"" THE ROAD NOT TAKEN: Nasib Orang Bujang...

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 13 January 2009

Nasib Orang Bujang...

Bila nak kahwin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tidak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu sahaja yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tidak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kahwin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kahwin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kahwin???
Aduuuhh…si bujang disoal lagi
Kahwin??? Nak kahwin dengan siapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Si bujang tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (si bujang ambil tunang @ suami awak, baru padan muka!)

Bila nak kahwin???
Akan si bujang kahwin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kahwin???
Aaahhh….sungguh si bujang bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa nak dihairankan
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kahwin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila...)
Kalau ada jodoh, InsyaAllah takkan ke mana.

Bila nak kahwin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

Moral of the story:

DONT ASK!

No comments: