Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)
Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun
Mode Kursus : Sepenuh Masa
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 | Kewarganegaraan | ||
Pemohon mestilah warganegara Malaysia. | |||
2.2 | Umur | ||
a. | Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975. | ||
2.3 | Kelayakan Akademik |
a. | Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara. | ||
b. | Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | ||
c. | Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM. | ||
d. | Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V). | ||
3. SYARAT TAMBAHAN | |||
3.1 | Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | ||
3.2 | Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan. | ||
3.3 | Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum | ||
3.4 | Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu. | ||
3.5 | Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman. | ||
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON | |||
4.1 | Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan. | ||
4.2 | Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. | ||
4.3 | Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. | ||
4.4 | Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan. | ||
4.5 | Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah. | ||
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN |
5.1 | Sekolah Kebangsaan (SK). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN |
6.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010. | |
6.2 | Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). | |
6.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |
6.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. | |
6.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. | |
6.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
7.1 | Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.) | |
7.2 | Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut). | |
7.3 | Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. | |
7.4 | Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. | |
7.5 | Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. | |
7.6 | Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. | |
7.7 | Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | |
7.8 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010. |
9. PENDAFTARAN |
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. |
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. |
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : | |||
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA ( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar ) | Nombor Telefon : | 03-88841260 03-88841245 03-88841243 03-88841235 03-88841231 03-88841226 | |
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah | Nombor Telefon : | 088–236804 | |
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak | Nombor Telefon : | 082 – 258045 |
No comments:
Post a Comment