"" THE ROAD NOT TAKEN: SELAMAT HARI GURU, KASIH (Oh! Itu catatan hampir satu setengah dekad yang lalu)

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU, KASIH (Oh! Itu catatan hampir satu setengah dekad yang lalu)

"Hari ini saya dapat banyak hadiah," kata cikgu perempuan itu tersenyum. Biarpun hanya dalam telefon.

"Hadiah sempena hari guru?" tanya suaminya.

Cikgu perempuan itu tidak menjawab terus, dia hanya tersenyum. Kemudian dia berkata, "Saya dapat hadiah tisu dan syampu dari pelajar saya."

"Awak dapat tisu dan syampu?" ujar suaminya menggaru kepala.

"Ya, dan semuanya di bungkus rapi cuma saya boleh merasainya dengan tangan."

"Merasainya dengan tangan? Awak tidak buka lagi hadiah itu?"

"Tidak, saya tunggu abang datang ke sini. Saya hendak tunjukkan hadiah pelajar-pelajar saya kepada abang."

Si suami tersenyum dan dia berkata lagi, "Mesti sambutan hari guru di sekolah awak meriah."

"Sekolah kami tidak menyambut hari guru. Hari ini seperti hari-hari biasa persekolahan," ujar isterinya.

"Mengapa?" Suaminya bertanya, dahinya terlihat berkerut.

"Sekolah ini tidak ada dewan."

"Mengapa tidak buat di padang?"

"Sekolah ini di dirikan di pinggir ladang dan jalan-jalannya hanyalah kerikil kasar. Abang lupa barangkali saya mengajar di sekolah pedalaman. Di perkampungan peneroka. Tapi itu tidak penting kerana pelajar-pelajar saya walaupun hanya anak-anak peneroka dan buruh, mereka masih mengerti apa itu Hari Guru. Hari untuk meraikan guru mereka. Cuma mungkin tidak seperti anak-anak di bandar, tapi itu memberikan saya semangat untuk berada di sini dan semangat di saat abang tiada di sisi," jawab isterinya. Senyuman masih terukir di bibir.

No comments: