"" THE ROAD NOT TAKEN: September 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 22 September 2009

Peperiksaan Percubaan PMR Sarawak 2009

Sejarah

Science

Mathematics

Pendidikan Islam

Geografi

B Inggeris

B Melayu

KH

Monday, 21 September 2009

Peperiksaan Percubaan SPM Johor 2009

(kesemua kertas digabung dan disertakan skema jawapan )

B.Melayu

B.Inggeris

Mathematics

Add Mathematics

Sejarah

Fizik

Kimia

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Biology

Sunday, 20 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI



Kepada semua pengunjung blog, sahabat, rakan bloggers dan blog followers;

Jika kesilapan semalam belum terampun, MAAFKANLAH ... Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap LUPAKANLAH ... Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin di atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan.

May this holy occasion of sharing and togetherness fill your heart and home with joy and happiness...

Friday, 18 September 2009

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ambilan 2010

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2010. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
  2. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  4. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
  5. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Majlis Amanah Rakyat.
  2. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:




    • Permohonan Ke Tingkatan 4,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.


  5. Cara memohon nombor pin




    1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan percuma.
    2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.


Maklumat

  1. Borang permohonan online akan hanya dibuka mulai 28 September 2009.
  2. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;






Tarikh Tutup

Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2009.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Thursday, 17 September 2009

Jadual Waktu PMR 2009

Image
Muat turun jadual peperiksaan anda:

Monday, 14 September 2009

Kebenaran Kepada Sekolah-Sekolah Mengambil Cuti Peristiwa atau Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat banyak permohonan daripada pihak sekolah dan juga kalangan ibu bapa supaya sekolah dibenarkan mengambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah mengambil Cuti Peristiwa bagi sekolah-sekolah yang masih berbaki Cuti Peristiwa atau Cuti Berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis Cuti Peristiwanya. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September 2009, dan bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Jumaat, 18 September 2009,

4. Sekolah-sekolah yang mengambil Cuti Berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada hari Sabtu, 31 Oktober 2009.

5. Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan ini, tidak diberi secara keseluruhan. Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti ini.



Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 14 September 2009

Sunday, 13 September 2009

Resipi Berbuka: Sotong Masak Serai

Resipi yang ringkas dan mudah. Cubalah...

Bahan-bahan ( untuk hidangan 3 orang )

  • 300g sotong
  • 5 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 100g asam jawa
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • garam gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong putih dibersihkan.
  2. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah-dikisar dan ditumiskan.
  3. Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam dan gula dan secukup rasa.

Saturday, 12 September 2009

Resipi Berbuka: Puding Caramel


One of Ijat's Favorites

Bahan-bahan ( untuk hidangan sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang di atas api sederhana kecil. Masak sehingga gula kekuningan dan cair. Lenggang-lenggang loyang untuk meratakan gula.
  2. Kepuk telur sehingga berbuih. Masukkan sesudu teh esen vanilla. Kemudian masukkan susu pekat tadi. Kacau rata dan masukkan secawan air.
  3. Tuang adunan tadi ke atas gula yang sudah membeku di dalam loyang tadi. Kukus selama 45 minit.
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan boleh dinikmati bersama keluarga.......

Friday, 11 September 2009

Gagal PMR, ulang semula tingkatan tiga?

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang tokoh pendidikan menyarankan supaya pendekatan mengulang tingkatan dilaksanakan semula terhadap pelajar tingkatan tiga yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding membenarkan mereka naik ke tingkatan empat secara automatik.


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, perkara tersebut merupakan cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain membenarkan pelajar meneruskan pelajaran dengan mengambil mata pelajaran vokasional.


''Ia untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan kewangan dalam sistem pendidikan negara," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca di ruangan forum akhbar ini yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar yang membenarkan pelajar naik ke tingkatan empat biarpun gagal dalam PMR.


Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Annuar Syed Mohamad pula berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat ketat untuk naik ke tingkatan empat sebelum ini.


Katanya, sudah tiba masanya sistem itu diteliti semula bagi membolehkan proses penilaian sebenar dilakukan terhadap pelajar.


''Pelajar PMR yang gagal tidak boleh dipaksa naik ke tingkatan empat untuk mengambil mata pelajaran yang tidak diminati kerana ia membuang masa mereka sahaja.


''Sebaliknya, beri pilihan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran di sekolah vokasional,'' ujarnya.


Menurut Syed Annuar, memang tidak dinafikan golongan pelajar tersebut juga boleh mendatangkan masalah kepada sekolah, oleh itu kajian segera dasar itu perlu dilakukan demi menjana pembinaan modal insan.


Pandangan sama turut disuarakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid yang berpendapat kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula dasar tersebut.


''Sesebuah sistem peperiksaan diadakan adalah untuk menilai kemampuan dan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari,'' ujarnya.


Beliau berkata, tidak perlu diadakan peperiksaan sekiranya pelajar hanya mengambilnya tanpa mahu menguasai mata pelajaran tersebut dan sekadar melengkapkan syarat untuk naik tingkatan. - Utusan Malaysia.

Peperiksaan Percubaan PMR Melaka 2009

KH

Sejarah

Pendidikan Islam

Geografi

Science

Mathematics

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Thursday, 10 September 2009

Tuesday, 8 September 2009

Monday, 7 September 2009

Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2009

Additional Mathematics

Mathematics

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Pendidikan Islam

Sejarah

Physics

Chemistry

Biology

Peperiksaan Percubaan STPM Perlis 2009

BM [ K1] [ K2 ] ATAU [BM1 ] [ BM 2 ] [ SKEMA BM 1 ] SKEMA BM 2 ] ATAU [SKEMABM1] [BM2]

B ARAB [ K1 ] [ K2] [ SKEMA BA1 ] [ SKEMA BA2]

EKONOMI [ K1] [ K2 ]

GEOGRAFI [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA GEO1] [ SKEMA GEO 2 ]

PENG AM [ K1 ] [ K2 ] ATAU [AM1 ] [ AM 2]

PENG PERNIAGAAN [ K1 ] [ K2 ] [ skema k1 ] ATAU [SKEMA PP 1]

SEJARAH [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA SEJARAH 1 ] [ SKEMA SEJ 2 ] ATAU [ SKEMA SEJ1 ] [ SEJ 2]

SENI VISUAL [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA K1 ] [ SKEMA K2]

SYARIAH [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA K1 ] [ SKEMA K2 ]USULUDIN [ K1 ] [ K2 ] [ skema k1 ] [ skema k 2 ]

KESUSASTERAAN MELAYU [ K1 ] [ K2 ] [ skema k1 ] [ skema k2 ] ATAU [SKEMA SAS1] [SKEMA SAS2]SASTERA [ K2 ]

Mathematics SPM July Papers 2009

Mathematics

Sunday, 6 September 2009

Saturday, 5 September 2009

Peperiksaan Percubaan PMR Pahang 2009

Bahasa Melayu [ K1 ] [ K2 ] / [ JAWAPAN K1 ] [ JAWAPAN K2 ]


Bahasa Inggeris [ P1 ] [ P2 ] [ ANSWERS ]


Sejarah [ SOALAN ] [ JAWAPAN ]


Geografi [ SOALAN ] [ JAWAPAN ]


Pendidikan Islam [ SOALAN ] [ JAWAPAN ]


Mathematics [ P1 ] [ P2 ] [ MARKING SCHEME P1 ] [ MARKING SCHEME P2 ]


Science [ P1 ] [ P2 ] [ ANSWERS ]


Kemahiran Hidup


[ KHB Pil. 1 ] [ JAWAPAN ]


[ KHB Pil. 2 ] [ JAWAPAN ]


[ KHB Pil. 3 ] [ JAWAPAN ]


[ KHB Pil. 4 ] [ JAWAPAN ]

Friday, 4 September 2009

Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja

Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka bermula 17 Ogos 2009 dan akan ditutup pada 25 Sept 2009.

Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

Sila layari laman web Maktab Tentera DiRaja di www.rmc.edu.my dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.

Thursday, 3 September 2009

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM

KERTAS PERCUBAAN SPM MRSM

Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA ada menyediakan kertas Peperiksaan Percubaan SPM-MRSM. Soalan ini bertujuan untuk menguji kesediaan pelajar-pelajar MRSM menghadapi peperiksaan SPM. Semua pelajar dialu-alukan untuk mencubanya. Selamat mencuba!


Tahun 2002
Tahun 2003
Tahun 2004
Tahun 2005
Tahun 2006
Tahun 2007
Tahun 2008

Wednesday, 2 September 2009

Peperiksaan Percubaan PMR SBP 2009

Berikut adalah kertas soalan Sains dan Matematik daripada Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP):

Science Paper 1 & Paper 2

Mathematics

Untuk pengetahuan semua, SBP tidak menyediakan kertas soalan untuk mata pelajaran lain.