"" THE ROAD NOT TAKEN: February 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, 28 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 15)

Tip #15

Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.

Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.

Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan. Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.

Selamat mencuba.

Friday, 27 February 2009

Jepun Tawar Biasiswa Program Sarjana Muda Dan Sarjana

Kerajaan Jepun menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu untuk program Sarjana Muda dan Sarjana bagi tahun akademik 2010.

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini, biasiswa itu berbentuk elaun bulanan sebanyak 134,000 Yen (RM4,500) untuk program pengajian Sarjana Muda dan elaun bulanan sebanyak 172,000 Yen (RM6,000) sebulan bagi kursus Sarjana.

Menurut kenyataan itu lagi kursus Sarjana Muda adalah bagi tempoh lima hingga tujuh tahun, bermula April 2010 manakala peringkat Sarjana antara dua tahun dan setahun setengah bermula April atau Oktober 2010.

Biasiswa itu juga meliputi tiket penerbangan pergi dan balik secara percuma sepanjang tempoh pengajian, manakala yuran peperiksaan, kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen dikecualikan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang tawaran di Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak di sini, atau melayari laman web kedutaan di www.my.emb-japan.go.jp bagi mendapatkan maklumat lanjut.

(Sumber: Bernama - 27/02/2009 - 20:23 PM)

Kepada sesiapa yang berminat, cubalah. Hebat tawaran tu.. Semoga berjaya.

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 14)

Tip #14

Tips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di minda anda sudah bermain bermacam-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan suka ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?

Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan menunjukkan bahawa anda akan malu di depan orang ramai nanti.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali saya mengendalikan program untuk TUDM, saya rasa sangat berdebar, lebih berdebar daripada biasa. Debaran saya bermula pada waktu subuh lagi walaupun program akan bermula pada pukul 9 pagi.

Jadi, saya gunakan teknik ini. Saya bayangkan hari itu sudah berlalu dan saya lihat semua peserta tersenyum dan gembira dengan program yang saya jalankan. Alhamdulillah, apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Bukan sahaja ia membantu mengurangkan rasa debaran, ia juga membantu imaginasi saya menjadi kenyataan. Jadi, saya yakin anda patut mencuba teknik ini.

Thursday, 26 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 13)

Tip #13

Tips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit bagi anda. Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?

Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu yang dinamakan ‘fillers’. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk melengkapkan perkataan anda. Contohnya, anda sebut ‘aaa..’, ‘err’, ‘mmmm’, ‘ehh’ dan bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda selalu sebut perkataan ‘ok’ atau ‘kan’ tanpa anda sedari.

Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula mengira berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan kepada apa yang anda katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ‘ok’, pendengar anda akan kata dalam hati “29…..” Anda sebut lagi 'ok' pendengar akan sambung kira lagi "30..." dan seterusnya.

Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan ini semasa anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya.

Wednesday, 25 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 12)

Tip #12

Tips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda perhatikan, seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya pergerakan. Namun, anda boleh tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar atau rasa tidak yakin.

Ini kerana, jika anda rasa terlalu berdebar atau tidak yakin, anda akan lakukan pergerakan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang katakan. Contohnya, tangan anda sibuk memegang duit syiling dalam kocek seluar anda semasa berucap, menggaru-garu kepala anda yang tidak gatal, bermain dengan pen di tangan anda, bergoyang ke kiri dan ke kanan, membetulkan microphone di depan anda walaupun ia sudah elok kedudukannya dan sebagainya.

Pergerakan ini bukan sahaja menghalang anda untuk menyampaikan mesej anda, malah ia mengganggu konsentrasi pendengar anda kerana mereka akan sibuk menumpukan perhatian kepada pergerakan anda pula.

Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana pergerakan yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila anda sedar akan pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya.

Tuesday, 24 February 2009

Aku ingin...

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana

dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu


kepada api yang menjadikannya abu


aku ingin mencintaimu dengan sederhana


dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan


kepada hujan yang menjadikannya tiada...

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 11)

Tip #11

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, antara masalah utama untuk bercakap di depan khalayak ramai ialah masalah untuk menarik perhatian pendengar. Kadangkala, anda umpama bercakap seorang diri kerana hampir semua pendengar anda sibuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Dengan adanya tip semalam, anda boleh mula fikirkan tentang bagaimana cara untuk menarik perhatian mereka. Contohnya anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan ucapan anda dengan soalan berkenaan fakta itu. Katakan anda seorang perlu berucap didepan sahabat anda para pelajar tentang kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh mulakan ucapan anda dengan “Saya ada tiga soalan untuk anda. Pertama, tahukah anda bahawa purata umur rakyat di Malaysia ialah 60 tahun?” (pendengar mula berfikir…..betul ke 60 tahun…? apa yang dia nak cakap ni..?)

“Kedua, tahukah anda, kita cuma belajar disekolah selama 10 tahun iaitu daripada umur 7 hingga 17 tahun?”(pendengar terfikir lagi, betul ke…. 10 tahun je ke….?)

“Soalan terakhir saya, kalau anda gagal mendapat keputusan cemerlang semasa disekolah, tahukah anda bahawa anda akan menyesal selama 43 tahun jika anda hidup hingga usia 60 tahun?” (ketika ini pendengar akan dapat mengaitkan semua soalan anda kepada soalan terakhir ini. Mereka akan terfikir akan kebenaran soalan anda dan mula terfikir, apa agaknya lagi fakta menarik yang boleh anda berikan……)

Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan menarik yang boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk soalan yang menarik.

Monday, 23 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 10)


Tip #10

Satu tip paling mudah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pendengar anda ialah dengan bertanyakan soalan. Soalan membuka minda pendengar anda. Jika anda bertanya soalan, minda pendengar akan mula berfikir dan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda.

Tetapi, mengajukan soalan bukan bermaksud anda asyik bertanya kepada pendengar semasa anda berucap. Secara ringkas, ada dua jenis soalan yang anda boleh ajukan semasa anda berucap.

  • Soalan yang mengharapkan jawapan daripada pendengar. Jika anda berucap di depan terlalu ramai orang, teknik ini tidak sesuai. Ia sesuai jika anda berucap di dalam kumpulan yang agak kecil seperti di dalam seminar atau bengkel. Anda boleh tanya peserta anda soalan dan tunggu jawapan mereka. Apabila mereka memberi jawapan, berlakulah komunikasi dua hala.
  • Soalan yang tidak mengharapkan jawapan. Banyak ketikanya, anda perlu menyoal soalan tetapi anda tidak harap pendengar memberi jawapan. Sebaliknya, anda sendiri yang memberi jawapan. Dengan memberikan soalan, minda pendengar anda akan terbuka dan mereka pula yang mengharapkan jawapan daripada anda. Apabila and memberi jawapan, mereka rasa seronok dan mula menumpukan perhatian kepada anda apabila anda sedang bercakap.

Contoh bentuk soalan yang anda boleh berikan semasa berucap (katakan anda sedang berucap di depan sekumpulan pelajar sekolah dan anda sedang bercerita tentang teknik belajar), “tahu tak kenapa lepas makan, kita mudah rasa mengantuk…?” atau “kenapa agaknya hantu cuma muncul pada waktu malam dan di tempat yang sunyi sahaja…?”

Sunday, 22 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 9)

Tip #9

Anda dah cuba aktiviti tip #8? Sebenarnya, kalau anda tak boleh cari pokok yang berdekatan, guna dinding pun boleh….. Kesannya sama juga.

Apa perasaan anda ketika lakukan aktiviti tersebut? (Kalau anda tak lakukan tips ini tidak akan memberi kesan baik kepada anda. Jadi anda perlu cuba). Ada antara anda yang mungkin kata anda tak rasa berdebar sangat bila bercakap dengan pokok. Ada yang mungkin kata anda rasa kurang malu sebab pokok takkan ketawakan anda. Cuma anda mungkin rasa malu sebab aktiviti tu macam aktiviti orang gila.

Soalan utama saya untuk tips semalam…… apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?

Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap dengan sesuatu yang tidak memberi reaksi kan?

Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin bercakap dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?

Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum balas dan reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan bercakap satu hala.

Apa yang anda perlu sedar ialah, jika orang rasa bosan bila anda bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin bercakap satu hala sahaja. Anda seolah-olah bercakap dengan pokok. Apabila anda bercakap begitu, anda akan lihat penonton anda mula menunjukkan muka bosan, menguap, bercakap sesama sendiri atau buat sesuatu perkara lain dan tidak beri tumpuan kepada anda.

Soalan yang patut anda ajukan kepada saya selepas membaca tips ini ialah, bagaimana caranya untuk mewujudkan perhubungan atau komunikasi 2 hala? Bagaimana caranya supaya anda tidak bercakap umpama bercakap dengan pokok?

Bagus….. kita bincangkan perkara tersebut esok…..

Saturday, 21 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 8)

Tip #8

Tips hari ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

Berdiri mengadap pokok tersebut…. dan…. cuba bercakap dengan pokok tersebut……

Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun….. cuba buat memek muka yang menarik…. adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila… )

Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa….? Cuba perkara ini dan kita sambung perbincangan ini esok.

Selamat mencuba.

Friday, 20 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 7)

Tip #7

Satu tips yang anda telah pelajari, anda perlu keluarkan suara anda atau anda perlu kuatkan sedikit suara semasa anda berucap. Suara yang lebih kuat akan mengurangkan debaran anda dan juga boleh kedengaran seperti suara yang lebih tegas.

Cuma ada bezanya suara yang kuat dan menjerit. Saya tidak suruh anda menjerit kerana bunyinya menyakitkan dan anda akan hilang suara anda dengan cepat. Untuk bezakan kuatkan suara atau menjerit, lihat contoh dibawah.

Bayangkan anda berada di dalam satu dewan kecil yang mengadakan majlis makan-makan. Anda berada di pintu masuk dan kawan baik anda ada di hujung bilik tersebut. Diantara anda dan kawan anda (ditengah-tengah dewan itu) ada ramai orang yang berbual-bual, berjalan, makan dan membuat bising. Bilik itu agak bising dengan bunyi suara orang ramai dan bunyi pinggan mangkuk yang berlaga sesama sendiri.

Dalam suasana bising itu, anda mahu beritahu sesuatu kepada kawan baik anda tanpa anda pergi kepadanya. Maksudnya, anda perlu bercakap dari tempat anda berdiri sekarang. Anda perlu bercakap dengan kuat bukan? Cuba bercakap dengan kuat sambil membayangkan situasi tadi.

Ingat…. jangan menjerit…. kuatkan suara tetapi jangan menjerit… (tentu anda boleh bayangkan bagaimana rupa orang menjerit bukan…)

Selamat mencuba.

Thursday, 19 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 6)


Tip #6

Tips yang seterusnya ialah, keluarkan suara anda ketika anda sedang bercakap dikhalayak ramai.

Hmmm… pelik tak agaknya bunyi tips ni. Kalau tak keluarkan suara, takkan boleh bercakap di depan khalayak ramai kan?

Sebenarnya, jika anda rasa berdebar dan gementar sewaktu berada di khalayak ramai, anda mungkin tidak akan mengeluarkan suara anda dengan betul. Maksudnya, anda akan bercakap dengan suara yang perlahan. Ini disebabkan anda merasa kurang yakin dengan diri anda dan anda risau jika anda membuat kesilapan semasa anda sedang bercakap.

Jika anda bercakap dengan suara yang perlahan, ada dua perkara yang akan berlaku.

  1. Orang ramai tidak akan dapat mendengar dengan jelas apa yang anda katakan. Lama-kelamaan, mereka akan jadi bosan lalu tidak memberikan perhatian kepada anda. Apabila anda melihat reaksi bosan mereka, anda jadi semakin berdebar, lalu percakapan anda sama ada semakin laju atau suara anda akan jadi semakin perlahan. Anda tidak mahu ini berlaku.
  2. Jika anda keluarkan suara dengan perlahan, orang ramai akan mudah dapat mengesan bahawa anda sedang merasa gementar. Ini kerana, suara yang keluar dengan perlahan akan membuat getaran suara anda (yang disebabkan oleh rasa berdebar) mudah didengar orang ramai. Anda akan bercakap seperti orang sedang menggeletar.

Jadi, anda perlu benar-benar keluarkan suara anda ketika anda berada di khalayak ramai. Suara yang keluar dengan lantang akan berbunyi tegas dan penuh keyakinan.

Namun, mengeluarkan suara ini tidak bermaksud saya menyuruh anda menjerit bila bercakap di khalayak ramai. Ada bezanya bercakap dengan suara yang kuat atau menjerit. Kita bincangkan tentang perkara ini esok.

Wednesday, 18 February 2009

Hatiku Selembar Daun...


selembar daun melayang jatuh di rumput
nanti dulu.., biarkan aku sejenak terbaring di sini
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi

Semakan Tawaran Ambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu 2009

Semakan Tawaran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu Ambilan Kedua Tahun 2009 pada 18hb Februari 2009 bermula jam 10.00 pagi (Official).
Cubalah pautan-pautan berikut:

Semoga Berjaya. ( * Jika ada bernazar sesuatu, tunaikanlah..)

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 5)

Tip #5

Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu belajar cara bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan merasa tenang jika anda menarik nafas panjang.

Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan….. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat….dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga…… di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa….. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.

Tuesday, 17 February 2009

Surat Untuk Nenek...

Bacalah surat ini bersama lagu kitaro di bawah.


Nek.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah lama sangat nenek pergi,
Rasanya baru semalam nenek peluk kitakan, sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Nek tahu tak.....
itu lah pertama kali Nenek peluk cucu nenek yang nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya nenek macam dah tau nenek nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 cucu nenek..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

Nenek macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
Nenek dah menganyam tikar mengkuang 3 bidang.....
Mak kata sampai ke pagi nenek anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Mak pun rasa hairan.....
Nenek tak pernah buat gitu.....

Lepas tu nenek pasang radio kecil di sebelah nenek.....
tapi nenek seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
Nenek terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah nenek siapkan tu digunakan untuk mengiringi nenek ke kuburan...

Besoknya nenek sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih....
Lepas tu nenek jemur karpet-karpet. ..
Lepas tu nenek ubahkan sofa ke tempat lain..
Nenek biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah nenek diletakkan...

paling menarik sekali nenek beritahu kat mana semua duit dan barang kemas nenek..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
Nenek cakap kalau tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulungan tikar.....

masa tu nenek perasan takk..??
kita gelak sakan bila nenek beritahu duit dalam gulungan tikar...
kita kata nenek ni memang pesenn lama laaa...
Nenek cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Nenek.....
Hari tu hari sabtu pukul 3 petang nenek tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....
Nenek dah dalam kesakitan.
Mak dan ayah kat kampung semua dah pujuk.....
Nenek tetap tak mau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk..
Nenek kata nenek takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk nenek..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Nenek tetap tak bersetuju... ..
Nenek memang degil..
tak salah, cucu nenek yang ni pun mengikut perangai nenek tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan nenek makin teruk....
Nenek sakit perut sampai nak sentuh perut nenek pun sakit
kami anak cucu sepakat hantar juga nenek ke hospital.... ..

Nenek.....
ampunkan kami semua...
kami nak nenek sehat...
kami sayang nenek...
kami tak mau nenek sakit...
kami terpaksa juga hantar nenek ke hospital....
ampun kan kami yer nek....

Nek.....
Malam itu ayah bawa nenek ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali nenek naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya nenek,
kita kata nak beli kereta....
Nenek asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kita jawab pula...
kalau tak cukup, nenek kan banyak duit...
nenek gelak ajerr.....

Waktu tu bila kereta kita mula-mula sampai....
nenek buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kita masih ingat lagi...
bila kita eksiden terlanggar Ah Chong naik motor.....
Punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali beritahu kat nenek.....
Bila balik sahaja kampung....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi nenek perasan juga bumper depan kemek...
nenek tanya kenapa...?
Selamba jerr kita jawab terlanggar pokok bunga.....

Nek....
tujuan kita menipu tu supaya nenek tak risau...
taknyer kita kena leter berkilo, terbulahh
Maafkan kita kerana sampai nenek pergi, nenek tak tahu hal sebenar...
Nek, kita menipu nenek kan ...
ampun kan kita....

Nek.....
Jam 4.30 pagi tu
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut nenek dengan kain putih.....
Nenek mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti nenek nampak mak cium dahi nenek.....
Mesti nenek nampak ayah baca doa untuk nenek....
Mesti nenek nampak kakak terduduk kat kerusi kat sudut...
mesti nenek nampak semua tu kann...kann. .kannn

Nenek tahu tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar...
Kakak kat sebelah diam melayan perasaan...
Kenangan bersama nenek berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Nenek.....
Kita masih ingat lagi...
Kita baca AlQuran kat tepi nenek temankan nenek...
Jam 11.00 pagi nenek di mandikan .....
Anak2 nenek yang pangku masa nenek mandi....
Nenek mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh nenek.....
Kita gosok kaki nenek perlahan-lahan.....
Nenek perasan tak...?

Makcik yang mandikan nenek tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang nenek jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas nenek....

Nenek.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Tak ada orang yang bangun lagi.....
kita sedih...kita rindu kat nenek..!
Tak apa la....
nanti bila kita selesai sembahyang subuh,
kita baca yassin untuk nenek...
Nenek tunggu ya..!

Nenek..
Sebelum muka nenek di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 cucu nenek mengelilingi nenek...
menatap wajah nenek buat kali terakhir....
Semua orang kata nenek seolah2 senyum aja...

Nenek rasa tak....
masa tu kita sentuh dahi nenek....
kita rasa sejukkkk sangat dahi nenekk.....
Kita tak mampu nak cium nenek...
kita tak terdaya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....

Nenek mesti ingat kan yang anak nenek (ayah) jadi imam solat jenazah untuk nenek...
tapi ayah minta tok imam kampung bacakan doa sebab ayah sebak....

Jam 12 tengahari nenek diusung keluar dari rumah....
Mak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan mak terasa panas...
Nenekk...
menantu nenek yang seorang tu demam....
Nenek tauu...
cuma mak sorang saja menantu nenek yang tak mengiringi nenek ke tanah perkuburan.. .

Nenek.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan nenek lagi...
Begitu terasa kehilangan nenek...
Selepas itu boleh kata setiap malam selepas maghrib cucu nenek ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan. ....
entah kenapa bila balik bilik kita keluarkan gambar2 nenek pastu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Nenek tahuu...
kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kita rasa nak telefon nenek...
nak cakap dengan nenek....
cucu nenek yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampung...
Kita cakap dengan mak..kita nangis lagi...
Puas la mak memujuk kita...
Mak kata..." tak baik laa nangis aje..doalah untuk nenek.."
Dan akhirnya mak juga nangis.....

Nenek tahu tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....

Nenek....
cukuplah sampai di sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh...
selalunya, kita pergi sama-sama dengan nenek kan ....
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
ayah pun dah tak ada...dah pergi setahun yang lalu...

Mula2 kita tak tau nak hantar ke mana surat nih...
kawan kita beritahu...
simpan je buat kenangan..

Tak apa ya nenek...k
kita kasi orang lain baca...
Kita stop dulu...

akhir kata untuk nenek,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana sentiasa ada sewaktu kita membesar...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk kolej... masuk universiti
sampai kita boleh rasa selesa macam sekarang...
sampai akhir hayat ini jasa nenek tak akan mampu kita balas...

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

Cucu Nenek yang dah tak nakal

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 4)

Tip #4

Anda sudah mempelajari beberapa tips tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.

Tips ketiga…….. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya…..?

Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS……….? Pelik tak bunyinya….?

Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.

Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

  • Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan…….
  • Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. Kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang anda berikan.

Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu… Cuba perasan apa rasanya… bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam keadaan begini…..?

Monday, 16 February 2009

Permohonan KPLI & J-QAF Ambilan Jun 2009

IKLAN PERMOHONAN KPLI

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH)
MODE SEPENUH MASA
DAN
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF
MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH

AMBILAN KHAS JUN 2009

Iklan ini seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Guru. Makluman lanjut seperti berikut:

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon tempatan di kawasan pendalaman khasnya di Sabah dan Sarawak.

1.0 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada IPTA / IPTS tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti / IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
2.0 SYARAT TAMBAHAN
  1. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah hendaklah memiliki ijazah samada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  2. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skroll) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  4. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.
3.0 BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa Bagi Ambilan Jun 2009
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
  5. Bahasa Tamil
  6. Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
  7. Matematik
  8. Pendidikan Islam
  9. Sains
  10. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  11. Pendidikan Seni Visual
  12. Kemahiran Hidup
  13. Pendidikan Jasmani
  14. Bimbingan
  15. Pemulihan
  16. Pengajian Sosial
  17. Pendidikan Muzik
Kursus Perguruan Lepas Iajzah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Bagi Ambilan Jun 2009
  1. Bahasa Arab
  2. Pendidikan Islam
  3. Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF
4.0 CARA MEMOHON
  1. Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.
  3. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan.
5.0 MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  1. Calon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
  2. Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test - mTEST) pada 28 Mac 2009 dan menghadiri temuduga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses Permohonan 2009 di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Lepas Ijazah untuk makluman lanjut).
  3. Maklumat mengenai panduan dan status permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Calon yang dipanggil menduduki mTEST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.
  5. Calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temuduga, Lembaran Pernyataan Hasrat dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temuduga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
  6. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temuduga.
  7. Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan.
  8. Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian.
  9. Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  10. Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
6.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Permohonan ditutup pada 1 Mac 2009
7.0 PENDAFTARAN
  • Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
  • Calon yang yang telah ditemuduga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPGM adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru, KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
8.0 IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
  • Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di IPGM adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
9.0 ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan dengan permohonan.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E 13, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelatih)
No. Telefon: 03-8884 1233 / 1243 / 1245 / 1252 / 1260
____________________________________________
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Perguruan Gaya
Petisurat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No.Tel: 088-236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej,
93259 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-258045
SELAMAT MAJU JAYA!

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 3)


Tip #3

Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.

Selamat mencuba!

Sunday, 15 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 2)


Tip #2

Anda sudah lakukan latihan tip #1? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.

Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.

Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.

Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.

Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………

Saturday, 14 February 2009

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai (Part 1)

Adakah anda merasa berdebar setiap kali anda bercakap di depan khalayak ramai hingga anda lupa apa yang hendak dikatakan?Adakah anda rasa pendengar atau 'audience' tidak berminat mendengar ceramah atau ucapan anda? Jika anda rasa begitu, apakah yang boleh anda lakukan?

Baca tips ini dan majukan teknik anda bercakap dikhalayak ramai sekarang.

Tip #1

Mari kita mulakan dengan melakukan sesuatu.

Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.

Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?

Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la ye, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak….

Selamat mencuba! Jumpa lagi esok.

Friday, 13 February 2009

Cinta Sejati Langit dan Laut ...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Thursday, 12 February 2009

Rayuan ke SM Teknik

Semakan keputusan tawaran kemasukan ambilan pertama ke SMK Teknik bagi sesi pengajian 2009/2010 telah diketahui. Pemilihan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik adalah di bawah keputusan Jawatan kuasa Pemilihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut adalah muktamad. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.

Calon yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan. Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik adalah mudah, tidak sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM. Ok, ikut langkah-langkah berikut.

1. Fotostat Kad Pengenalan (IC) dan slip keputusan PMR - di mana-mana kedai.
2. Dapatkan pengesahan salinan tersebut dari pejabat sekolah anda.
3. Dapatkan nombor telefon SMK Teknik yang berhampiran/yang diminati dan telefon.
    • Senarai alamat semua SMK Teknik/no. telefon boleh didapati di laman ini. <-- klik.
    • Gunakan masa telefon secara optimum, sebaik mungkin. Beri salam, perkenalkan diri. Tanya terus: bagaimana membuat rayuan? - apakah dokumen diperlukan? - adakah perlu buat surat rayuan rasmi? - jika perlu buat surat rasmi, kepada siapakah surat itu ditujukan? etcs. Jika selesai, ucap terima kasih & salam.
    • Jika kes calon yang telah berjaya dalam tawaran ambilan pertama dan ingin membuat pertanyaan tentang pertukaran sekolah/bidang/kursus dan sebagainya - telefonlah kedua-dua sekolah. Pertanyaan terus dari sumber asalnya tentu lebih sahih - khususnya berkaitan kekosongan tempat.
4. Surat/Borang Rayuan Rasmi.

Jika pihak sekolah itu memaklumkan bahawa perlu buat surat rayuan rasmi, maka tulislah sepucuk surat. Pastikan kepada siapa surat itu dialamatkan telah diketahui semasa membuat pertanyaan telefon tadi. Jika tak tahu format, rujuk guru Bahasa Melayu di sekolah. Bagaimanapun, sesetengah SMK Teknik telahpun menyediakan borang khas untuk rayuan. Jika sistem borang ini digunakan oleh sekolah yang anda ingin buat rayuan, terus ke nombor 5.

5. Pergi ke sekolah berkenaan - serahkan dokumen. Jika sekolah itu menyediakan borang rayuan, lengkapkan borang itu di sana dan lampirkan bersama salinan 2 dokumen (IC & slip PMR). Jika sekolah itu mahu anda menulis surat rayuan sendiri, bawa surat berkenaan dan serahkan surat rayuan itu bersama lampiran 2 dokumen tadi.

* Nota:
- serahan tangan lebih baik dari serahan pos.
- urusan pejabat sekolah - biasanya 8.00am - 1.00pm; 2.00pm - 5.00pm.

Semoga membantu. Selamat Maju Jaya.

Wednesday, 11 February 2009

Andainya...

Andainya kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Andainya kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga andainya kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan andainya kamu memaafkannya, mungkin hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Andainya kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga andainya kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Tuesday, 10 February 2009

Semakan Kemasukan ke SM Teknik 2009

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2009 sudah dibuka ( bermula 10/02/2009 sehingga 06/03/2009). Semua calon lepasan PMR 2008 yang memohon boleh menyemak di laman web berikut.

Klik >> Aplikasi Semakan Online SM Teknik / Vokasional 2009 <<

Untuk makluman lanjut berkaitan hari pendaftaran, dan beberapa statistik terlibat, sila rujuk kenyataan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Hanya 32,200 sahaja bakal dipilih berbanding lebih 176,000 pemohon. Nampak? Hanya 18.3% sahaja yang berjaya. Kepada yang berjaya, bersyukurlah. Bagi yang tidak berjaya, bersabarlah.

Dalam SPM kelak, semua akan bersaing lagi. Teguhkan semangat, dan terus berusaha.

Selamat Maju Jaya.

Kita ibarat emas yang diketuk ...

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepu
luh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah. Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.

Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan.

Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Oleh sebab itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.

Dari satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat.

Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.

Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.

Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk?

Monday, 9 February 2009

Permohonan Masuk ke Program Diploma Pendidikan Sesi Julai 2009

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon yang berkelayakan Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (Diploma of Education / Dip. Ed.) di 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

  • Tarikh Permohonan Dibuka : 9 Februari, 2009 (Isnin: 12 tengahari)
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 9 Mac, 2009

Syarat Permohonan dan Pengkhususan ditawarkan di IPTA berkenaan adalah seperti berikut:

SENARAI IPTA YANG MENAWARKAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
SESI JULAI 2009
Universiti Malaya(UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
Pengkhususan Am : Sejarah, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan / Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam.

Pendidikan Khas : Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran

Kemahiran Hidup & Vokasional : Elektrik & Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automotif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan

Bahasa : Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusateraan Cina, TESL.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
  • Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian Sahaja.
  • Permohonan dibuka mulai 9 Februari 2009 (Isnin) jam 12.00 tengahari
  • Permohonan perlu melayari laman web berikut
  • www.mohe.gov.my atau www.upu.mohe.gov.my
  • Untuk mengetahui SYARAT KHAS dan SYARAT TAMBAHAN yang jelas, tepat dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan.

SYARAT PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.
  2. Syarat Am
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75; atau
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  • Lulus SPM / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai;
  • Lulus mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai;
  • Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI);
  • Lulus Temuduga dan diperaku oleh panel penemuduga.
Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kaedah Pembelian: Kaunter ATAU Mesin ATM/ SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN JULAI 2009
  • Harga Belian: RM 20.60 (RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
  • Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat & talian berikut:
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.
Tel: 03-8883 5801 / 5802 Fax: 03-8889 4260
Emel: upu@mohe.gov.my Laman web: www.upu.mohe.gov
Tarikh Tutup Permohonan: 9 MAC 2009

Untuk makluman, Diploma Pendidikan adalah satu keperluan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bagi memasuki profesion perguruan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang terlatih. PPPS ini kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah, jabatan atau kementerian mengikut keperluan semasa dan kepentingan perkhidmatan.

Semua rakyat Malaysia juga disarankan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009 yang sedang berlangsung, untuk pilihan peluang pendidikan / kerjaya di masa depan. Rujuk jadual di situ untuk penyertaan di kawasan terdekat dengan kawasan anda. Kemasukan adalah percuma.

Selamat Maju Jaya.

Sunday, 8 February 2009

Matahariku...



Seorang wanita bertanya pada seorang pria tentang cinta dan harapan.
Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia
Dan pria berkata ingin menjadi matahari.
Wanita tidak mengerti kenapa pria ingin jadi matahari,
bukan kupu kupu atau kumbang yang bisa terus menemani bunga...

Wanita berkata ingin menjadi rembulan
dan pria berkata ingin tetap menjadi matahari.
Wanita semakin bingung karena matahari dan bulan tidak bisa bertemu,
tetapi pria ingin tetap jadi matahari....

Wanita berkata ingin menjadi cenderawasih...
yang bisa terbang ke langit jauh di atas matahari,
dan pria berkata ia akan selalu menjadi matahari....

Wanita tersenyum pahit dan kecewa.
Wanita sudah berubah tiga kali...
namun pria tetap keras kepala ingin menjadi matahari,
tanpa mau ikut berubah bersama wanita.
Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali
tanpa pernah tahu alasan kenapa pria tetap ingin menjadi matahari....

Pria merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita jadi bunga, pria ingin menjadi matahari
agar bunga dapat terus hidup.
Matahari akan memberikan semua sinarnya untuk bunga
agar ia tumbuh, berkembang...
dan terus hidup sebagai bunga yang cantik.
Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh
dan pada akhirnya kupu kupu yang akan menari bersama bunga.

Inilah Kasih.....
memberi tanpa meminta balasan.

Saat wanita jadi bulan,
pria tetap menjadi matahari.....
agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi.
Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,
tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan,
siapakah yang ingat kepada matahari?
Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan
walaupun ia sendiri tidak bisa menikmati cahaya bulan...
dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya
agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut....

Inilah pengorbanan...
menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Saat wanita menjadi cenderawasih yang dapat terbang tinggi,
jauh ke langit bahkan di atas matahari...
Pria tetap selalu jadi matahari
agar cenderawasih bebas untuk pergi bila-bila pun ia mau
dan matahari tidak akan mencegahnya.
Matahari rela melepaskan cenderawasih untuk pergi jauh,
namun matahari akan selalu menyimpan
cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk cenderawasih.
Matahari selalu ada untuk cenderawasih bila-bila pun ia mahu kembali
walau cenderawasih tidak akan selalu ada untuk matahari.
Tidak akan ada makhluk lain selain cenderawasih
yang bisa masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya.....

Inilah Kesetiaan.....
walaupun ditinggal pergi dan dikhianati,
namun tetap menanti dan mahu memaafkan.

Untuk para wanita.....
Siapakah Matahari yang ada di dalam kehidupanmu? Bila engkau sudah menemukan dan melihat Matahari dalam kehidupanmu, lihatlah dan jangan pernah meninggalkannya...

Matahariku

Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu

Kini kau pergi
Dari hidupku
Ku harus relakanmu
Walau aku tak mahu

reff :
Berjuta warna pelangi
Di dalam hati
Sejenak luluh terhening
Menjauh pergi

Tak ada lagi
Cahaya suci
Semua nada beranjak
Aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku
Suara tangisanku
Ku bersedih karena panah
Cinta menusuk jantungku

Ucapkan matahariku
Puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu
Menaklukkan waktu

Agnes Monica

Saturday, 7 February 2009

Semak Kemasukan ke Program Matrikulasi Mulai Esok (08/02/2009)

PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), boleh menyemak permohonan mereka bagi program matrikulasi sesi 2009/2010 melalui Internet, mulai esok hingga 20 Februari depan.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran, Emily Clarice Joannes, dalam kenyataan media semalam, berkata semakan itu bagi membolehkan pelajar mengemas kini permohonan selain membuat pembetulan mengenai maklumat diri, alamat dan jurusan yang dipohon.

“Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM atau nombor lembaga peperiksaan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.

“Semakan dan pindaan berkenaan boleh dibuat dengan melayari laman web www.moe.gov.my melalui pautan Pra Universiti,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, pelajar yang memenuhi syarat dan berminat juga boleh menambah pilihan untuk menyambung pelajaran mereka dalam jurusan teknikal di Kolej Matrikulasi Kedah (cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor di cawangan Pontian).

“Pelajar juga boleh menghubungi talian 03-8884 4100 sepanjang tempoh semakan bagi mengemukakan sebarang pertanyaan mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja saja),” katanya.

Friday, 6 February 2009

WHY NIZAR IS STILL THE MB?

Perkara 16(6) – Sistem Raja Berperlembagan , Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri ( Exco) Tidak Menteri Besar.

Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui;

  1. pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan,
  2. undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan, atau
  3. Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.
Read More Here and Here

Wednesday, 4 February 2009

Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2009 - 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Telah Dibuka. Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian di peringkat Diploma / Program Persediaan dan Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Syarat Kemasukan dan Cara Membuat Permohonan adalah seperti berikut:


Kategori Lepasan STPM/ STAM

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara seperti berikut:

1. Lulusan STPM Tahun 2008 sahaja; dan

2. Lulusan STAM Tahun 2008, 2007 dan 2006.

Nota: Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan. (Rujuk Bahagian Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)


Kategori Lepasan SPM/ SETARAF

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
  • Kategori A : Pemohon lepasan SPM tahun 2008;
  • Kategori B : Pemohon lepasan SPM tahun 2006 atau SPM tahun 2007;
  • Kategori C : Pemohon lepasan SPM/SPMV tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA;
  • Kategori D : Pemohon Lepasan SPM tahun 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, dan sijil ulangan SPM tahun 2008 atau; Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 dengan sijil ulangan SPM tahun 2008.

Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kaedah Pembelian: Kaunter atau Mesin ATM/SMS Banking (Bagi pemegang akaun BSN GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: RM 15.60 (Lepasan STPM / STAM - Peringkat Pengajian Ijazah Pertama)
  • Bayaran: RM 10.60 (Lepasan SPM / Setaraf - Peringkat Diploma/Persediaan [Asasi/Tahmid] )
  • Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) sahaja. Untuk mendapat maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon sila layari laman web berikut:
Bagi pengguna Mozilla Firefox dan Internet Explorer yang menghadapi masalah sewaktu melayari laman berkenaan, cuba rujuk panduan capaian ke laman web berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel: 03-8883 5801/5802 | Faks: 03-8889 4260 | E-mel: upu@mohe.gov.my


TARIKH TUTUP PERMOHONAN


1. Kategori B, C dan D (Lepasan SPM/Setaraf) pada 03 Mac 2009.

2. Lepasan STPM / STAM / SPM tahun 2008 ialah 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi STPM / STAM / SPM tahun 2008 diumumkan.


Semoga Berjaya!

Tuesday, 3 February 2009

Permohonan Masuk Ke USM untuk Calon Lepasan STPM

Calon-calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 yang layak, dipelawa menjadi kumpulan pertama pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti APEX (Program Pemacuan Kecemerlangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) dengan mengikuti program pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa), Sidang Akademik 2009/2010.

Tarikh Mula Permohonan : 3 Februari, jam 6.00 petang
Tarikh Tutup permohonan : 10 hari selepas keputusan rasmi STPM dikeluarkan.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan dan cara membuat permohonan tersebut.

Syarat-syarat Permohonan
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai, dan;
  3. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut KEPERLUAN KHAS program pengajian, dan;
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan;
  5. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Penilaian Penetapan Khas (MunsyI) untuk tujuan penetapan program pengajian.
  6. Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dengan SYARAT KEMASUKAN.

Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1Januari, 2008 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.

Penilaian Penetapan Khas (Munsyi) Dan Temuduga
  • Calon-calon perlu menduduki dan melepasi Penilaian Penentapan Khas (MunsyI) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian yang telah dipilih oleh calon dalam borang permohonan secara talian.
  • Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  • Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temuduga calon yang terpilih akan dimaklumkan mulai April 2009 dan boleh disemak di laman web http://www.usm.my
  • Perbelanjaan menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

Cara Membuat Permohonan
  1. Permohonan hanya melalui talian (Online Application) mulai 3 Februari 2009, jam 6.00 petang dengan melayari laman web http://www.usm.my
  2. Mendaftar kali pertama dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan (No. KP) dan Kata Laluan yang dibekalkan.
  3. Borang Permohonan yang telah selesai diisi boleh dihantar menggunakan butang 'HANTAR'. Nombor pengesahan akan diberikan sebagai rujukan. Nombor tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan semasa berurusan dengan USM.

Pertanyan Lanjut

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, CANSELORI
11800 USM
PULAU PINANG
Tel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697
Faks : 04 653 3328
E-mel: admissions@notes.usm.my