"" THE ROAD NOT TAKEN: Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 11 March 2010

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2010

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa YTN bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2010.

Bidang Pengajian

Program Universiti Luar Negara
  • Ijazah Sarjana Muda:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
    • Perakaunan
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Asas Kejuruteraan:-
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
    • Sains Komputer
  • Asas Bukan Kejuruteraan:-
    • Teknologi Maklumat
    • Perakaunan
    • Kewangan
    • Pengajian Bisnes

Syarat Am

Program Universiti Luar Negara
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2010
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  5. Telah memohon kemasukan ke UNITEN

Kelayakan Akademik

Program Universiti Luar Negara
Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  1. Lulus peperiksaan SPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 8 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah Perakaunan
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
    Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Bio;ogi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
    • dan 1 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
    Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  2. Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.
Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  1. Lulus STPM 2009 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-Kejuruteraan
    • Pengajian Am
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik T / Matematik Lanjutan T Perakaunan
    • Pengajian Am
    • Perakaunan
    • 2 mata pelajaran pilihan lain
  2. Serta lulus SPM dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat aggregat tidak melebihi 5 dalam 4 mata pelajaran berikut:-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Lulus SPM 2009 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam 4 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• Matematik Tambahan
• Fizik
• Kimia
Bukan Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• dan 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui alamat laman web seperti berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam
  2. Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi program Luar Negara dan di UNITEN. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
  3. Bagi pemohon lepasan STPM, selain keputusan STPM 2010, maklumat keputusan SPM juga adalah wajib diisi.
  4. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
  5. Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Temuduga

  1. Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web yang sama seperti di atas.
  3. Pemohon dijangka boleh menyemak keputusan senarai pendek ke sesi temuduga di laman web di atas mulai 26 Mac 2010. Tiada sebarang surat menyurat akan dikeluarkan.
  4. Sesi temuduga dijangka akan bermula pada 29 Mac 2010.
  5. Calon yang tersenarai pendek untuk ke sesi temuduga wajib membawa dokumen-dokumen sokongan yang berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini akan ditutup pada 21 Mac 2010.

Maklumat

  1. Sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa ini sila hubungi:-
    • UNTEN En. Ahmad Zehne 03-89247528, En. Ahmad Iqbal 03-89247537, En. Mohd Hakimi 03-89247524 atau En. Mohd Nasir Ali 03-89247519
    • Luar Negara En. Mohd Atrash 03-89247525 atau Pn. Zalina 03-89247514
    • Masalah Teknikal En Mohd Jafri 03-89247523, En Nazlan 03-89247543 atau En Mohd Amrizal 03-89247549
    • Atau melalui e-mel infoytn@tnb.com.my

No comments: