"" THE ROAD NOT TAKEN: Jangan terlalu memilih cinta...

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 14 January 2009

Jangan terlalu memilih cinta...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan di antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guruku, apakah erti cinta..? Bagaimanakah aku boleh memahaminya…?

Guru: Baiklah, terdapat sebuah hutan yang luas di hadapan sana. Berjalanlah kamu di dalamnya dan jangan sesekali kamu berundur. Di dalam perjalananmu itu, ambillah satu ranting yang sangat menakjubkan dan bawanya kemari. Sekiranya kamu berjaya menemukannya, ertinya kamu telah memahami erti cinta.

Pelajar tersebut pun berjalanlah menuju hutan dan setelah beberapa hari dia kembali dengan tangan kosong.

Guru bertanya: Kenapakah kamu tidak membawa pulang sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Sebenarnya aku telah menjumpai satu ranting yang paling menakjubkan tetapi aku berharap kemungkinan akan ada ranting yang lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka aku biarkan sahaja ranting itu. Aku meneruskan perjalanan, malangnya aku dapati tiada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada ranting yang ku lihat tadi. Akhirnya aku pulang tanpa sebatang ranting pun.

Gurunya menjawab: Begitulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Pergilah semula ke hutan di hadapan sana. Berjalanlah kamu di dalamnya tetapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok sahaja. Tebanglah ia jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana sesungguhnya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun pergilah ke hutan dan beberapa hari kemudian, dia kembali dengan membawa sepohon pokok, walaupun pohon tersebut tidaklah begitu segar, cantik dan tinggi pada pandangan gurunya.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapakah kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Berpegang pada pengalaman ku sebelum ini, setelah meredah separuh daripada hutan tersebut, aku menjadi takut dan bimbang akan kembali dengan tangan kosong. Jadi aku mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu membawanya pulang. Pada pandanganku, ia adalah pohon yang terbaik buatku. Aku tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Sesungguhnya begitulah halnya dengan perkahwinan…


Moral of the story:

Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

No comments: