"" THE ROAD NOT TAKEN: Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik mulai 10 Februari 2009

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 22 January 2009

Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik mulai 10 Februari 2009

Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh diketahui keputusan secara online mulai 10 Februari, 2009. Ini diikuti oleh pendaftaran kemasukan pelajar baru serentak di semua SMT pada 23 Februari, 2009.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, mengumumkan bahawa lebih 250,000 permohonan telah diterima secara online daripada lepasan PMR. Apa yang menariknya, hanya 32,370 tempat sahaja disediakan di 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara. Jika dianalisa, nampaknya kira-kira 13% pemohon sahaja yang bakal menerima tawaran, dan 87% lagi tetap meneruskan pembelajaran di sekolah asal.

Daripada keseluruhan 32,370 tempat di SMT, peruntukan 12,210 tempat untuk aliran teknik, vokasional (15,500) dan kemahiran (4,660).

Ya, data yang diumumkan di atas tentunya belum ditapis, mungkin ada yang tidak cukup syarat minimum permohonan dan mungkin bilangannya kecil. Cuma sebahagian pemohon belum betul-betul nampak apa sebenarnya bentuk pendidikan yang dipohon oleh mereka, apa potensi pendidikan seterusnya serta arah kerjaya masa depan. Pilihan ke SMT bermakna kita telah mengarahkan fokus masa depan ke satu arah tertentu dan menafikan bakat dan peluang kita yang mungkin lebih cerah jika kekal di sekolah harian biasa.

Sekolah harian biasa memberikan peluang lebih luas meliputi aliran sains, kemanusiaan, mata pelajaran vokasional (MPV) dan ada yang beraliran agama. Di sekolah harian biasa juga, anda boleh mendaftar maksimum 25 subjek untuk SPM (jika memang power!) berbanding had-had bilangan tertentu di SMT apatah lagi SBP/MRSM. Sekolah harian biasa juga sentiasa cuba menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sebaiknya untuk anda semua.

Di sekolah sekarang, anda tetap boleh belajar seperti biasa, makan masakan ibu setiap hari (tentu sedap, kan?) dan ada waktu senggang untuk beriadah bersama rakan setiap hari. Cuma, perlukan sedikit disiplin diri yang sepatut telah wujud bagi pelajar yang matang dalam usia 16 tahun. Anda sepatutnya tahu mengurus masa anda sendiri. Sebab itu, tanpa disiplin dan kemahuan kental, terdapat sebilangan pelajar SMT memohon berpindah semula ke sekolah harian biasa. Dan ianya bukan mudah! Perlukan kelulusan dari Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ingat, apabila tempat ditawarkan pada anda, bermakna tempat telah disediakan untuk menikmati pendidikan selama 2 tahun di SMT berkenaan (termasuk kemudahan asrama. ia juga bermaksud akan ada orang lain yang betul-betul berminat nak masuk tetapi gagal disebabkan anda yang berjaya mendapat tempat. Jika anda belajar dan kemudian tidak berasa sesuai dengan pendidikan teknikal/vokasional - fikirkan betapa kasihannya pada calon kemasukan ambilan kedua (jika ada) kerana tertinggal pelajaran di awal sesi.

Moral of the story:

Jika anda masih kabur dengan cita-cita sendiri, keliru mengapa memohon ke SMT, memohon kerana terikut rakan-rakan, memohon kerana suka-suka; baik timbang semula. Jumpa guru bimbingan & kaunseling sekolah, bincang dengan ibu bapa, fikir dalam-dalam - dan buat keputusan. Masa depan kita di tangan Tuhan, tetapi akal diberi untuk kita memilih jalan, membuat keputusan.


Selamat berjaya.

4 comments:

Anonymous said...

cmner nk wat ryuan?,,

Anonymous said...

saya dapat 6A 2B dlm pmr 2008 bru2 ini namun mengapa permohonan saya tidak berjaya utk msuk ke smt? sdangkan saya telah melepasi syarat2 minimum?

Anonymous said...

sambungan dr yg dpt 6a 2b di ats...jika saya membuat rayuan dan diterima,adakah saya dpt msk bersama2 plajar yg msk ktika 1st intake ataupun sebaliknya?

NAZ said...

To answer your question please check the latest posting http://naz-theroadnottaken.blogspot.com/2009/02/rayuan-ke-sm-teknik.html

Hope it will help. TQ