"" THE ROAD NOT TAKEN: Semakan Online kemasukan MRSM Ting. 1 & Ting. 4 2009 pada akhir Januari

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 21 January 2009

Semakan Online kemasukan MRSM Ting. 1 & Ting. 4 2009 pada akhir Januari

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini dan mereka boleh menyemak permohonan pada minggu akhir bulan ini.

Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.

"Tahun ini dua MRSM baru akan dibuka bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu, iaitu MRSM Betong, sarawak; dan MRSM Bentong, Pahang.

"Selain itu, MRSM Kota Putra di Besut, dipilih MRSM Agama pertama melaksanakan konsep Ulul Albab dengan pengambilan pelajar baru Tingkatan Satu pada 19 Februari," katanya.

(Sumber: Kenyataan akhbar: 7/1/2009)

No comments: