"" THE ROAD NOT TAKEN: Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008 pada 12 Mac

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 5 March 2009

Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008 pada 12 Mac

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac (Khamis) ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataan hari ini berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac jam 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaanSPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya.

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 05/03/2009)

No comments: