"" THE ROAD NOT TAKEN: Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sesi Julai 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 18 March 2009

Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sesi Julai 2009

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan secara online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:
  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama Permohonan
  1. Umur 18 - 30 tahun
  2. Tamat Tingkatan 5
  3. Sihat & belum berkahwin

Kemudahan Yang Disediakan
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)

Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my

HOTLINE: 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685

No comments: