"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Kemasukan Lepasan STAM 2009 ke IPTA Sesi 2010 / 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 12 February 2010

Permohonan Kemasukan Lepasan STAM 2009 ke IPTA Sesi 2010 / 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STAM ini ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2009, 2008 dan 2007 sahaja. Lepasan STAM bagi tahun 2006 dan sebelum perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohonan Lepasan STAM IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulusan STAM tahun 2009, 2008 atau 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;
  1. Tempoh permohonan;
    • Tarikh dibuka – 2 Februari  2010
    • Tarikh ditutup – 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2010/2011.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

No comments: