"" THE ROAD NOT TAKEN: February 2010

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, 28 February 2010

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun Monbukagakusho : MEXT 2011

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2011 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Sarjana (Postgraduate) adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 1 Mac – 31 Mac 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.

Biasiswa

  • Elaun bulanan
    • Penerima biasiswa Sarjana Muda - 125,000 yen lebih kurang RM4,675
    • Penerima biasiswa Sarjana – 152,000 yen lebih kurang RM5,685
    • Jumlah ini adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.
  • Tiket kapalterbang pergi-balik juga disediakan.

Kategori

Biasiswa ini dibahagikan kepada dua kategori:
  1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2011)
  2. Program Sarjana (kursus 1½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2011)

Syarat

Program Sarjana Muda
  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2011 iaitu dilahirkan antara 2 April 1989 dan 1 April 1994.
  • Pemohon mestilah telah tamat SPM atau O-level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  • Pelajar STPM (tingkatan 6 rendah atau atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon.  Asalkan keputusan peperiksaan boleh diketahui pada Mac 2011.
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran utama yang lain.
Program Sarjana
  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2011 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1976).
  • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan).
  • Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.

Permohonan

Cara
  • Borang permohonan untuk Sarjana Muda dan Sarjana boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp).
  • Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon untuk program sarjana, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nor Hasaliza dari JPA di talian 03 8885 3555.
  • Semasa menghantar borang permohonan sila nyatakan Sarjana Muda atau Sarjana pada sudut atas kiri sampul surat. Jika tidak, permohonan anda tidak akan dilayan.
Proses
  • 31 Mac 2010 – Permohonan ditutup
  • Mei – Jun 2010 – Ujian bertulis. Hanya mereka yang berjaya akan dipanggil
  • July 2010 – Temuduga. Hanya mereka yang berjaya akan dipanggil
  • Ogos 2010 – Percalonan ke Ibupejabat di Tokyo
  • Jan -Feb 2011 – Keputusan Permohonan
  • April 2011 – Berlepas ke Jepun

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup untuk permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) ini adalah 31 Mac 2010.
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa permohonan yang lengkap dihantar sebelum tarikh tamat permohonan. PERMOHONAN LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Maklumat

  • Maklumat lebih terperinci boleh diperolehi di laman web www.my.emb-japan.go.jp.
  • Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di pusat tersebut atau melalui talian 03-2177-2600 sambungan 185 pada masa yang dinyatakan.
  • Kedutaan Jepun terletak di No. 11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.

Trust me...

I will let you know when the time comes i.e after everything's done.  Anyway thanks for your concern...hope it's worth all the wait.


Wednesday, 24 February 2010

Semakan Kemasukan Ambilan Kedua Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2010

Para pelajar PMR tahun 2009 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Januari lepas sudah boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP Tingkatan 4

  • Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 2010 boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh – Ambilan 2.
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau Nombor Kad Pengenalan.
  • Portal semakan ambilan kedua ini akan dibuka sehingga 26 Mac 2010.
Tahniah kepada yang berjaya!

Tuesday, 23 February 2010

Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPM Ulangan & STAM 2010 ( 1 - 31 Mac 2010 )

Pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2010 akan dibuka mulai 1 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010 ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 22 Februari 2010 lalu.

Borang Pendaftaran

Calon Sekolah
  • Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
  • Bagi calon persendirian borang pendaftaran boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM, SPMU dan STAM bagi tahun 2010 adalah pada 31 Mac 2010.
  • Semua pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan.

Monday, 22 February 2010

Kenyataan Media: Memperkukuhkan Aktiviti Sukan di Sekolah



 Memperkukuhkan aktiviti sukan di sekolah


1.         Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan potensi individu sepenuhnya, perlu dilihat dalam pelbagai perspektif. Sebagai langkah ke arah ini Kementerian Pelajaran akan memastikan supaya sukan di sekolah-sekolah dianjurkan dengan lebih meriah dengan penglibatan masyarakat setempat. Di antara strategi yang akan dilaksanakan dalam memenuhi hasrat ini ialah dengan melaksanakan dasar mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011.


2.         Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 buah sekolah di negara kita. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah diminta untuk membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah. 


3.         Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.


4.         Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

 
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Februari 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA KPM SESI AKADEMIK 2010 (22 Feb - 30 April 2010)

Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan mereka yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM sesi akademik 2010.

Syarat Am

  • Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon program ini.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih (jika perlu).

Syarat Khas

Aliran Sains
  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
Aliran Sastera Ikhtisas
  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia

Panduan Permohonan

  1. Calon perlu mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.
  2. Borang tersebut perlu dicetak dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakauan dan Pengesahan secara manual.
  3. Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah diposkan kepada;
    • Pengarah,
      Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
      Kementerian Pelajaran Malaysia,
      Aras 1 dan 7, Blok E13, Parcel E,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62604 Putrajaya
      (U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
  4. Pemohon digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
  5. Walaupun borang telah diposkan pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan tanpa perlu mengepos borang dan sijil sekali lagi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia ini ditutup pada 30 April 2010.
  • Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  • Permohonan yang tidak lengkap juga akan ditolak.

Maklumat

Sunday, 21 February 2010

Orang Berbudi Kita Berbahasa...

Ayam hutan terbang ke hutan,
Tali tersangkut pagar berduri;
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi....

Jeruk manis dimakan manis,
Manis sekali kulit bijinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga;
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang jua.

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ku ingat selalu...

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak'kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi adalah balas,
Orang berbudi kita berbahasa...

Friday, 19 February 2010

2009 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Results Out On Feb 25

KUALA LUMPUR, Feb 19 (Bernama) -- The 2009 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) will be announced on Feb 25.

The Malaysian Examinations Council (MEC), in a statement here on Friday, said candidates could obtain their results at their respective schools from 12 noon that day, while the private candidates would get their results by post.

Candidates can also check their results through the short messaging system (SMS) by typing STPM [space] [IC No] and send to 36363, or type STPM Result [space] [IC No] and send to 15888.

They can also check their results by surfing the MEC website at http://www.mpm.edu.my/stpm/loginfrm.aspx from noon on Feb 25.

A media conference on the analysis of the examination results will be held on the same day at 11.30am at the MEC office, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Last year, 52,348 candidates sat for the examination.

They comprised 47,260 or 90.28 per cent government school candidates, 1,747 (3.34 per cent) private school candidates and 3,241 (6.38 per cent) private candidates.

Thursday, 18 February 2010

The CNY holidays are over!

After a long hectic-gastronomic week, I've got a lot of things to catch up on...and the first thing is my sleeping hours so good night everyone!

Sunday, 14 February 2010

Shell Malaysia Scholarship Awards 2010

Shell Malaysia offers a number of scholarships to support students in achieving their personal goals and ambitions.

The scholarship is awarded to Malaysian students for pursuing full-time undergraduate studies (1st degree course) tenable at recognized universities in Malaysia or overseas, and Pre-University studies in Malaysia. In addition, Shell also award 2 scholarships to study Msc in Geoscience with Universiti Teknologi Petronas.

Eligiblity

Those that are eligible to apply for the Shell Malaysia Scholarship Awards:
  • Students who have completed their SPM/O-Level, STPM/A-Level/Foundation Year/Diploma OR
  • Students who are currently in their final semester of Matriculation studies or in the University (IPTA/IPTS) AND
  • Student who meet the following criteria;
    • Excellent academic achievement with emphasis in English
    • Demonstration of leadership skills through active participation in extra-curricular activities. e.g. societies and clubs, sports, etc.
    • Strong academic record and realistic expectation of a high CGPA or its equivalent
  • Applications may be submitted based on the latest semester results (for Matriculation students) or trial examination results (for SPM, STPM students). Shell Malaysia reserves the right to verify the above.

Preferred Disciplines

  • Preferred disciplines for this scholarships include:
    • Engineering (Petroleum, Chemical, Electrical and Mechanical)
    • Sciences (Geosciences, Chemistry and Physics)
    • Business Administration / Economics
    • Finance & Accounting
    • IT (includes Business/ Management IT)
  • Master of Science (MsC) in Geosciences
    • Candidate must posses a good Honours Degree or equivalent in the relevant field from a recognized university.

Language Requirements

  • Applicants who are Malaysian citizens must possess a credit in Bahasa Melayu at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level or an equivalent qualification. Foreign and local students are required to have English proficiency in both written and spoken by the meeting one the following requirements:
    • Minimum TOEFL score of 550 OR
    • Minimum IELTS score of 6.0 OR
    • Minimum ELTS score of Band 6 OR
    • Minimum MUET score of Band 4.
  • Applicants who are native English speakers or holding a degree with English as the medium of instruction may be exempted from this requirement.

Application

  1. All applications must be submitted online.
  2. Register / Login for Shell Malaysia Scholarship programme
  3. Download, print and complete the scholarship application form
  4. Upload CV & academic results together with your scholarship application form
  5. For Shell Malaysia Scholarship programme:
    • Interview is compulsory.
    • Only shortlisted candidates will be notified.
    • Incomplete Application Form and late submission will be rejected.

Closing Date

  • Application for Shell Malaysia Scholarship programme must be submitted before March 30th 2010.

Enquiries

  • Please refer to Shell Malaysia websites or email to scholarships@shell.com for further details.

Saturday, 13 February 2010

Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia Tahun 2010

Yayasan TM merupakan sebuah badan amanah yang berdaftar. Ia ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia Tahun 2010.

Syarat

  • Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2010 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2009.
  • Calon di Tingkatan 4 mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2009.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan.

Biasiswa

Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut;
  • Elaun poket RM 1,000 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • Elaun poket RM 1,500 setshun bagi pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
  • Berpeluang menyertai program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM.
  • Setelah permohonan dibuat secara online, salinan dokumen berikut dikemukakan;
    • Sijil kelahiran/kad pengenalan.
    • Salinan keputusan UPSR atau PMR 2009.
    • Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga.
    • Salinan kad anggota bagi anak kakitangan Telekom Malaysia.
    • Surat cerai/mati jika berkaitan.
  • Dokumen tersebut perlu dihantar kepada; Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil, Yayasan TM, Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kualal Lumpur

Tarikh Tutup

  • Permohonan secara online Biasiswa Kecil Yayasan TM ditutup pada 18 Februari 2010.
  • Dokumen yang berkenaan pula perlu sampai sebelum atau pada 26 Februari 2010.
  • Bagi permohonan yang tiada menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Yayasan TM ini sila menulis kepada;
  • Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur

Friday, 12 February 2010

Permohonan Kemasukan Lepasan STAM 2009 ke IPTA Sesi 2010 / 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STAM ini ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2009, 2008 dan 2007 sahaja. Lepasan STAM bagi tahun 2006 dan sebelum perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohonan Lepasan STAM IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulusan STAM tahun 2009, 2008 atau 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;
  1. Tempoh permohonan;
    • Tarikh dibuka – 2 Februari  2010
    • Tarikh ditutup – 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2010/2011.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Thursday, 11 February 2010

Permohonan Kemasukan Lepasan STPM 2009 ke IPTA Sesi 2010 / 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 (STPM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STPM 2009 ini dibahagikan kepada dua kategori;
  • Kategori A – Aliran Sastera STPM 2009
  • Kategori S – Aliran Sains STPM 2009
Lepasan STPM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohon Lepasan STPM 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh dibuka – 2 Februari  2010
    • Tarikh ditutup – 10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan.
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2009 Sesi 2010/2011.
USM
  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
  • UPU –  10 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan,
  • USM – 30 Mac 2010

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Wednesday, 10 February 2010

Permohonan Kemasukan Lepasan SPM 2009 Ke IPTA 2010 Fasa 2

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM 2009 terbahagi kepada dua Fasa. Fasa 1 telah ditutup pada 31 Disember 2009 yang lalu. Manakala Fasa 2 bagi permohonan lepasan SPM telah pun dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu.

Mereka yang terlepas untuk membuat permohonan semasa Fasa 1 dulu juga boleh membuat permohonan semasa Fasa 2 ini. Tujuan utama diadakan dua fasa ini kerana ingin menampung jumlah pemohon lepasan SPM yang agak ramai.

Pemohon perlu membeli nombor unik ID BSN sebelum membuat permohonan Fasa 2 ini. Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.

Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 9 February 2010

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Jun 2010 Mod Sepenuh Masa

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)
Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun
Mode Kursus : Sepenuh Masa


2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


2.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.2 Umur
a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
2.3 Kelayakan Akademik
a.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
b.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
c. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
d.
Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).
3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.2 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.3 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
3.4 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2
Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
4.4
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5
Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.




5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 10. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 11. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 12. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan 13. Pendidikan Jasmani
5. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan 14. Bimbingan dan Kaunseling
6. Matematik 15. Pendidikan Pemulihan
7. Sains 16. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 17. Malaysia Negaraku
9.
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 10. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Cina 12. Pendidikan Jasmani
5. Matematik 13. Bimbingan dan Kaunseling
6. Sains 14. Pendidikan Pemulihan
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 15. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 16. Malaysia Negaraku
5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 10. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Tamil 12. Pendidikan Jasmani
5. Matematik 13. Bimbingan dan Kaunseling
6. Sains 14. Pendidikan Pemulihan
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 15. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 16. Malaysia Negaraku
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my
mulai 08 Febuari 2010.
6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1
Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)
7.2
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).
7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.
7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010.
9. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841245
03-88841243
03-88841235
03-88841231
03-88841226
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2010.
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merangkumi kursus persediaan selama satu tahun enam bulan dan latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih.

Program Latihan

  • Kementerian Pelajaran hanya menawarakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi KPLSPM Ambilan Jun 2010 ini.
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

     Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting


8 Februari - Permohonan dibuka

28 Mac - Permohonan ditutup

20 April - Semakan temu duga

25 April – 7 Mei - Temu duga

14 Jun - Keputusan Permohonan

28 Jun - Pendaftaran
Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru
      Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Monday, 8 February 2010

Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2010 / 2011

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka.

Tarikh Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Proses Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
  • Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
  • Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
  • Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

Sunday, 7 February 2010

Sticks and stones may break my bones but ...


I was helping in my son's classroom a while ago when I spotted a poster that reads, "Sticks and stones may break my bones but words can break my heart" and I started thinking…

Teachers are such an important part of a child's life. A teacher's support determines how safe a child feels in school. A teacher's reinforcement determines how much risk a child will take in the classroom. A teacher's empathy and understanding determines how important a child feels in school. A teacher's love of his or her job and students determines a child's motivation and attitude toward education.

And the effect that a teacher has on a child does not end when the school bell rings at the end of the day. Rather, those feelings that were developed in the classroom go home with the child and, to a large extent, determine what sort of evening the child and his or her family have. The importance of a teacher to a child is phenomenal and cannot be overemphasized.

My one and only child is fortunate to have remarkable and wonderful teachers. Consequently, he loves going to school almost as much as he loves using teacherisms.

For example, one of Ijat's favourite phrases is used when I mess up; he looks at me with understanding and says, "It's okay to make mistakes, because you're only learning."

But perhaps my favourite is Ijat's response to his friends when one of them says something he doesn't like. With his hand on his heart he says, "Don't say that because words can break my heart."

Like most parents, I hear teacherisms daily. And every time I hear one, my heart floods with gratitude for the wonderful teachers who make my child feels safe, important, and successful in the classroom, and who are helping my child achieves good emotional health.

There is much talk today about how to measure a teacher's worth. I think we need only look at the students. Children mirror teachers' words and actions, and the content of those reflections show a teacher's greatness!

Saturday, 6 February 2010

IF...

If tomorrow, I should never wake up, I wanted to say I'm sorry.
I'm sorry for what I've done, and what I haven't done
I could have done more, I should have done more

 
If I harmed you, yelled at you, ignored you, or didn't care...
I'm sorry

 

If tomorrow, I should never wake up, I wanted to say "Thank You"

 

If me and you were the best of friends, thank you for always being there.

 

If me and you only talked once and a while, and didn't go to the same parties, and were.... not good friends, thank you for humbling me.


You are not perfect, but I am not either,
But thank you for having a part in my life.

 

If tomorrow, I should never wake up,
I wanted to say everything I never had time to

Friday, 5 February 2010

Makluman Awal Biasiswa JPA 2010 Bagi Lulusan SPM 2009

  1. PENDAHULUAN

    Modal Insan berkualiti merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara. Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif, meliputi usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Selain itu, langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif.

    Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Pertama.  Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2010 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.Program Penajaan JPA 2010 terdiri daripada:
    1. PROGRAM BIASISWA NASIONAL

      Dalam pembentangan Bajet 2010 pada 30 Oktober 2009, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan penganugerahan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia berasaskan kepada merit mulai tahun 2010.Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan mengenal pasti pelajar paling cemerlang dari kalangan pelajar yang mendapat A+ dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM untuk ditaja di bawah Program Biasiswa Nasional ini.

      Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di dalam ataupun luar negara dalam pelbagai bidang pengajian mengikut minat dan pilihan pelajar.

      Maklumat dan syarat asas untuk Program Biasiswa Nasional adalah seperti berikut:

      • Terbuka  untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan mata pelajaran (Pencalonan akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia);
      • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
      • Calon  perlu melalui proses temuduga; dan
      • Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.

      Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

      • Pencapaian akademik; dan
      • Prestasi temuduga.
    2. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)

      Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:

      • Terbuka  untuk calon  lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang;
      • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
      • Calon  perlu melalui proses temu duga; dan
      • Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh  JPA.

      Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

      • Pencapaian akademik;
      • Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
      • Prestasi temu duga; dan
      • Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga.

      Penajaan bagi tahun 2010 mengambil kira kecemerlangan akademik, kepelbagaian latar belakang kaum, latar belakang sosio ekonomi calon bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.

      PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2009 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2009, seramai 455,317 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 442,936 orang pada tahun 2008. Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif. Pada tahun 2009, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,084 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,469 permohonan diterima daripada kalangan calon yang mendapat keputusan 1A dalam semua mata pelajaran SPM tahun 2008. Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.
    3. PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

      Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan ditawarkan tajaan untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di empat buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), IPT tempatan, kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology atau Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), AIMST University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan University College Sedaya International (UCSI).Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.

      Selain itu program penajaan dalam negara (PIDN) turut menawarkan biasiswa diperingkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Undang-Undang, Sains Tulen & Gunaan, Pengurusan dan Sastera di IPTA dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  2. PROSES PEMILIHAN

    Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:

    • Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
    • Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Sains dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
    • Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki;
    • Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan seperti mana mereka yang bergraduat daripada Ireland, United Kingdom atau Australia.

    Peruntukan kewangan dan tempat pengajian ke luar negara terutama bagi kursus-kursus kritikal (perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar) adalah terhad namun permohonan yang diterima adalah tinggi dan ini menyebabkan wujudnya persaingan yang sengit di kalangan pemohon. Contohnya pada tahun 2009, sebanyak 5,181 permohonan telah diterima bagi mengikuti kursus kritikal, namun peruntukan tempat yang disediakan hanyalah sebanyak 772 sahaja. Ini menunjukkan hanya seorang calon akan terpilih daripada setiap enam permohonan.
  3. KAEDAH PERMOHONAN

    Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa pada bulan Mac 2010. Calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2010 yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.

    Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada bulan Mac 2010 di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.

    Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada bulan April 2010. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.
    Ahli-ahli panel  bagi bidang kritikal terdiri daripada pegawai perubatan/pergigian/ farmasi dan perubatan veterinar manakala ahli-ahli panel bagi bidang strategik terdiri daripada pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.

    Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon juga perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, mencapai rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan penajaan ke universiti-universiti di luar negara.
  4. PENUTUP

    Pemakluman awal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal calon/pelajar akan senario permohonan, kriteria pemilihan, had penawaran dan saingan serta persediaan yang perlu dihadapi oleh setiap orang calon/pelajar bagi mendapatkan tawaran biasiswa Kerajaan yang diuruskan oleh JPA.Tanggapan umum bahawa prestasi akademik adalah jaminan dan menjadi faktor penentu untuk calon-calon mendapatkan biasiswa khususnya untuk PILN adalah tidak tepat. Harapan JPA adalah agar calon yang tidak berjaya tidak membuat perbandingan dengan calon yang lain dan mempersoalkan kenapa mereka tidak ditawarkan biasiswa atas alasan mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

    Bersandarkan kepada faktor-faktor seperti bilangan permohonan yang tinggi di kalangan calon yang cemerlang serta bilangan biasiswa yang terhad, PILN 2010 dijangka akan terus menjadi amat kompetitif. JPA dengan ini menasihatkan calon serta ibu-bapa agar bersedia dan berusaha juga untuk mendapatkan sumber-sumber penajaan yang lain.

    Maklumat umum berkaitan penawaran biasiswa Kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-8885 3412 (lima talian) mulai 10 Mac 2010 atau hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di Lobi, Blok C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Thursday, 4 February 2010

Semakan Ambilan Kedua Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2010

Sila klik imej di bawah untuk Semakan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2010

Wednesday, 3 February 2010

BIDADARI CINTA HATIKU...

I miss U!  Please return my calls...

Tuesday, 2 February 2010

Needless to say I had the LAST LAUGH!


As someone who is lately being bullied, I sometimes feel annoyed and battered.  They may laugh at me and make fun of me but in the end they lose!  And today, I wished I can shout out loud, "I AM THE LAST PERSON LAUGHING!!!"

HA HA HA... it is all worth it in the end.   Gue nampak lu TERKESIMA today.  Itulah lain kali jangan asyik nak mengenakan orang, kang hari ni dah terkena balikkk...

Apapun, gue wished lu, "Best of Luck!    Lights...Camera...Action!" -- think I'll enjoy the show and hope you won't drag me down into your stinking sinking ship.

FYI, I've been planning this for quite some time and I knew you never expect it to be this way.  Next time, don't trust me when I lie low.  You'll be very surprised!

Needless to say folks, today is the best day in my life

Monday, 1 February 2010

Keputusan Permohonan Masuk ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 MRSM 2010

 KEPUTUSAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2010

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.

Semakan Permohonan

  • Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.
  • Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini TELAH dikemaskini oleh pihak MARA.

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 1 MRSM.



KEPUTUSAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MRSM 2010

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.

Semakan Permohonan

  • Semakan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini TELAH dikemaskini oleh pihak MARA.

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat secara online atau menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah), MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 MRSM.  Kepada yang gagal, ingatlah it's not the end of the world!