"" THE ROAD NOT TAKEN: Gangsterisme: Pengetua Sorok Kes Berdepan Tindakan!

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, 1 March 2009

Gangsterisme: Pengetua Sorok Kes Berdepan Tindakan!

Kementerian Pelajaran tidak akan bertolak ansur dengan guru besar atau pengetua sekolah yang sengaja menyorok perlakuan jenayah, terutama membabitkan amalan gangsterisme di sekolah.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata kementerian juga tidak akan teragak-agak menggunakan bidang kuasa Lembaga Tatatertib untuk memastikan guru besar atau pengetua terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.

"Ini (menyorok kegiatan jenayah atau gangsterisme di sekolah) suatu yang tidak dibenarkan. Malah, saya percaya dan yakin Menteri Pelajaran (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) sendiri tidak akan sekali-kali berkompromi dengan tindakan sedemikian.

"Kita sudah maklumkan kepada semua pengarah pelajaran negeri mengenai isu ini dan mereka sendiri juga sudah sedia maklum mengenai larangan menyorok insiden atau kejadian berunsur sedemikian di sekolah.

"Justeru, jika ada (amalan menyorok kegiatan terbabit) saya sendiri akan ambil tindakan ke atas pengetua berkenaan jika terbukti dia mengabaikan tugas dan tanggungjawab," katanya.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 27/02/2009)

No comments: