Jepun/Korea
28. ProgramTenaga Pengajar –
TESL & Matematik / Sains
MARA Australia dan New Zealand
29. ProgramTenaga Pengajar – Sains dan Sastera Ikhtisas JPA Malaysia di Universiti Penyelidikan
(Research Universities) – Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian di atas boleh disemak di Syarat-syarat Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Lepasan SPM 2009 Di Bawah Program Ijazah Luar Negara.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
  • Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor adalah pada 19 Mac 2010.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 30 Mac 2010
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 April hingga 8 April 2010.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
    • Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
    • Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4435 dan 03-8316 4055.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan tajaan PILN 2010 adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2009 diumumkan.

Maklumat

  • Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
  • Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.

Pertanyaan

  • JPA
    Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my
  • MARA
    Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

No comments: