"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) Ambilan Julai 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 9 March 2009

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) Ambilan Julai 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berminat dalam profesion perguruan untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Sesi Julai Tahun 2009.

Berdasarkan hebahan rasmi di laman kementerian, permohonan boleh dibuat di laman berikut:

  • Tarikh Permohonan Dalam Talian Dibuka: 8 Mac - 22 Mac, 2009.

Terdapat 4 buah program dalam Kursus Perguruan Lepas SPM, buat satu pemohonan sahaja:
  1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  2. Program Kembar Bahasa Perancis
  3. Program Kembar Bahasa Jerman
  4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Bagi calon lepasan SPM 2008, elok mula buat permohonan setelah keputusan SPM keluar pada 12 Mac (Khamis) nanti. Ini kerana tempoh permohonan mencukupi di samping lebih mudah membuat pilihan bidang kursus yang dipohon berdasarkan kelayakan kelak.

Sebelum keputusan SPM keluar, sebaiknya cuba memahami dengan mendalam segala syarat permohonan dan bidang kursus yang ditawarkan terlebih dahulu pada pautan laman di atas. Iklan penuh juga boleh dirujuk dalam surat khabar utama hari minggu (Ahad 08/03/2009).

Seperkara lagi, ramai yang masih keliru dengan istilah maktab perguruan. Sebenarnya sudah tiada lagi istilah maktab perguruan. Maktab Perguruan telah lama dinaiktaraf kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Ianya di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Dahulu maktab perguruan hanya menawarkan kursus sijil perguruan sahaja; kini di IPGM, anda akan dapat ijazah sarjana muda. Beza nilai kelulusan, beza gred jawatan dan beza gaji - selaras dengan dasar untuk memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Akhir sekali, belilah segera nombor PIN di BSN berharga RM6.00 dalam tempoh permohonan. Pastikan pengisian maklumat dalam talian nanti dibuat dengan teliti dan betul. Pemohon berjaya saringan pertama akan dipanggil Ujian IMSAK/Temuduga. Teruskan sentiasa buat semakan di laman tersebut dari semasa ke semasa, untuk mengetahui status panggilan temuduga dan tawaran permohonan. Jika berjaya, calon program ke luar negara akan mendaftar bulan Jun 2009 di kolej/institut tertentu, manakala calon 3 program lain lagi akan mendaftar di IPGM pada 13 Julai 2009.

Tiada sebarang surat panggilan temuduga / tawaran dikeluarkan, semuanya boleh diketahui di laman tersebut. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya diserah di IPGM/Kolej yang ditetapkan oleh KPM setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran. Calon yang telah ditemuduga dan tidak menerima maklumat dalam satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Semoga berjaya. Semoga menjadi bakal pendidik yang baik untuk bangsa, agama dan negara. Bersedialah untuk berkhidmat walau di mana pun anda ditempatkan.. sama ada di kota, desa atau belantara. Itulah janji anda sebagai guru.

No comments: