"" THE ROAD NOT TAKEN: October 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 30 October 2009

Pengiraan Merit Ke IPTA Guna Gred Baru Mulai 2010

PUTRAJAYA, 30 Okt -- Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .

"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya.

Beliau berkata gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Bagaimanapun Dr Radin Umar berkata kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah.

"Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009," katanya.

Beliau berkata ini bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Katanya pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara.

"Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran," kata Dr Radin Umar.

-- BERNAMA

Friday, 16 October 2009

What goes around, may come around...

One day, a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do.





Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.


He invited all his neighbours to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realised what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement, he quietened down.


A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was astonished at what he saw. With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.


As the farmer's neighbours continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up.


Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off!




**********************************************


Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a stepping-stone. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up.


Remember the five simple rules to be happy:


1.  Free your heart from hatred - Forgive.


2.  Free your mind from worries - Mostly never happened!


3.  Live simply and appreciate what you have.


4.  Give more.


5.  Expect less. 


NOW .......  


Enough of that crap. The donkey later came back and bit the farmer who had tried to bury him. The gash from the bite got infected and the farmer eventually died in agony from septic shock. 
 


Moral of the story;
When you do something wrong, and try to cover your ass, it will always come back to bite  (haunt) you...



Tuesday, 13 October 2009

Aplikasi Borang Tuntutan Perjalanan Tugas Rasmi Jabatan Pelajaran / Lembaga Peperiksaan Malaysia

Aplikasi Borang Tuntutan Perjalanan Rasmi dan Borang Tuntutan kerana menjalankan tugas Lembaga Peperiksaan Malaysia. Fail ini dibina bagi memudahkan penjawat awam khususnya guru membuat tuntutan dan ianya adalah PERCUMA. (Ubahsuai terkini 27/9/2009).  

Ihsan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, SMK Geting, Tumpat, Kelantan.


Sunday, 11 October 2009

TIP PEPERIKSAAN 2009 SPM SEJARAH

NO.
BAB
TOPIK
1 T4 BAB 3 Kerajaan Agraria / Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian dan kesasteraan.
2 T4 BAB 5 Hijrah dan Piagam Madinah
3 T4 BAB 6 Kerajaan Bani Umaiyah / Turki Uthmaniyah
4 T4 BAB 8 Sistem PerundanganSistem Pendidikan Formal / Tidak Formal
5 T4 BAB 9 Zaman Gelap / Penjelajahan
6 T5 BAB 1 Cirri-ciri Birokrasi Barat dan kesan
T5 BAB 2 Peranan akhbar / majalah dan novelPeranan Persatuan Melayu
7 T5 BAB 3 Cirri-ciri Negara / Bangsa dan Kesultanan Melayu Melaka
8 T5 BAB 5 Pakatan Murni
  T5 BAB 7 Raja Berpelembagaan di LAmbang Negara
9 T5 BAB 9 Dasar Luar Malaysia / Pertubuhan Antarabangsa seperti NAM / OIC

Nota: Soalan-soalan tidak ikut susunan.

Saturday, 10 October 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.         Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Gred
Sedia Ada
Gred Baru
 
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
  
3.         Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4.         Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia 

Friday, 9 October 2009

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil. 8/2009

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan secara online untuk penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Sarjana Muda Pendidikan bil. 8/2009 boleh dibuat bermula 16 Oktober 2009.

Semakan boleh dibuat melalui link berikut:

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)

Harap maklum.

Thursday, 1 October 2009

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009.  Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3.         Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:


3.1     Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah



3.1.1   Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32



(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.


(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i)                Guru Penyelaras Bistari
(ii)               Guru Perpustakaan/Media
(iii)              Guru Data
(iv)              Guru Disiplin
(v)               Setiausaha Peperiksaan
(vi)              Guru Darjah
(vii)             Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii)            Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.


3.1.2   Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34


(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai  Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.


            3.1.3   Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)


(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4   Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.


3.2       Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah



3.2.1   Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44



(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .


(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i)       Guru Penyelaras Bistari
(ii)      Guru Perpustakaan/Media
(iii)     Guru Data
(iv)     Guru Disiplin / Kaunselor
(v)      Setiausaha Peperiksaan
(vi)     Guru Tingkatan
(vii)    Guru Kaunselor
(viii)   Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.


3.2.2   Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

           

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c)  GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.


3.2.3     Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52


(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.


            3.2.4   Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)


(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.


                        3.2.5   Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.


3.2.6     Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)


(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.


3.2.7   Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)


(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i)          Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii)        Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii)        Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv)        Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.


3.2.8   Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.


4.         Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5.         Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang Ikhlas,


( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia