"" THE ROAD NOT TAKEN: Contoh Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010 / 2011

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 2 December 2009

Contoh Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010 / 2011

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+.

Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.

Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.

Penentuan Aliran
Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

Aliran Sains
* Matematik
* Matematik Tambahan
* Fizik
* Kimia
* Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

Aliran Sastera
* Bahasa Malaysia
* Matematik
* Sains
* Sejarah
* Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

Pengiraan Merit
1. Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
2. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.
3. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
* 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
* 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

1. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-

1. Matematik
2. Matematik Tambahan
3. Fizik
4. Kimia
5. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.

2.  30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.
Contoh Pengiraan
1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

1. Matematik A+ = 18
2. Matematik Tambahan A = 16
3. Fizik A- = 14
4. Kimia A = 16
5. Biologi A- = 14
JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Bahasa Inggeris A+ = 18
3. Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH 54

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= 81
Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
1. 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-

1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Contoh Pengiraan
1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pengetahuan Moral B+
4. Sejarah C+
5. Matematik B
6. Sains B
7. Perdagangan C+
8. Ekonomi Asas C
9. Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Matematik B = 10
3. Sains B = 10
4. Sejarah C+ = 8
5. Pengetahuan Moral B+ = 12
JUMLAH 58

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera)

1. Bahasa Inggeris A+ = 18
2. Ekonomi Rumah Tangga A = 16
3. Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90
= 60.9
Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

1. Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
1. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
2. Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
3. Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
4. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;
2. Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
3. Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).

Maklumat

Maklumat di atas diperolehi daripada Kenyataan Akhbar oleh YBhg. Prof. Dato’ IR. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan kaedah pengiraan markah merit pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf selaras dengan pengredan baru SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai sesi akademik 2010/2011.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 hendaklah diajukan kepada; Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya atau hubungi Hotline : 03-8883 5858, Helpline : 03-8883 5848, Talian Am : 03-8883 5801/5802, Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my.

No comments: