"" THE ROAD NOT TAKEN: Anulus Eclipse

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, 27 January 2009

Anulus Eclipse


KOMBINASI gambar menunjukkan bulan bergerak melintasi matahari di Bandar Lampung, Indonesia semalam.


Gerhana separuh atau gerhana anulus dianggap kurang penting kepada ahli astronomi kerana ia berlaku sebanyak 66 kali dalam setiap abad dan hanya boleh disaksikan di lokasi-lokasi tertentu sahaja.

Kebanyakan lokasi di Indonesia dari Sumatera hingga ke Kalimantan, hanya penduduk di Pulau Cocos dapat menyaksikan gerhana penuh.

Gerhana separuh melitupi satu peratus hingga 84 peratus diameter matahari turut dapat dilihat di wilayah selatan Afrika, tenggara India, Asia Tenggara dan sebahagian Australia.

Gerhana matahari penuh pernah berlaku pada 1 Ogos 2008 di Kanada, Greenland, Artik, Rusia, Mongolia dan China.

Gerhana penuh yang berikutnya ialah pada 22 Julai depan. Gerhana itu akan dapat disaksikan oleh penduduk di India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, China dan Jepun.

No comments: